Kawan-kawan kakcik

Isnin, 12 Mei 2014

Dalam hati dan jiwa seorang ibu...

ibu
dalam senyummu ada sendu
dalam tawamu ada duka
dalam ketawamu ada rahsia
dalam tangismu ada cerita

ibu
betapa dalam lautan biru
dalam lagi kau pendam keluhmu
betapa tinggi langit ke tujuh
tinggi lagi harapan tulusmu

ibu
biar lapar perut kempismu
terasa kenyang bila anakmu tertawa kekenyangan
biar kering tekakmu kehausan
terasa dingin di rengkung bila anakmu tersenyum keriangan

18 ulasan:

  1. salam
    selamat pagi isnin
    singgah kejap minggu nie anum bz sangat2

    BalasPadam
  2. Suka gambaq kakcik yg paling atas kiri.. nampak sangat keibuan dan terpancar ketenangan dan keceriaan..

    BalasPadam
  3. Itulah IBU kan kakcik...seorang wanita lembut dimata..Allah ciptakan kekuatan yg tidak terduga kentalnya jika dibandingkan dgn Fizikalnya...

    BalasPadam
  4. salam

    hargailah la mereka sewaktu mereka ada..

    BalasPadam
  5. ibuuu, ibuuuuu... engkaulah ratuu hatikuuu.... :D

    BalasPadam
  6. Hati seorang ibu hanya Allah yang tahu...

    BalasPadam
  7. Walaupun Ustaz kata tak boleh sambut hari ibu tapi tiada salahnya jika kita sentiasa mengingati ibu, buat yang terbaik untuk ibu bukan saja pada 11 Mei tapi setiap hari selama 365 hari...

    BalasPadam
  8. suka tgk gambar2 kakcik ni terserlah wajah keibuaan tu !

    BalasPadam
  9. sayu nye baca
    terus teringat mak kat kampung :'(

    BalasPadam
  10. IM mungkin tidak 100% tapi amat memahami keibuan seorang ibu. Penat lelahnya mentadbir rumah dan anak-anak kini IM rasai dengan tangan sendiri.

    Alhamdulillah, IM masih ada seorang ibu di kampung. Mulai bulan depan IM berazam menziarahinya 2 kali sebulan instead of sebulan sekali seperti sebelum ini.

    Rasanya masa untuk IM bersama ibu semakin singkat. Peluang yang masih ada ini perlu direbut serakusnya...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com