Kawan-kawan kakcik

Rabu, 14 Mei 2014

Kalau anak kena demam kuning...

...ibu yang menyusukan anak itu hendaklah berpantang dari memakan :

- halia
- kunyit
- lada hitam

Ini bukan makcik yang cakap, ya.  Ini adalah pesanan dari doktor dan jururawat dari hospital/klinik kerajaan.

Makcik pun tak tahu.   Makcik ikut orang dulu-dulu yang kata ibu baru bersalin elok makan benda-benda kat atas tu untuk panaskan badan dan buang angin.  Rupa-rupanya ia tidak elok untuk bayi yang sedang menyusu badan.

Kalau ikut kata pakar perbidanan dan sakit puan yang merawat makcik dulu, tiada istilah berpantang makan untuk ibu-ibu yang baru melahirkan.

Tapiiiii... sendiri mau ingatlah, kan?  :)

28 ulasan:

  1. Petua dulu dengan petua moden banyak yang tak sama kan mak??

    BalasPadam
  2. kene jemur dengan cahaya mentari waktu pagi utk hilangkan kuning

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skrg sudah tidak digalakkan menjemur bayi di bawah sinar matahari kerana ozon yang kian nipis..

      Padam
  3. cahaya matahari skrg dgn dulu byk beza..skrg ozon makin menipis, bahaya pulak..anak2 saya dua2 kena kuning. klu tanya saya, ubat terbaik ialah bagi susu bdan kerap..kerap dia berak dan kencing, cepatlah turun kuningnya..(^_^)

    BalasPadam
  4. Lo ye ke kak sllnya org dlm pantang mmg makan lada hitam kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takut memberi kesan kepada bayi yang menyusu badan...

      Padam
  5. Aina anak kena kuning jamu langsung tak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jamu tu panas, silap2 kalau kurang minum air kulit kira pun jadi kering...

      Padam
  6. kena pantang gak, walau semoden mana pun kita.. tiada dulu tiada sekarang..petua orang dulu2 semuanya untuk kebaikan, takde satu pun untuk keburukan.. kan kakcik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pantang memang kena pantang tapi jangan sampai jena sembelit... :)

      Padam
  7. rumah kakcik dah lain..saya ingatkan tersesat tadi......ni mesti sempena menyambut cucu lelaki ye...he3x...
    Saya ni kakcik makan ikut ketahanan badan..mana yg xsesuai saya tinggalkan dan yang serasi saya makan...begitulah saya amalkan masadlm pantang dulu...

    BalasPadam
  8. Ada orang kata jika kena demam kuning mandikan anak dengan daun inai. Tapi bila saya tanya seorang doktor masa anak kecil dulu, kata doktor itu mandi dengan daun inai macam nak tipu doktor aje. Kerana lepas mandi dengan inai, kuningnya nampak hilang tapi virus kuning dalam darahnya tetap ada!!!

    BalasPadam
  9. dulu zaman saya berpantang ,, lepas mandikan baby,, emak jemur bentar cahaya matahari dibalik pintu,,,

    BalasPadam
  10. yup... kalau bf mmg kene pantang gak makan . apa yg kite makan, baby pon dpt khasiat. nak makan durian tp tkt sian ke umaira solehah...tkt panas badan..

    salam singgah dr

    http://afasz.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umairah pun dah membesar dengan sihat. Alhamdulillah. :)

      Padam
  11. utk bby yg awal2 kot kakcik... masa aiyan bby dulu dana tak dan mkn semua tuh pun dh kene kuning... nsb tak lama kunin nyer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila anak rak sihat, serba tak kena apa dibuat, kan Dana?

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com