Kawan-kawan kakcik

Rabu, 16 April 2014

Zaman remajaku dulu, hendak bergambar dengan kawan lelaki pun takut...

... masa tu memang masih jahil,   bukan takut dengan Allah sangat tapi lebih takut dengan ibubapa.

Padahal dengan teman sekelas saja pun, bergambar berduaan atau berdekatan walau dalam kumpulan merupakan sesuatu yang boleh mendapat hukuman berbentuk ceramah yang menusuk jiwa raga sampai tak boleh hendak mengangkat muka!

Hanya kerana takutkan hukuman begitu, jangankan hendak bergambar,  hendak bercerita tentang teman lelaki memang jauh sekali.

Berbeza dengan zaman ini, bukan setakat ibubapa (lebih sedih kadangkala ibubapa pun tak tahu), seluruh dunia boleh menyaksikan kemesraan pasangan anak muda yang kononnya sedang bercinta.  Bukan hanya bergambar berdekatan tapi siap dengan aksi yang keterlaluan dan dengan pakaian yang menjolok pandangan.

Itu baru bab anak muda.   Ada juga yang tak berapa muda turut berlagak dan bergaya bagai baru nak belajar kenal 'mimpi pertama'.

Hanya kembali berpegang pada ajaran agama dan tahu serta patuh pada hukum halal haram, mungkin bala bencana akan menjauhi kita.  Mudah-mudahan. 

Aku juga mempunyai anak remaja dan jujurnya aku sangat bimbang dengan suasana hari ini di mana aku sendiri mungkin tidak dapat mengawal tingkah laku mereka...

20 ulasan:

  1. samalah dgn kita...takut dgn ibubapa..masa tu ilmu tak sampai kmpung lagi..ada tapi sikit sgt..

    BalasPadam
  2. btul kakcik...setuju dengan kata-kata kakcik

    BalasPadam
  3. Tu la pasal kan kakcik...zaman2 dulu, saya tgk mmg kurang wanita melayu islam yg menutup aurat, tapi ramai yg sopan...terbalik dgn zaman sekarang

    BalasPadam
  4. Semoga Allah melindungi anak2 kita yg semakin meningkat remaja....

    BalasPadam
  5. Semoga anak2 kita dilindungi..insyaa Allah

    BalasPadam
  6. assalamualaikum kakcik..betul apa yg kakcik katakan tu...dulu masa remaja kita mmg berlainan skg ni lain pula jadinya...:)

    BalasPadam
  7. bak lagu Dato' SM Salim...Cinta dulu2...

    BalasPadam
  8. sy sekolah perempuan semua hihi so tak pernah ade gambar dgn lelaki hikhik

    BalasPadam
  9. Allahuakbar Kak Cik... sama ler kita. Bimbang sebenarnya.

    BalasPadam
  10. Memang betul Kakcik, saya juga sangat takut melihat apa yang kita baca dalam paper, tengok dlm TV kerana saya juga mempunyai ramai anak bujang. Anak2 pula sebahagian besarnya tinggal di asrama, di luar kawalan kita. Cuma semoga Allah memakbulkan doa ibu bapa yang sentiasa mengharap keselamatan anak2nya...

    BalasPadam
  11. Assalam Kak Cik,

    Dulu kita patuh dengan cakap orang tua,
    walaupun tidak tau maknanya.

    BalasPadam
  12. Takut dengan kisah anak-anak muda mudi sekarang.

    BalasPadam
  13. Setakat bergambar kat sekolah je kakcik. Itu pun akhir thn. Sj nk buat kenang2an.

    BalasPadam
  14. Jauhkanlah anak-anak kita dari perkara yang tidak baik dari menjerat diri mereka.

    BalasPadam
  15. very tru kak... nak berkawan rapat dgn lelaki pun malu hihi

    BalasPadam
  16. huhu... sudah mulai risau akan anak yg akan me,besar menjadi remaja satu hari nanti.

    BalasPadam
  17. sekarang ni bebudak makin advance mak..semua benda diorang nak try buat tu yang perangai makin menjadi2..zi yang xde anak ni pun rasa seriau apatah lagi mak yang ada anak bujang kan

    BalasPadam
  18. Zaman sekarang memang lain macam sungguh. Kalau dulu tu memang betul takut sangat dengan ibubapa. Kalau boleh, taknalah sampai kena babat tak tentu pasal. Sekarang ni silap hari bulan makpak pulak kena sound dengan anak-anak dikatakannya tak mengikut peredaran zaman.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com