Kawan-kawan kakcik

Khamis, 17 April 2014

Karpal Singh meninggal dunia...

... telah sampai ajalnya
kita pun akan menyusul juga
cuma marilah kita berdoa
agar kita diambil kembali dalam keadaan elok dan sempurna

jangan seronok terkinja-kinja
hanya kerana pegangan kita berbeza
sentiasalah ingat dan waspada
bahawa buah yang elok kadangkala busuk waktu gugurnya...

14 ulasan:

  1. itu bhgian dia, kita pula entah bagaimana
    tp yg pasti, soksek soksek dah pun bermula
    yg ni kata gitu
    yg tu kata gini
    dengar jelah

    BalasPadam
  2. semoga kita mengambil iktibar dari setiap berita kematian...sebentar lagi kita jugak akan menyusul..Janji itu pasti

    BalasPadam
  3. sesungguhnya mati itu pasti...
    bagaimana agaknya nasib kita nanti ye..moga yang baik2 saja..insyaallah

    BalasPadam
  4. kan...dia masih lagi ade keluarga yg bersedih..

    BalasPadam
  5. Teruk gak bila tgk keadaan kereta Alpard tu....remuk :(

    BalasPadam
  6. Semua yg masih hidup menunggu giliran saja..semoga hidup kita dalam iman, mati dalam iman dan dapat membawa iman itu menghadap Allah SWT.

    BalasPadam
  7. Kakcik..sy share tulisan Kakcik ini di FB sy kerana saya rasa ia sangat relevan dalam kehidupan kita semua. maaf kerana tidak mohon terlebih dulu.

    zuraidahkadirun aka puspawangi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Add kakcik kat fb, boleh? Kakcik takut yg kakcik mohon friend request tu Zuraidah yang lain. Fb kakcik - Kakcik Juariah. :)

      Padam
  8. assalamualaikum kakcik...betul tu mati tu pasti hanya kita x tahu bila masa kita pula...takziah buat keluarga Karpal Singh...

    BalasPadam
  9. Takziah utk seluruh keluarga Karpal Singh.

    BalasPadam
  10. Begitulah yg tertulis di lohmahfuz pemergiannya pergi dgn tragedi begini...
    Moga kalau boleh perginya kita dgn keadaan sempurna...

    BalasPadam
  11. kalau dah sampai masa kan mak..zi terkejut gak bila bebudk opis bagitau..ingatkan diorang main2

    BalasPadam
  12. semoga segala urusan berjalan lancar, semoga keluarganya kuat menerima takdir yang telah berlaku

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com