Kawan-kawan kakcik

Selasa, 15 April 2014

Suatu petang di sebuah restoran...

... mak, ayah dan Budak Sepet yang kelaparan  ( yang lapar adalah Budak Sepet - sila faham)

... pesan makanan untuk Budak Sepet

... makanan tiba dan Budak Sepet pun makan

... mak dan ayah Budak Sepet bersembang sambil tunggu Budak Sepet makan

... tiba-tiba seorang wanita Cina berdiri sebelah mak Budak Sepet

... wanita Cina itu pandang ayah Budak Sepet dan bercakap dengan laju dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu campur aduk

... 'saya ada kanser' katanya sambil pura-pura nak selak baju T yang dia pakai

... 'minta sepuluh ringgit, saya takde duit nak makan' katanya lagi

... ayah Budak Sepet keluarkan beberapa keping duit seringgit dan lima ringgit

... ayah Budak Sepet hulurkan seringgit saja tapi

... wanita Cina tak puas hati, dia minta lima ringgit lagi

... ayah Budak Sepet cuma tambah lagi seringgit

... wanita Cina pergi tanpa terima kasih

SEBENARNYA ADAKAH KAMI KEJAM ATAU KAMI DITIPU?

Ah...jangan fikir.  Dah beri jangan ungkit.  Anggap sahaja bagai buangan dari perut yang tak pernah kita ingati bila sudah keluar dengan selamat dari usus besar dan usus kecil...

18 ulasan:

  1. mungkin dia nak eksperimenkan - MINTA wang SEDEKAH..

    BalasPadam
  2. Ada berbagai ragam manusia yg sukar diramal sekarang ni kakcik..dah diberi Tkasih pun tidak..Hrmmm

    BalasPadam
  3. kalau saya, sedetik dlm hati saya dah syak dia menipu, saya tak akan sedekah.

    BalasPadam
  4. saya rasa, kakcik & abg bob di tipu

    BalasPadam
  5. Biasalah, pernah juga mengalaminya ada yang siap ugut dan sindir2 lagi bila kita bagi kurang dari keperluannya. Kalau yang bukan Islam buat begitu masih boleh faham, tapi bila yang Islam buat memang tak paham, dah namanya sedekah ikut suka orang yang nak sedekah tu bagi mengikut keikhlasannya lah kan...?

    BalasPadam
  6. untuk fikir positif, mungkin wanita ini dah biasa dilayan dengan buruk membuatkan dia tak begitu berterima kasih dengan orang yang memberi.

    BalasPadam
  7. keadaan mcm ni lah yg selalu buat kita serba salah kan kakcik !

    BalasPadam
  8. Makchaq pun kalau rasa nak bagi bagi ja sekadar ikhlas...malas nak fikir2

    BalasPadam
  9. paling tak suke kalu diperlaku sebegitu.... halal kan jelah kakcik, sambil bersedekah...

    BalasPadam
  10. peratikan kenapa orang cinani pergi cari orang kita nak mintak sedekah..
    bukanker orang dia lagi kaya raya.. atau dia dah tau kelembutan hati orang kita...

    BalasPadam
  11. macam 2 orang la....kan mak...kalau SA tu fikir 2-3 kali nak bagi tu....

    BalasPadam
  12. mmm...

    kalau kite buat hati kering...adakah kejam mak?

    BalasPadam
  13. manusia akan buat apa saja bila mereka terdesak

    BalasPadam
  14. Tipu je tu kakcik. Sy dgn husben kena dkt klinik lg. Warga pakistan. Ckp kat husben sedekah tp dlm ms yg sm mtk rm10. Husben bg rm5 tp nk jgk rm10. Sedekah apa kalau mtk2. Husbem geram tp sy ckp biarkanlah. Tgh pns buat hati lg panas.

    BalasPadam
  15. ada peminta sedekah ni sampai tarik2 tangan zi tak bagi zi jalan..dia nak duit jgk..selamat ada orang sekeliling yang tolong..gila betul

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com