Kawan-kawan kakcik

Selasa, 15 April 2014

Banyak yang aku hendak...

...tapi bila fikirkan anak-anak
surut segala keinginan yang membuak

bila terasa ingin bercuti
atau berjalan jauh menyenangkan hati
kufikir siapa yang hendak menguruskan anakku nanti
tenangkah fikiranku bila mereka yang bermain di hati

bila kurasa ingin membeli belah 
tiba-tiba pula terbit rasa bersalah
keperluan anak-anak masih ada yang tidak lengkap
haruskah kuteruskan niat tanpa peduli anak yang mengharap

Adakah anak-anak mengerti
tentang niatku yang sering tidak kesampaian
atau adakah mereka ingin menghargai
akan segala jerih dan pengorbanan
atau diam-diam di dalam hati
mereka kata itulah tanggungjawab yang perlu ibubapa lunaskan...


Cerita lain...

Tayang-tayang gambar makan-makan malam tadi yang ditaja oleh Along.  Alhamdulillah.   Pada paginya, sewaktu dalam perjalanan pergi kerja, Angah telah menaja minyak kereta.  Syukur ya Allah.  Walaupun anak-anakku bukan dari kalangan yang cemerlang, gemilang dan terbilang,  tapi mereka masih ada hati untuk berbakti...

19 ulasan:

  1. begitulah kita sbg ibubapa kakcik...hal serta keperluan anak2 sering didahulukan walaupun keperluan sendiri sering tertangguh...rasa bahagia bila dapat membahagiakan anak2...

    BalasPadam
  2. kakcik, setiap anak tu dia cemerlang, gemilang dan terbilang dengan cara mereka sendiri..di mata org, mungkin nampak tak tapi di mata kita lah mereka nampak cemerlang, gemilang dan terbilang

    BalasPadam
  3. gitulah bile dh jd mak bapak kan kakcik, sering kite melupakan keperluan atau keinginan sendiri demi utk anak...

    BalasPadam
  4. As salam. Mohon izin utk share nukilan ini di FB saya..supaya menajdi ingatan dan panduan kpd anak2 dan ibu2 terutama nya diri saya sendiri.

    TERIMA KASIH
    Zuraidah kadirun @ puspawangi

    BalasPadam
  5. Anak2 ni paling penting didikan. Didikkan supaya memandang ibubapa dengan belas ehsan.

    BalasPadam
  6. Begitulah kita orang perempuan ini sering memikirkan keperluan orang tersayang dahulu...bila ada yang lebih baru guna untuk diri sendiri..

    BalasPadam
  7. betul tu kakcik, mereka berada ditmpt teratas w.pun kita pun punya keinginan.....

    BalasPadam
  8. Apa yang ibu bapa kita lakukan dulu utk kita, itulah yg kini kita lakukan untuk anak-anak. Saya juga seperti Kakcik, apa yang dilakukan selalu teringat anak-anak adakah mereka dapat rasai seperti yang kini kita rasai?? Kadang2 bila shopping bersama isteri tanpa anak-anak, bila isteri ajak makan di luar saya sering menolaknya kerana teringat anak-anak yang tidak dapat makan dalam suasana seperti yang saya dan isteri makan....

    BalasPadam
  9. anak-anak adalah cermin ibubapa :)

    lasagna itu!!

    BalasPadam
  10. Sejak tahun lepas saya cuba reserve ruang untuk diri sendiri (setahun sekali pun dah cukup bagi saya).. kira macam reward lah untuk diri.. walaupun tahu tak sampai hati tapi sekurang-kurangnya saya cuba menggembirakan diri sendiri.

    BalasPadam
  11. insha Allah besar pahalanya atas segala pengorbanan ibu buat anaknya,
    :)

    BalasPadam
  12. assalamualaikum kakcik...wah nampak sedap jer...:)

    BalasPadam
  13. Itu juga la yang saya rasa bila nak beli sesuatu. Kalau nak makan something saya akan tunda plan untuk samakan dengan cuti si Abang BG. 2minggu sekali balik asrama baru la boleh beli apa-apa untuk makan sama.

    BalasPadam
  14. ye la kakcik..'anak-anak didahulukan, kehendak suami diutamakan'..hehe

    BalasPadam
  15. Bertuahlah mereka yg dikurniakan anak2 yg menyejukkan hati ayah bonda,..anak2 yg begitu sebenarnya lahir dari keluarga yg bahagia,..Tahniah kerana 'Abang Long' salah satu contohnya.

    BalasPadam
  16. kan.segalanya anak anak didahulukan dulu
    smga mereka mengerti

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com