Kawan-kawan kakcik

Isnin, 14 April 2014

Bunyi pesawat di ruang udara...

walau hanya sekadar bunyi
tanpa dapat kulihat kelibatnya
namun ada sayu dihatiku
tak terucap tapi dapat dimengerti

bunyi itu bagaikan irama yang sayu
berlagu tanpa kata
berbisik tanpa suara
berisyarat tapi tidak difahami

Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui...

#masihmengharap #pulanglah #doauntukmh370

11 ulasan:

  1. tiap kali menghantar suami kat gate...pasti nampak lampu pesawat jam 6.15 pagi..antara taburan bintang..berkelip2 lampu pesawat..

    BalasPadam
  2. ntah dimana la diorang ni....masih mengharapkan suatu keajaiban...

    BalasPadam
  3. Secanggih-canggih sains dan teknologi manusia, lebih hebat ilmu sains dan teknologi Penciptanya. Mereka cuma akan ditemui selepas pemilik sains dan teknologi itu (Allah) mengizinkannya...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakcik...berdoa buat mereka...:(

    BalasPadam
  5. Dah sebula lebih dah kan... dah senyap dah... kesian waris2 yg menanti

    BalasPadam
  6. bayangkan , apa waris penumpang & krew MH370 rasa setiap kali dengar deruan enjin kapalterbang/nampak kapalterbang...:(

    BalasPadam
  7. Anak anak nekcik pun telah selamat balik bercuti India bersam Yan yanjournal...kecuut perut nak melepaskn...tak putus doa dan solat hajat..terasa sangat ngerinya...

    BalasPadam
  8. teruskan berdoa
    Allah Maha Mengetahui segalanya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com