Kawan-kawan kakcik

Khamis, 3 April 2014

Aku isteri yang 'senang kira'...

Aku tahu kemampuan suamiku setakat mana
kalau dia tidak memberi tidaklah aku meminta-minta
kerana itulah secebis perhiasan pun aku tiada
jangan kerana kehendakku suami menjadi gila

pendapatan sendiri banyak pula hendak diguna
anak-anak tahunya ada apa yang diminta
zaman mereka dengan zamanku dulu jauh berbeza
waktu sekarang berlari dengan selaju-lajunya

syukur juga suamiku jenis tak banyak minta
apa yang terhidang dijamah seadanya
sedap atau tidak boleh dibaca dari raut muka
setelah sekian lama bahasa tubuhnya tak sukar dijangka

mengajar anak-anak sekarang bukan dengan kata cerca
tapi dengan bahasa berhemah yang tersirat makna
bukanlah pula bahasa yang berbunga-bunga
kelak lain maksud lain fahamannya

biarlah kami hidup tak semewah mana
makan pakai cukup seadanya
yang penting kami bahagia
redho dan kasih Ilahi itu yang utama

16 ulasan:

  1. Alhamdulillah....
    Itu yang sering dikata...
    Untuk menghargai apa yang ada...
    Kadang kala kita selalu alpa
    Bersyukur dan redha dengan apa yang ada...

    BalasPadam
  2. salam kenal...Alhamdulillah begitulah sebaiknya.

    BalasPadam
  3. Saya dan kakcik cerita lebih kurang sama
    terkdg ketepikan keinginan diri demi anak2 semua
    Suami juga makn tak pernah berkira
    Saya dan suami dari keluarga tidak berada
    Kami sama..Allah Maha adil dan saksama
    Biar tidak berharta kami bahagia sekeluarga...

    BalasPadam
  4. ingatan buat SA juga walau SA xde suami...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah... Hidup lkut kemampuan kan Kakcik. Pakai baju ukur kat abdan sendiri tapi kadang2 Aina terbabas jugak...:(

    BalasPadam
  6. betul tu kakcik, terima seadanya, susah senang bersama....

    BalasPadam
  7. Susah dan senang bersama-sama kan kak cik..achoom!(T T)

    BalasPadam
  8. alhamdulillah...reda ALLAH terletak pada reda suami...isteri yg sentiasa menyennagkan suaminya dalam setiap keadaan...disukai ALLAH...

    BalasPadam
  9. Syukur dengan apa yang ada..
    Moga kakcik dan keluarga sihat selalu hendakNYA..

    BalasPadam
  10. Husband saya selalu pesan Kakcik, isteri paling senang masuk syurga...apa yg perlu ialah mendapat redha suami dan patuh dgn tuntutan Agama..IsyaAllah....walaupun terlalu jauh peluang kita tapi hanya Dia yg mengetahuinya..InsyaAllah..

    BalasPadam
  11. itulah yang sebaiknya
    bersyukur, makin bertambah rezeki
    insha allah :)

    BalasPadam
  12. Jika semua kita memahami konsep syukur, Malaysia tak akan menjadi antara negara yang paling tinggi tahap rasuah di dunia seperti sekarang. Masalahnya ramai yang tak bersyukur, masih tak cukup dengan segala kemewahan yang ada....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com