Kawan-kawan kakcik

Rabu, 2 April 2014

MH370 : walaupun makin 'sepi' tapi kian mengundang spekulasi...

...mula-mula kata begitu
kemudian kata begini

awal-awalnya radio dan tv pasang mengaji
pengacara wanita siap bertudung hitam nampak rambut tapi
selepas minggu ketiga yang asal telah kembali

diumumkan konsert nyanyi-nyanyi ditolak ke tepi
senyap-senyap di hotel mewah penyanyi luar menunjukkan kaki
ah... sedih orang lain buat apa nak peduli
keluar nanti pura-puralah kesat pipi
bukan orang boleh baca apa ada dalam hati

kalau semua dibatalkan susah pula yang lain nak jana rezeki
setidak-tidaknya boleh juga kita tumpang sekaki dua kaki
Amaran Allah turun atas sikap kita sendiri
buat hukum dan tindakan ikut suka hati
Al Quran dan Sunnah Nabi tidakkah memadai
untuk kita jadikan panduan dan pegangan selagi belum mati...


Aku #masihmengharap #pulanglah #doauntukmh370 #prayformh370

15 ulasan:

  1. SA berhenti baca paper, tgok tv...letih macam2 spekulasi...

    BalasPadam
  2. selagi tidak dijumpai bukti
    selagi itulah timbul berbagai spekulasi
    wujud berbagai teori
    kesian pak2 menteri
    terpaksa berdepan soalan yg ditanya sesuka hati...

    BalasPadam
  3. walaupun hanya ada 1% peluang sekali pun tetap berdoa agar mh370 dapat diselamatkan...

    BalasPadam
  4. salam

    sepanjang kehilangan MH370 rasanya ramai yg dah jadi pakar. pakar kapal terbang, pakar radio, pakar satelite, pakar kapal laut..huhuhu

    BalasPadam
  5. sama mcm SA...stop tgk semua...spekulasi mcm²...apa pun tetap berharap kepulangan MH370

    BalasPadam
  6. kwang2... victor LOPEZ tak wujud rupa2nya. from MARTINE to SUZANNE till VICTOR

    https://twitter.com/nikahsiam/status/451208830353821696

    BalasPadam
  7. sama2 kita tggu ja..mcm2 spekulasi xtau yg mna dh..hehe

    BalasPadam
  8. betul tu senyap macam tu je ke? spekulasi tu sudah pasti kerana ramai y bijak pandai

    BalasPadam
  9. Merungkai brgkali payah sekali
    Spekulasi dtg silih berganti
    Mereka kata kan itu dan ini
    Kebenaran Hanya Allah yg mengetahui

    #MasihberharapMH370pulangdenganselamat

    BalasPadam
  10. tp dana suke ngn beberapa stesen tv ngn radio yg msh kuarkan bacaan al fatihah n doa2, at least sblum nih takde pun skrg nih ada jugak lah bacaan doa2 or zikir2... kecuali lah tv alhijrah ngn astro oasis kan mmg setiap masa

    BalasPadam
  11. penat melayan benda yang tak pasti. jadi berdoalah saja.

    BalasPadam
  12. Makin hari makin sesak dada dngar spekulasi...saat ini hnya mampu verdoa dalam hati....semoga Allah permudahkan segala2nya.

    BalasPadam
  13. Akhirnya nanti orang dah tak percaya lagi dengan semua berita di TV, akhbar dan media sosial...semuanya dianggap spekulasi. Mungkin kalau MH370 benar-benar ditemui pun orang masih tak percaya itulah MH370 sebenar kerana menganggap ia cuma spekulasi (seperti masih ada yang tak percaya angkasawan Amerika pernah sampai ke bulan pada 1968).

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com