Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 4 April 2014

4/4/2014 - Jumaat : aku dah lupa untuk mengira...

#MH370
hari ini hari yang ke berapa?
orang ramai sudah tak sabar menanti kesudahannya

ramai juga yang jadi sakit hati
bukan kepada menteri atau perdana menteri
kerana mereka sudah berusaha sepenuh jiwa dan hati
sehingga tiada masa untuk diri sendiri...

tapi khalayak jadi sakit hati
bila banyak yang dirancang terpaksa ditolak ke tepi
ramai yang sudah tak ambil peduli
berkejar ke sana sini tapi tiada apa didapati

keluarga yang mengharap dan menanti -
ibu bapa anak isteri
suami mahupun hanya saudara tiri
sangat dalam kelukaan yang mereka alami
mana mungkin dapat dibalutkan lagi
selagi tiada perkhabaran yang tulus dan pasti
sama ada hidup atau pun mati

14 ulasan:

  1. Salam jumaat kakcik.
    Hanya yang mampu kita buat sekarang ni....berdoa

    #prayforMH370

    BalasPadam
  2. sy dah tak berapa ikut sangat tentang #MH370 , bukan tak mau mengenang nasib depa tapi kadang2 dah buhsan ...cuma menanti yg pasti. #prayforMH370

    kalau ada masa mohon like review sy di fbpage
    https://www.facebook.com/mbherbs/photos/a.424193451049358.1073741846.172523436216362/424372661031437/?type=3&theater

    t.kasih

    BalasPadam
  3. assalamualaikum
    dan salam jumaat
    singgah pagi

    BalasPadam
  4. Masih berharap..saya masih mengikuti...

    #DOABUATMH370.....

    BalasPadam
  5. sy tak pernah kira dari awal lagi, cuma tunggu dan doa...

    BalasPadam
  6. sungguh penantian satu penyiksaan.

    BalasPadam
  7. moga Allah beri petunjuk ketemukan kotak hitam jika ia benar di lautan. Amin

    BalasPadam
  8. 3 hari lagi genap sebulan, kalau mereka masih bernyawa bagaimanalah nasib mereka...serahkan pada Allah, kita semua berada dalam kekuasaanNya.

    BalasPadam
  9. sama lah kakcik, tp ttp berharap semoga dpt jumpa mereka walaupun di mana berada

    BalasPadam
  10. Hanya DIA yang Maha Mengetahui..........
    Moga ada sinar...biarpun dalam kelam..

    BalasPadam
  11. Walaupun masih mengharap kepada keajaiban Allah, tapi saya dah jarang mengikut perkembangan terkini MH370 kerana hingga sekarang masih tiada penemuan baru. Semua harapan yang diberikan oleh teknologi canggih rupanya cuma harapan palsu. Hanya janji Allah yang pasti dan ia masih menjadi rahsia Dia Yang Maha Mengatahui dan Maha Perancang....

    BalasPadam
  12. sesungguhnya hanya DIA yang maha mengetahui segalanya... moga yg menanti terus tabah...

    kakcik sehat? lama tak singgah sini.. ^_~

    BalasPadam
  13. Salam Jumaat,
    Hanya menanti kepastian

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com