Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 14 Mac 2014

Cubit paha kanan, paha kiri turut terasa...

...dengan kelucuan yang entah apa-apa
adakah terdetik ingatan kita
pada mereka yang tidurnya tak lena
hatinya resah sentiasa
harapannya sekejap hilang sekejap ada...

Mungkin kita tak bermaksud apa-apa
sekadar bertindak mengikut apa yang kita rasa
tanda kita masih punya deria
orang lain bersedih takkanlah pula kita tak boleh bergembira

Mari pepatah ini jadikan pegangan kita
'cubit paha kanan paha kiri turut terasa'
dunia ini bukan milik mutlak kita
ianya kepunyaan Yang Maha Berkuasa
perlakuan kita dalam pemerhatianNya
elak-elakkanlah dari terus menempah dosa...

#prayformh370 #doauntukmh370

14 ulasan:

  1. Memang ada yang kurang punya rasa, melainkan mereka sendiri berada di dalam itu... Terima kasih atas ingatan, Kak Cik.

    BalasPadam
  2. Sentiasa doakan mereka selamat ditemui..amiin

    BalasPadam
  3. salam jumaat kakcik..bersederhana lebih baik :)

    BalasPadam
  4. Elakkan sebarang masalah/kenyataan yang boleh mendatangkan fitnah..

    BalasPadam
  5. sentiasa doakan semoga mereka dijumpa n selamat

    BalasPadam
  6. Jika Allah mentakdirkan sebuah kepulangan
    sambutlah kembalinya mereka dengan kesyukuran dan doa
    kepulangan yang amat dinanti
    dalam apa keadaan sekali pun wajah mereka
    kerana janji Allah pasti

    #Pray For MH370

    BalasPadam
  7. Jika prihatin bantu la dengan doa..itu lebih baik dari buat sesuatu yang sia2 dan memburuk kan lagi keadaan..

    BalasPadam
  8. teruskan berdoa dan berdoa..itu saja jalan yg mampu kita lakukan..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com