...dengan kelucuan yang entah apa-apa
adakah terdetik ingatan kita
pada mereka yang tidurnya tak lena
hatinya resah sentiasa
harapannya sekejap hilang sekejap ada...
Mungkin kita tak bermaksud apa-apa
sekadar bertindak mengikut apa yang kita rasa
tanda kita masih punya deria
orang lain bersedih takkanlah pula kita tak boleh bergembira
Mari pepatah ini jadikan pegangan kita
'cubit paha kanan paha kiri turut terasa'
dunia ini bukan milik mutlak kita
ianya kepunyaan Yang Maha Berkuasa
perlakuan kita dalam pemerhatianNya
elak-elakkanlah dari terus menempah dosa...
#prayformh370 #doauntukmh370
#prayforMH370
BalasPadamsinggah dipagi jumaat yg mulia..
BalasPadam#prayforMH370
BalasPadamAMIN
BalasPadamSalam Jumaat, pray for all
BalasPadamMemang ada yang kurang punya rasa, melainkan mereka sendiri berada di dalam itu... Terima kasih atas ingatan, Kak Cik.
BalasPadamSentiasa doakan mereka selamat ditemui..amiin
BalasPadamsalam jumaat kakcik..bersederhana lebih baik :)
BalasPadamteruskan berdoa, elakkan spekulasi.
BalasPadamElakkan sebarang masalah/kenyataan yang boleh mendatangkan fitnah..
BalasPadamsentiasa doakan semoga mereka dijumpa n selamat
BalasPadamJika Allah mentakdirkan sebuah kepulangan
BalasPadamsambutlah kembalinya mereka dengan kesyukuran dan doa
kepulangan yang amat dinanti
dalam apa keadaan sekali pun wajah mereka
kerana janji Allah pasti
#Pray For MH370
teruskan berdoa dan berdoa..itu saja jalan yg mampu kita lakukan..
BalasPadam