...lagipun kesakitan (walau sekadar lakonan) akan membuatkan kita kelihatan tua! Hahaha.
Aku bertemu doktor pada tarikh temujanji genap seminggu selepas pembedahan 'carpal tunnel'. Doktor terkejut bila aku kata aku tak sakit cuma ada rasa berdenyut dan aku minta buka benang jahitan.
Aku siap tunjuk pada doktor yang aku boleh menggenggam jari jemari tanpa masalah. Doktor kata lukaku belum betul-betul sembuh dan benang hanya boleh dibuka seminggu lagi.
Yang membuatkan aku rasa 'kembang kuncup' bila doktor kata aku yang paling 'kuat' berbanding pesakitnya yang lain.
Ada pesakit berusia 30an yang 'merengek-rengek' tangannya masih sakit walaupun sudah bercuti sakit selama sebulan. Ada yang minta cuti sakit sampai hampir dua bulan untuk kes yang sama seperti aku.
Bercuti memang seronok tapi kita yang bekerja terikat dengan peraturan. Jangan sebab keseronokan sementara kita akan menanggung akibatnya di hari kemudian.
DAN JUJURNYA JUGA AKU DAH TAK SABAR HENDAK BERSARA!!!
Assalamualaikum,
BalasPadamLama sangat cuti tak buat kerja pun bosan juga. Saya tak pernah cuti lama, walaupun masih blm sihat untuk buat keja, sangat tak sabar untuk masuk keja. Tapi...kena pi kutip mc panjang lagi ni. Badan nak pakai lama, kena jaga juga. Tambah lagi tadak orang nak jaga, kena jaga diri sendiri ni...
Moga kakcik cepaf sihat dan cergas semula untuk jalani kehidupan macam biasa.
Sebab kakcik dah bosan dan ilham dah takde, menulis pun dah merepek jadinya.
PadamWaalaikummussalam Anyss.
Assalam KakCik
PadamWpun dah tak sakit kat tangan tu, you kena gak berihat. Bergeraknya badan, segala urat dibadan akan turut bergerak... Manalah tau, tu akan buat bentan kat tapak tangan yg baru dijahit tu (ngeri tengok). Sekian nasihat ikhlas dari doktor quack. *Hugs*
Moga cepat sembuh kakcik
BalasPadamAkak saya pun nak berhenti kerja jugak, saya yang muda ni pun dah penat......Harap kakcik terus diberikan kesihatan yang baik...
BalasPadammoga cepat sembuh
BalasPadamHebat Kakcik doktor kata akak paling "kuat". Akak dah tak lama nak bersara yea. semoga diberi kesihatan yang baik untuk akak dan keluarga.
BalasPadamBerpura-pura sakit sekali betul2 sakit baru padan muka kan kak...kita dah rasa badan kita sihat..kita kata sihat lah kan...nak tipu2 buat apa...semoga kakcik sembuh seperti sediakala...
BalasPadamBerlakon, berpura-pura adalah perkara yang paling penat nak dibuat.
BalasPadamSaya tak senang hati bila berpura2 macam tu. Banyak natijahnya.
BalasPadamBagi kita yang suka kerja dan jarang ambil MC ni, mungkin salah satu bantuan semulajadi Allah untuk memberi kita rehat ialah dengan menurunkan sedikit kesakitan dan kemudian klinik memberi kita MC....
BalasPadamKadang2 kita sakit tapi kita pura2 sihat utk org yg kita sayang tapi kalau sihat pura2 sakit tak mustahil tiba2 kita jatuh sakit.
BalasPadamKak..saya pun x sabar nak bersara. Tp.umo baru 38. Bersara pun x de pencen. Tp best dok umah kan.
BalasPadamamboi hebat kak cik ni !
BalasPadam