Kawan-kawan kakcik

Khamis, 20 Februari 2014

Amaran - hanyalah sekadar amaran...

...kalau dah ketegaq bak kata oghang Utagha, mailah amaran lagu mana, ada depa nak kisah!

Haram ka harus ka...main membujoq lalu melintang patah ...

Aku berada dalam kereta di perkarangan Masjid Sulltan Abdul Samad (Masjid KLIA) sambil menanti ketibaan keluarga adik iparku yang akan pergi mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.

Di hadapan keretaku ada sekumpulan lelaki sedang bersembang.   Kemudian seorang demi seorang mengeluarkan rokok dan menghisap serta menghembuskan asap dengan 'nikmatnya'.  Salah seorangnya kemudian terbatuk-batuk dan terus memudahkan kahak dengan selamba.

Suamiku beristighfar berkali-kali.   Tiba-tiba dalam jarak semeter sahaja dari kumpulan lelaki itu aku terlihat sekeping papan tanda berdiri tegap.  Tanpa teragak-agak aku turun merakamkan gambar papan tanda itu.  Kumpulan lelaki itu hanya memerhatikan tingkahku.  Kemudian seorang demi seorang beredar dan tidak lagi kelihatan mereka menghisap rokok.

BIASA TENGOK TAK PAPAN AMARAN BERTULIS 'DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI SINI. DENDA RM500'?  Selalunya di bawah papan tanda itulah sampah dilonggokkan,  kan?

14 ulasan:

  1. biasa la tu kak cik..lagiii di laranggg lagiii la dia buattt...apapuntakboleh!

    BalasPadam
  2. Sikap dah macam tu susah nak di ajar kakcik... tau pulak dorang beredar bila kakcik ambil gambar tu... takut kakcik ambil gambar dorang sekali kot hehehhe

    BalasPadam
  3. utk dibaca je kan auntie.. singgah ptg ari ni!

    BalasPadam
  4. salam singgah ptg
    sory x leh nak komen banyak bz day

    BalasPadam
  5. Memang biasa jumpa kakcik.. tempat yang dilarang tu lagi dorang suka..

    BalasPadam
  6. Bagi orang Melayu yang haram tu cuma babi saja. Jijik betul dengan babi sampai lalu dekat gerai daging babi pun ludah! Tapi arak, judi makan rasuah, berzina tak pula depa perasan haram.....

    BalasPadam
  7. kalau kat restoren pun camtuh... kekadang geram jer.. kita nak makan pun tak selera

    BalasPadam
  8. Good.
    kalau kita kata dia ba-wau-dal-wau-ha, marah pulak...

    BalasPadam
  9. Bila tang rokok memasing jadi pekak badak. Memasing jadi macam daun keladi yang dicurah air.

    BalasPadam
  10. Kat Penang sekarang ini tengah buat kempen MASBAR - Masjid bebas asap rokok.

    Tapi perokok tegar itu masih tetap tegar.

    BalasPadam
  11. Tak pernah ada seorang hamba Allahpun kat malaysia ni yang di tangkap oleh peguatkuasa agama Islam atas kesalahan melanggar fatwa larangan merokok.Itulah sebabnya,Penguat kuasa majlis agama islam sendiripun ada yang menjadi perokok tegar.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com