Kawan-kawan kakcik

Rabu, 12 Februari 2014

'Warkah' dari ibu Allahyarham Adam Syukri...

Masih ingat tak kepada Adik Adam Syukri?  Anak kecil yang rosak saraf otak dan telah meninggalkan segala2nya hampir setahun yang lalu...

Kakcik menerima warkah ini melalui ruangan komen di catatan kakcik tentang Adam Syukri yang lalu (buat catatan melalui Note ll ini kakcik tak pandai nak buat pautan).  Kakcik salin semula tulisan dari Nora (Ibu arwah Adam) tanpa mengubah bahasa atau susunan ayat.  Cuma kakcik tulis penuh perkataan-perkataan yang Nora pendekkan...


Assalamualaikum.
Terima kasih kak kerana share kisah arwah anak saya.  4.3.14 genap dua tahun umur arwah dan 7.2.14 genap setahun arwah meninggal.   Terima kasih juga kepada mereka yang membantu. 

Alhamdulillah setahun tanpa arwah macam2 pahit getir kehidupan saya lalui. Memang agak payah.   Apabila mula untuk berdiri saya pula jatuh sakit teruk dan 12.12.13 saya dimasukkan ke wad separa ICU MHDW HKL kerana severe ovarian hyper stimulation sindrom stage 4.

Saat berada di wad saya dapat rasakan penderitaan arwah di mana saya sendiri merasa  operation 2 kali emergency dan tebuk perut 2 kali yang hanya bius setempat.  Kesakitannya amatlah perit.

Bila saat nafas saya kurang elok kerana sakit, saya terpaksa bergantung pada oksigen dan saya merasa ventilator yang untuk pernafasan arwah anak saya melalui mulut itu.  SubhanAllah sangatlah sakit.  Saya yang bersuara tak tahan sakit ventilator inikan arwah Adam yang tidak bersuara menahan kesakitan.

Di situ timbul seribu satu hikmah saya dapat melalui sakit saya dan sakit arwah anak saya. 3 minggu pertama di MHDW saya disahkan mengandung 8 minggu dan baby saya twin.  Sekarang dah 3 bulan lebih dan baru keluar wad.


SEMOGA ALLAH SWT MEMPERMUDAHKAN PERJALANAN HIDUP SETERUSNYA BUAT NORA DAN SUAMI SERTA BAYI YANG AKAN DILAHIRKAN.  INSYAALLAH

17 ulasan:

  1. Moga kandungan Nora yg kembar selamat dah sihat sehingga melahirkan kakcik.
    Buat kakcik dari jauh kakak doakan moga operation esok berjalan lancar.
    Sedih pulaklah kakak ni kakcik. Kalau dekat nak kakak pergi esok tengok kakcik.
    Kuat dan tabah ye kakcik..

    BalasPadam
  2. Aduh azab masuk hospital ni..semoga dia selamat lahirkan anak kembarnya

    BalasPadam
  3. Semoga kandungan & ibu selamat sehingga dilahirkan....Subhanallah, Allah bagi twin pulak selepas kehilangan seorang anak....

    BalasPadam
  4. Semoga d mudahak urusan mereka. Sama-sama doa untuk kebaikan bersama.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Hikmah disebalik ujian. Dapat sekali 2. Selamat menempuh 40 minggu nan indah buat nora dan smoga dipermudahkan olehNYA.

    BalasPadam
  6. Subhanallah..... Allah Maha Besar, Allah Maha Penyayang. Semoga segala keperitan ibu ini adalah persediaan untuk dia membesarkan khalifah2 yang bakal lahir. amiin.

    BalasPadam
  7. Semoga Allah mempermudahkan segalanya dan bila tiba waktunya nanti sepasang bayi kembar yg comel bakal lahir di sisi ibunya yang sentiasa sihat dilindungi Allah....

    BalasPadam
  8. Semoga kandungan sekali ini selamat dan sihat penganti adam

    BalasPadam
  9. Sedihnya baca..Semoga Allah gantikan yang lebih baik buat keluarga ini. Amin

    BalasPadam
  10. Semoga dipermudahkan segala urusan Ibu ini...semoga ketabahannya berlipat kali ganda..Allah ambil Adam seorg tapi Allah berikan pula 2 org sekali sebagai ganti Adam..Malah Adam kini terjaga sempurna di Syurga ALLAH...Allah maha pengasih maha pemberi maha mendengar ritihan setiap makhluknya...

    BalasPadam
  11. alhamdullillah twns yg Allah bagi utk dia

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah.. moga urusan beliau dan suami dipermudahkanNYA.

    BalasPadam
  13. Allah tarik satu dan Allah beri balik dua. moga selepas ini semuanya berjalan dengan lancar dan nora juga suami akan punyer satu kebahagiaan dalam kehidupan dihari mendatang. in shaa Allah...

    BalasPadam
  14. Sebagai ibu kita semua sangat terasa...semoga segalanya akan berjalan dengan baik buat Nora dan suami.

    BalasPadam
  15. ASSALAMMUALAIKUM..BARU TERBACA BLOG KAK CIK..TERIMA KASIH KAK CIK..NORA DOAKAN KAK CIK DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK2.SMGA KAK CIK PUN SABAR DAN TABAH DENGAN UJIAN ALLAH..TERIMA KASIH ATAS SOKONGN DARI KAK CIK BUAT KAMI DAN TERIMA KASIH KERANA SNTIASA UPDATE PERKMBGN ARWAH SEJAK DULU LAGI.ALHMDULILLAH KINI KEMBAR PUN DH BESAR..TAK TERASA CEPATNYA MASA BERLALU..BUAT SEMUA SAHABAT MUKA BUKU NORA SALAM RAMADHAN DAN SEMOGA TAHUN INI MEMBERI SERIBU MAKNA BUAT KITA.IN SHA ALLAH AMIN

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com