Kami memang tidak berkemampuan untuk bercuti ke luar negara mahupun ke tempat-tempat mewah di dalam negara.
Aku dan suami kebelakangan ini suka mengambil cuti di hari bekerja dan anak-anak bersekolah. Bukan bermakna kami tak suka bercuti bersama anak-anak. Cuma, ada waktunya kami perlu masa berdua-duaan dan melakukan apa yang kami suka bersama. Kalau bawa anak-anak, kadangkala kami terpaksa mengikut kemahuan mereka dan mengenepikan kehendak sendiri.
Contohnya, kami suka berhenti dan memerhati sesuatu perkara tapi ia jadi terhalang bila anak-anak tidak menyukainya.
Bila kami bercuti berdua, kami akan keluar rumah pagi-pagi lagi. Kemudian tetapkan ke mana kami hendak pergi. Selalunya, kami akan menghala ke Teluk Intan di mana ibu mertuaku tinggal.
Sama ada melalui Lebuhraya Utara Selatan dan masuk melalui Sungkai atau keluar di Rawang Selatan dan masuk pula ke Lebuhraya LATAR dan keluar di Ijok untuk melalui jalan lama Kuala Selangor - Sabak Bernam - Teluk Intan.
Kami akan berhenti di mana-mana sama ada untuk membeli makanan dan minuman atau untuk melelapkan mata seketika. Solat di mana-mana masjid bila masuk waktu.
Peluang begitu adalah masa untuk kami bersembang santai tentang pelbagai perkara tanpa gangguan. Setakat ini kami rasa gembira dengan 'percutian sehari' kami itu. Perjalanan dua hingga tiga jam sehala dan singgah di rumah mertua seketika walaupun penat tapi besar maknanya. Apatah lagi bila dapat memberikan sedikit kegembiraan kepada wajah tua itu.
Semoga masih banyak masa dan kesihatan yang diizinkan oleh Allah SWT buat diriku dan suami sebelum sampai hujung usia kami.
cuti macam ni la best kakcik...no pressure, no kalut....
BalasPadamBetul betul betul... :)
PadamPercutian yg santai ni kakcik... memang seronok keluar berdua... berkesempatan juga menziarahi MIL ye kakcik :)
BalasPadamNak bercuti jauh-jauh kami rak mampu. :)
PadamSaya pun teringin nak buat macam tu kakcik tapi sebab ciklan kerja susah nak dapat cuti, makanya terpaksa dipendamkan dulu hajat tu..
BalasPadamIna masih muda dan anak-anak masih kecil. InsyaAllah akan tiba masanya nanti. .. :)
Padambest la kakcik..saya pun nk ajak mr hubby wat camni la...tp mr hubby tu sibuk memanjang huhu
BalasPadamKita kena 'cari' masa untuk lari dari kesibukan yang tak pernah sudah. :)
PadamBest jugak bercuti simple2 camni kan kak. Bukanlah sebab bajet ke apa.. tapi yang penting hati tenang dan senang. Bercuti mahal2 sangat pening jugak sbb banyak duit keluar
BalasPadamBila banyak keluar belanja bimbang balik nanti pening kepala. :)
PadamNanti kan klau kakcik dua dua pencen lagi banyak masa untuk cuti berdua duaan...mcm nekcik lah tu..pagi kami kluar. .singgah bekfes...lepas tu bli jajan...kami pun mulalah perjalanan sesuka hati...petang baru balik..free n easy...hati kena ceria kan kakcik
BalasPadamSekarang pun bila hujung minggu kami suka pergi sarapan berdua-duaan. :)
PadamShort vacation? Berdua pulak tu...hoho..xpyah nk booking apa bagai..main terjah je..
BalasPadamPercutian murah namanya. :)
PadamSakinah, jom buat macam tu. Nak?
Padamterus terasa jeles di situ..
BalasPadamHehehe. ..janganlah jeles. :)
Padamberbulan madu utk kesekian kalinya kakcik hehe...bila anak2 dah besar...kita bebas kemana berdua..
BalasPadamAs-salam kakcik..
BalasPadamMenariknya cara percutian kakcik dan suami.. boleh ditiru ni.. semoga kakcik dan suami akan terus berbahagia selalu.. sweetnya gambar tu.. suka tengok..
wahhh.. sangat romantik.. seronok gak sekali sekala berdating-dating..
BalasPadamitu yg best tuh kakcik, berdua tanpa gangguan yek, tak kisah lah pg mana pun... jnji kite rasa hepi...
BalasPadamassalamualaikum kakcik...alhamdullilah moga sentiasa hepi...;)
BalasPadamseronoknya ma..bs x jeles ke ni??hahahahaha
BalasPadamSalam kak cik sama la ngan atie & HB..tambah2 anak2 semua dok asrama..kebykkan masa kami berdua jer(^_^)
BalasPadamSaya tak pernah terfikir idea sebagus itu Kakcik! Mungkin lepas ini saya nak utarakan idea ini kepada puan isteri kat rumah yang bila bercuti lebih suka melayan drama Korea di rumah.....
BalasPadamTerbaik..syiok dpt dating2 bercuti dgn suami je
BalasPadamMakchaq belum berpeluang lagi nak bercuti berdua macam kakcik.. setakat ni jalan berdua bila pi kenduri saja
BalasPadam