Kawan-kawan kakcik

Selasa, 31 Disember 2013

Soseh-soseh Cikgu Sekolah...

Hari ini aku dan suami masih bercuti.

Budak Sepet sudah masuk ke Tingkatan 1.  Dah remaja anak bongsu ku ini.

Sewaktu bersarapan tadi aku perasan ada sekumpulan wanita di meja belakang.   Dari perbualan mereka, aku dapat mengagak mereka adalah guru sekolah.

Salah seorang dari mereka bercakap dengan agak jelas ke pendengaran ku 'pengawas yang jaga kat pintu pagar tu bukan tahu nak senyum.  Terpacak macam kayu.  Tak tahu nak hormat cikgu.  Tak pandai nak ucap salam atau Selamat pagi'

Tiba tiba aku terfikir 'adakah pengawas yang masih anak-anak itu sudah diberi tunjuk ajar oleh para guru? '

Kenapa cikgu itu menjadi begitu kecil hati?

Eh! Waktu persekolahan mula pukul berapa?  Mungkin sebab hanya hari orientasi,  jam 8.45 pagi, guru guru itu masih enak makan-makan dan berbincang hal ehwal semasa termasuk mengkritik peraturan sekolah!

14 ulasan:

  1. selamat tahun baru 2014
    semoga semua impian tahun 2013 telah tercapai :)

    BalasPadam
  2. Selamat Tahun Baru Kakcik
    Mybe cikgu² tu da lama tak jumpa kot kakcik..tu yg terlajak dok berbincang tuh

    BalasPadam
  3. dah bujang anak k.cik :)
    pejam celik pejam celik, k.cik akan buat entry ttg dia daftar ke universiti pulak nnti

    BalasPadam
  4. Huhuhu..Ada-ada je cikgu tu kan, kalau cam tu suruhlah dia yang ajar pelajar tu senyum...Selamat bersekolah budak sepet.

    BalasPadam
  5. Sekolah cuti lama, banyak benda nak dikongsi

    BalasPadam
  6. Saya rasa, seluruh sekolah, guru2, pelajar2, kakitangan kena attend kursus customer servis macam kita semua kan kak.

    BalasPadam
  7. bukannya pengawas tu cikgu2 gak yang pilih, dah derang pilih, patutnya derang train la kan....derang pun tau ngata belakang aje, so what to expect?
    didiklah anak2 tu, may be anak2 tu takut, tak tau how to react dll, berkat bimbingan maybe boleh jadi pengawas yang baik!
    terbayang2 lak camner lusa nanti, anak saya di hari pertama menjadi pengawas!

    BalasPadam
  8. Hari pertama sekolah anak perempuan Aina ke tingkatan 1 tanpa mak di sisi...sedih...

    Kadang2 kita kena fikir positif, budak2 je pun kalau tak senyum mungkin tak perasan. Cikgu tu parking kat luar pagar sekolah ke kakcik?

    BalasPadam
  9. selamat tahun baru kakcik...my time hantaq anak pi skolah dah berakhir :)

    BalasPadam
  10. Selamat tahun baru 2014 kakcik seroja.... soseh soseh kat blog lah kita kan kakcik...:)

    BalasPadam
  11. hahahaha cikgu2 pun manusia biasa mcm kite gk kakcik... kadang mereka pun cume tau kritik je... apa slhnyer tgr lah elok2 pelajar tuh nih tak kondem je tau nyer...

    BalasPadam
  12. alaahhh kakcik,, dah lama tak bergossip lah tu.. kan cuti sebulan..

    BalasPadam
  13. Esok diorang panggillah bebudak tu ditegur & diajarnya. Lama-lama pandailah pengawas tu senyum & hormat orang. Selamat Tahun Baharu kakcik....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com