Kawan-kawan kakcik

Selasa, 29 Oktober 2013

Karenah anak...

Selalu merasakan mereka lebih bijak
Tak mahu lagi mendengar arahan makbapak
Lupa kepada tangan yang membasuh kencing dan berak
Teguran makbapak didengar dengan rasa jelak

Tapi makbapak tak henti berdoa
Jadilah anak orang yang berjaya
Bila dah senang dan jadi orang kaya
Janganlah makbapak tak dipandang walau sebelah mata

25 ulasan:

  1. tu la...
    sedih rasa hati
    mintak dijauhi
    dari bersikap sebegini
    kepada mertua yang dikasihi
    apatah lagi kepada ibunda sendiri yang dicintai

    BalasPadam
  2. semoga anak2 sentiasa ingat jasa makbapak.. ^_^

    BalasPadam
  3. kakcik...
    itu jua doa yang dipinta
    semoga anak anak tak buang ibu bapa
    bila senang dah menyinar hidup mereka

    walau hati pedih,terhiris
    mohonlah ibubapa jangan doakan yang burukburuk
    buat anak anak yang tersasar jauh ke lubuk

    panjatkan doa agar anak diberi hidayah
    utk mereka berubah...insha Allah.

    BalasPadam
  4. begitulah cabaran hidup, kan kakcik?

    BalasPadam
  5. ibu bapa menjaga n mendidik kite dgn sepenuhnye,mereka xpernah minx balasan cukup sekadar kite menginagti segala jasa mereka.jaga la mereka.jaga la ati n perasaan mereka.kerana setiap doa mereka memberi berkat.itula besarnye doa seorang ibu mahupon ayah ;)

    BalasPadam
  6. kerenah itulah pengukur amanah buat ibu bapa...mapu melaksana atau sebaliknya

    BalasPadam
  7. berdoa tanpa jemu... pesanan utk diri sendiri

    BalasPadam
  8. Btol tu kakcik.. Anak ni amanah..kita hanya mampu mendidik n dia untuk jd yg terbaik..
    Walau kekadang tpaksa marah ketika diaorg masih kecik :(

    BalasPadam
  9. Semoga kita dikurniakan anak2 yg berjasa dan mengenang budi yer kakcik...

    BalasPadam
  10. kadang hati sakit namun ku maafkan jua kerana tak mahu kamu menjadi anak derhaka...

    BalasPadam
  11. SEMUA IBU BAPA MENGHARAPKAN BENDA YG SAMA... MOGA ANAK KITA BAIK2 MENGHORMATI ORG TUA

    BalasPadam
  12. harap anak2 kita tidak begitu kan...pada Allah kita berserah

    BalasPadam
  13. Harap sangat anak2 saya tak macam tu..saya ni dah la penyedih...

    BalasPadam
  14. Yang penting, doa berterusan dari ibu bapa tu kan kakcik...semoga anak anak mendapat hidayahNYA..

    BalasPadam
  15. moga ank2 kita xbegitu....InsyaAllah....

    BalasPadam
  16. Moga ibubapa kita sentiasa sihat dalam menjalani kehidupan seharian.
    Moga anak2 kita sentiasa di bawah lindunganNYA..

    BalasPadam
  17. mak bapak mmg sentiasa inginkan yg terbaik utk anak2...

    BalasPadam
  18. ujian untuk makbapak..
    ujian juga untuk si anak..
    saya yang duduk jauh dari makbapak ni...sedih sangat tak dapat berbakti kat mereka hari2..
    doa saja yang dapat dikirimkan buat kedua-duanya

    BalasPadam
  19. Doa itu senjata org mukmin kakcik seroja , maka kita doa byk2 ;)

    BalasPadam
  20. doa itu senjata buat ibubapa...doakan yg baik2 yer kakcik... :-)

    BalasPadam
  21. Semoga ada kesedaran buat mereka dan saya juga. Kdg kita tak perasan hati ibubapa terguris

    BalasPadam
  22. InsyaAllah mak...
    selagi mulut menyebut mak..
    selagi itu doa tak putus dititipkan..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com