...aku sedang sarat mengandungkan anak sulungku.
Pagi itu aku mula rasa ada air yang keluar. Disebabkan tiada pengalaman dan menjangkakan tarikh untuk melahirkan iaitu 7/10 masih jauh, aku hanya mengajak suami ke klinik tempat aku menjalani pemeriksaan berkala. Kami pergi dengan menaiki motorsikal - satu-satunya kenderaan yang kami miliki.
Sampai di klinik, doktor mengatakan yang aku hampir melahirkan. Beliau mengarahkanku ke Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Dari klinik di Jalan Ipoh, kami balik dulu ke Gombak untuk mengambil beg yang telah disiapkan lebih awal. Menjelang petang aku telah berada dalam wad menunggu yang sangat sesak. Disebabkan tak cukup katil, aku hanya diletakkan atas katil tambahan di tengah lorong dalam wad.
Yang masih kuingat, ada seorang wanita muda sedang sarat mengandung sedang menangis semahunya. Rupa-rupanya anak dalam kandungannya sudah tidak bernyawa. Dia telah diberi ubat dan disuruh balik sehingga ada rasa untuk melahirkan barulah dia boleh datang balik.
Aku masih tidak merasa sakit hendak bersalin dan rasanya ingin saja aku lari dari wad yang sangat merimaskan itu. Selama berada di wad, entah berapa kali aku terpaksa membenarkan kainku diselak. Mula-mula oleh doktor terlatih kemudian oleh sekumpulan doktor pelatih...
Setelah saat untuk melahirkan kian tiba, aku disorong ke bilik untuk bersalin. Ada beberapa orang ibu dalam bilik tersebut. Ada yang mengerang, ada yang meraung. Oh, aku kena bersabar dan beristighfar. Setelah berhempas pulas, akhirnya aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam lebihkurang 8.00 malam saat hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi.
Bayi itu kunamakan MUHAMMAD MUSTAQIM dengan doa dan harapan dia akan menjadi insan berguna yang sentiasa lurus dalam mencari redho Ilahi...
Hari ini - 22/9/2013, anak itu sudah berusia 26 tahun. Tekah menjadi seorang suami dan bakal menjadi seorang ayah beberapa bulan lagi.
Sebagai seorang ibu, doaku tidak pernah berhenti mengiringi perjalanan hidup anakku walau siapa pun dia.
SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN, ALONG.
Happy birthday along
BalasPadamSElamat hari lahir Along. Semoga jadi bapa mithali.
BalasPadamSaya tak pernah bersalin kat gov hospital!
Along dan Angah lahir di HBKL. Bangcik dan Adik pula lahir di PUSRAWI. :)
PadamSelamat hari lahir buat along.. moga sihat dan kuat dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)
BalasPadamselamat hari lahir along, semoga dikurniakan anak yang taat kepada ibu bapa, cantik kejadiannya dan menjadi menyejuk hati keluarga :)
BalasPadamSelamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 26 along...semoga Allah akan memperkenankan doa ibumu...
BalasPadamkakcik, dulu selalu saya fikir kenapa bilik bersalin dinamakan labor room, rupa2nya setiap ibu terpaksa berhempas pulas di sana hahaha...nikmat yg hanya dikurniakan kepada setiap wanita, kan kakcik kan?
Selamat hari lahir along... tegap dan hensome along ni
BalasPadamSelamat ulangtahun kelahiran buat Along juga, moga diberkati Allah sentiasa.
BalasPadamselamat hari lahir buat along
BalasPadamSelamat hari ulang tahun buat along...dan tahniah juga buat k.cik...dpt mmbesarkan along mnjadi insan yg sempurna...:-)
BalasPadamHappy birthday long..
BalasPadamKakcik, apa pun pengalaman melahirkan sapa pun tkkan lupa kan? sakit tapi at the end of the day the bundle of joy di depan mata hilang semua letih..
BalasPadamsama umur dengan saya anak kakcik ni
BalasPadamSebab itulah makcik guna kan perkatan 'makcik' bila dengan Zul. :)
PadamAssalamualaikum,
BalasPadamHepj besday along...moga diberkati seluruh kehidupan
Happy birthday Along!!! Semoga panjang umur dan murah rezeki, sihat walafiat hendaknya.
BalasPadamTahniah pd kakcik ya, dah besau anak sulong nya.... hu hu hu
sekejapnya masa berlalu kan kak?
BalasPadamhappy belated birthday
BalasPadamSelamat ulg thn utk along...semoga along mampu membahagiakan insan2 disekelilingnya....aminn...
BalasPadamheppi besdei anakanda sulong Kakcik & AbgMus! moge selamat menimang anakanda/cucunda sulong soon, aminnn!
BalasPadamSelamat Ulang Tahun Kelahiran buat Along...26 thn yg telah berlalu namun penceritaan kakcik seperti ianya baru berlaku semalam....dan 26 thn yg mendatang pun saat kelahiran itu pasti akan dingati..Inilah seorg IBU kan kak....
BalasPadamsalam birthday Along..
BalasPadamHAPPY BELATED BIRTHDAY ALONG!!!
BalasPadammuka x berubah ye kak cik...dr kecik smpi ke bsr pnjg ni ;-)
happy Birthday Along.. moga diberkati Allah selalu..
BalasPadam*sorry lambat wish..baru ngadap blog*