Kawan-kawan kakcik

Rabu, 31 Julai 2013

Menilai hati sendiri....

...kadangkala sukar sekali untuk mengerti. Walau puas dididik, namun hati ini suka bertindak 'lebih cerdik'. Mengingat-ingat, mengenang-kenang pada perkara yang sepatutnya dilontar jauh dari ingatan, diasak pergi dari sudut hati. Tak tahulah, sama ada hati ini yang jahat atau ingatan yang keparat! Ya Allah, berilah aku ingatan yang baik-baik sahaja tentang sesiapa jua terutama mereka yang telah tiada...

25 ulasan:

  1. Aminn..InsyaAllah mak..ikhlas dgn diri sendiri dpt mendidik hati kita..

    BalasPadam
  2. semoga diingat perkara yang baik2 sahaja

    BalasPadam
  3. InsyaAllah kak.. moga hati kita tidak terpesong dariNYA..

    BalasPadam
  4. Itulah yg selalu berlaku kan kakcik..semakin kita cuba buang jauh apa yg tidak sepatutnya utk dikenang diingat..semakin dekat pula ianya menghampiri dan lebih sadisnya ingatan dan hati utk melupakannya tiada butang "DELETE"...

    BalasPadam
  5. kata orang kita akan teringat ingat bila ada "unfinished business". mungkin "sesuatu" menyebabkan kita teringat ingat. wallahualam..

    jangan sedih ya kakcik..

    BalasPadam
  6. Amin... kakcik dah berusaha tu, insyaAllah Allah akan bantu. Selalu berdoa semoga hati kita jadi lebih aman...

    BalasPadam
  7. Kakcik,
    Let the dead be buried...embrace the power of now.
    sepotong ayat diberi seorang pengubat>bila susah tidur
    'Latata har rokho zarratun illa biiznilla'...baca 3 kali ,kaup dada dgn tgn lepas tu buang jauh jauh.Cuba kakcik amal.mana tahu berkesan.

    BalasPadam
  8. kadang-kadang benda begini datang waktu tak diundang..jangan dilayan, itulah cara tapi sebagai manusia, selalu ikutkan hati tu

    BalasPadam
  9. Sekadar lintasan dicuit Qarin..jom istigfar

    BalasPadam
  10. Banyakkan istighfar dan selawat bila perkara mcm ni terlintas di fikiran... In Shaa Allah. (peringatan buat diri sendiri)

    BalasPadam
  11. Hati kita ni kakcik berkait dgn minda kita. Walau kecik tapi tak pernah tepu. Kadang nak buang yg tak baik tapi makin berkali-kali dia menerjah ingatan...

    BalasPadam
  12. Godaan tuh. Jangan diikut bisikan yang tak betul.

    BalasPadam
  13. Kakcik jgn sedih2 yee..
    Byk bersabar..dan byk berdoa...

    BalasPadam
  14. Sebelum tidur, kita maafkan dosa orang pada kita ya kakchik...
    Kita ingat buruk kita kat orang, kita lupa baik kita pada orang.. Bukan kakchik saja alami hal yang sama. Saya ni pun sama. Byk peristiwa sedih zaman kecil dulu
    Sungguh, payah mula2...tapi lama kelamaan....hati jahat kita jadi tenang..

    BalasPadam
  15. Selagi bernama manusia dan selagi kita berada di muka bumi ni..semua tu adalah lumrahnya..kita yg mengawalnya...

    BalasPadam
  16. sekali kita tersasar, cepat2 Istighfar pada Nya...Insya Allah, on track balik lepas tu

    BalasPadam
  17. Istighfar lah ubatnya. in shaa allah, kakcik. cuba lah...

    BalasPadam
  18. yelah kita ni insan biasa yg lemah.kekadang kenangan pahit lebih lama bertapak di hati dan amat sukar untuk di lupakan. banyak beristighfar..In Sha Allah lama kelamaan hilanglah dari ingatan..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com