Kawan-kawan kakcik

Isnin, 3 Jun 2013

Madinah - aku pulang bersama rindu yang basah (Bhg Akhir)...

Kepulanganku dari tanah suciMu entah bila mungkin dapat kembali bertamu.   Rindu ini tak mungkin padam.  Sentiasa basah dan segar dalam ingatan mahupun kenangan.  Benar kata orang, jauh perjalanan luas pemanadanfgan dan bertambah pengalaman. Perjalanan ke Tanah Suci tak mungkin sama pengalaman dan kerinduannya dengan perjalanan ke tempat lain.

Bagaimanapun, setiap permulaan tetap ada akhirnya.  Masa untuk pulang tiba juga.  Biarpun terpaksa kembali, syukurku tidak terperi. Ucapan syukur yang tidak terhingga dan terima kasih yang tak terungkap dengan kata-kata wajib juga kutitipkan ke hadrat Allah SWT dan kepada Pemilik serta pegawai dan kakitangan Gapurna Sdn. Bhd., Wira Saujana Sdn Bhd dan kepada KAWAN YANG SEORANG, kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sebelum, semasa dan selepas urusan Umrah kakcik suami isteri selesai.

Sedikit gambar di hujung perjalanan : 

Mereka tak perlukan pantai atau air terjun untuk berkelah

Selamat tinggal Tanah Haram,  ada rezeki kita jumpa lagi.

18 ulasan:

  1. Apa yg pasti rindu itu kejap dlm sanubari. Biasanya pasti akan tiba lagi. Insya-Allah..

    BalasPadam
  2. Cakap pasal pantai tu kan, mereka berkelah ke di tepi pantai? ke sebab panas sangat mereka tak berkelah kat pantai?

    BalasPadam
  3. Mak HP juga selalu kata begitu;

    "Ada rezeki mak nak pergi lagi..."

    InsyaAllah, HP sedang simpan niat itu!

    BalasPadam
  4. insyaallah..ada rezeki pergi Haji pulak ye mak..

    BalasPadam
  5. selamat pulang dah ye kakcik !

    BalasPadam
  6. Moga Allah akan memurahkan rezeki kakcik utk menjadi tamunya lagi.

    BalasPadam
  7. Salam Kakcik,
    Bila lagi, kita ke sana kakcik? Moga Allah memberikan kita kesempatan lagi aamiin

    BalasPadam
  8. insyallah kak, ada rezeki nnti boleh ke sana lg

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah selesai mengerjakan umrah...

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, ada rezeki nanti Insyaallah, kita jejak kaki di tanah haram lagi..

    BalasPadam
  11. InsyaAllah kakcik, rezeki mereka yg ke sana tak pernah putus. Mereka akan pergi lagi, lagi, dan lagi. Buktinya banyak depan mata. Apa yg kita niatkan, itu yg kita dapat

    BalasPadam
  12. bestnya... doakan saya juga ye kakcik

    BalasPadam
  13. Salam kenal Kak Cik. Seronok dan bertuahnya dapat jadi tetamu Allah. Sekarang ni dah ramai kawan2 yg dah sampai sana. Mudah2 ada rezeki kami ke sana jugak InsyaAllah.

    BalasPadam
  14. teringin juga sy sampai ke tanah haram
    semoga Allah perkenankan keinginan sy.amin.

    BalasPadam
  15. salam mak..sihat ke? alhamdulillah dh slmt balik..lama sgt tak bermanja kat blog mak nih..hehe

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com