Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 7 Jun 2013

Di hari Jumaat yang mulia, dengarlah rayuan saya...

...ya, saya ingin merayu dengan sesungguh dan sepenuh hati.  Rayuan ini pastinya bukan untuk saya.  Kerana saya seorang wanita dan juga seorang ibu, hati saya sangat rapuh dengan nasib mereka yang lebih derita.  Apakan daya, untuk membantu berlebihan, saya tidak punya upaya.  Hanya yang saya terdaya adalah untuk memohon dan meraih simpati dari mereka yang sama-sama ingin berbakti.

Saya tak ingat ini entah kali ke berapa saya membuat rayuan ini.  Tidak, saya tidak pilih kasih.  Mana yang terdaya saya war-warkan, akan saya catatkan di blog picisan ini.  Rezeki itu milik Allah.  Dia yang menentukan melalui siapa rezeki itu akan disalurkan.  Mungkin ada yang terlepas pandang kepada rayuan saya sebelum ini.  Jadi, sekali lagi tanpa malu dan silu saya mohon luangkanlah sedikit masa untuk membaca apa yang saya 'tampalkan' ini. 

Ini hari dia, esok-esok kita sendiri tidak tahu sama ada kita akan terus bahagia dan bernyawa...

Saya ambil dari blog MakcikKantin
Marilah kita membantu Alia Haryanie setakat mana yang kita terdaya.  Keadaan kesihatan Haryani yang tidak membolehkan beliau membuat kerja berat adalah sangat menyedihkan. Apatah lagi beliau adalah seorang ibu tunggal yang bergelut mahu menyara dan membesarkan tiga orang anak.

Sekiranya ada rasa ihsan, simpati dan empati dari pembaca blog ini, hulurkanlah sumbangan kepada Haryani di akaun beliau seperti berikut :

164034266923 Haryani Binti Mat Hussin (Maybank)

553104559018 Haryani Binti Mat Hussin.(Maybank)

Mudah-mudahan dengan sedikit sumbangan dari sana dan sini, dapatlah beliau mengumpulkannya sebagai modal untuk meneruskan perniagaan atas taliannya.

Terima kasih kerana sudi membaca catatan ini.

Saja nak tunjuk :  Tasbih ini kakcik terima dari seorang wanita
di dalam Masjidil Haram.  Tak sama nilainya dengan yang dibeli
sendiri walaupun harganya tidak berbeza... :)




31 ulasan:

  1. Insyaallah semoga ada yang membantu beliau :)

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  3. In syaa Allah, pasti ada yg sudi membantu.

    Semoga Kakcik sentiasa dirahmati olehNya :)

    BalasPadam
  4. insyaAllah dipermudahkan segalanya. Amin.

    BalasPadam
  5. insyaAllah.. pasti ada yang sudi menghulurkan bantuan..

    BalasPadam
  6. jazakallah kak. semoga akak pun dirahmati dgn khidmat seperti ini..

    BalasPadam
  7. InsyaAllah kakcik..dah ambik no akaun nya..
    kadang2 sura kita yang kecik ni tak dengar kakcik..harap sangt blogger2 yang hebat2 tu dapat bantu sebar2kan atau buat sesuatu untuk kumpul dana ni...maklum la..pengaruh depa lebih besar,..kan..

    BalasPadam
  8. insya Allah.. moga ada yg sudi.. cikda doakan mudah2an Allah meringankan beban Haryani.

    BalasPadam
  9. semoga usaha kecil mak ni dapat membantu Haryani..

    BalasPadam
  10. Salam Kakcik..

    Alhamdulillah.. Bagusnya bila dapat membantu menghebahkannya.. harap2 saya juga dapat membantu...

    BalasPadam
  11. mudah mudahan Allah akan meringankan bebannya ..kagum dgn usaha murni akk..

    BalasPadam
  12. semoga dipermudahkan Allah dan terus tabah...

    BalasPadam
  13. semuga Allah murahkan rezeki beliau dan anak2, insha Allah

    BalasPadam
  14. InshaAllah semoga alia terus tabah...mmg kagum dgn ketabahan beliau.

    BalasPadam
  15. Mak IM juga ada belikan tasbih semasa beliay di Mekah. Walaupun design tasbih itu lebih sama macam yang ada di malaysia ( IM agak buatan negara Cina ) tapi IM suka gunakan ia hanya kerana hadiah dari seorang bernama mak...

    BalasPadam
  16. insyaAllah..akan tolong sedaya yg termampu..no ac bank ini akan saya ambil...

    BalasPadam
  17. Sama samalah kita doakn agar Allah limpahkn rezekinya di berikan kesihatan yg baik..insyaallah

    BalasPadam
  18. Terima kasih kakcik tolong panjangkan. Pastinya pembaca blog kakcik ni lebih ramai...harap alia dapat bantuan serta tertunai hajatnya itu.

    BalasPadam
  19. Semoga niat yang ikhlas murni ini akan mendapat ganjaran dan keputusan yang baik bagi semua pihak... Aaminn

    BalasPadam
  20. Salam Kakcik,

    Simpati dengan mereka yang memerlukan ni. InsyaAllah.

    Tentang tasbih tu, memang betul, bulam harga yang dipandang tapi keikhlasan hati sipemberi.

    Dulu semasa menunaikan Fardhu Haji semasa di Masjid Nabawi ada ketika sedang menunggu waktu isyak, seorang wanita telah menghulurkan kak ani duit arab 20 rial. Mulanya kak ani keberatan nak ambil, maklumlah kan kita rasa kita ada duit sendiri, tapi orang disebelah kak ani membisikan "ambik, ni Madinah bukan Malaysia:", akhirnya saya ambik. Orangnya memakai penutup muka, cuma kak ani nampak matanya saja yang kita tahu dia sedang senyum.

    BalasPadam
  21. assalamualaikum kakakku kakcik..

    sy sentiasa tersentuh hati apabila mendengar tentang keperitan dan kesusahan seorang ibu.. bagaimana dapat sy bantu ye ??

    t kasih atas panggilan telefon hari tu.. ada kesan di hati sy.. alhamdulillah kakcik sudahpun selamat kembali..semoga hidup kakcik terus dirahmati dan diberkati..amn..

    BalasPadam
  22. Inshaallah. Saya pun ada satu macam ni :)

    BalasPadam
  23. Assalamu'alaikum kakcik seroja
    Semoga banyaklah hati yang bersimpati dan menghulurkan bantuan.

    BalasPadam
  24. assalamualaikum kak cik,terima kasih banyak banyak kerana perihatin dan sudi membantu saya dan anak anak.Begitu juga dengan makcik kantin,terima kasih banyak banyak kerana perihatin dengan keadaan saya dan anak anak.saya juga merayu pada yang membaca tolong saya dan anak anak.Hanya doa yang dapat saya kirimkan semoga Allah membalas setiap kebaikan dan pertolongan yang dihulurkan.amin.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com