Dalam setiap doa seorang ibu, anak-anak adalah satu keutamaan. Segala kebaikan dan kesejahteraan serta rahmat dan kasih Ilahi sentiasa dipohon. Kebahagiaan anak-anak di dunia serta kesejahteraan mereka di akhirat adalah doa yang tidak putus-putus dipanjatkan. Antara yang sering dipinta sepenuh hati :
"Ya Allah, lembutkanlah hati anak-anakku. Jadikan mereka insan yang sentiasa patuh di jalanMu. Jadikan mereka sentiasa berkasih-sayang sesama mereka. Jadikan mereka anak yang patuh kepada ibubapa pada jalan yang Kau redhai. Lembutkan hati mereka untuk sentiasa menyegerakan solat..."
Opss... dah melalut. Pusing semula ke tujuan asal catatan ini :
Setiap kali tawaf, ada doa-doa yang dibekalkan untuk setiap pusingan. Bagaimanapun, kakcik hanya berdoa dengan doa-doa yang kakcik hafal dengan hati yang bersungguh-sungguh mengharap keredhoan Ilahi. Antara yang sering kakcik baca:
Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan baik. Walaupun ada sedikit rasa bimbang dengan kesihatan kakcik sebelum berangkat, kebesaran Allah mengatasi segalanya.
Sewaktu melakukan tawaf sunat, kakcik didekati oleh seorang wanita. Dia bertanya 'dik, mau cium tak?' Jangan salah faham, dia bukan mahu mencium kakcik. Maksudnya adalah sama ada kakcik mahu mencium Hajar Aswad. Pantas saja kakcik menggelengkan kepala. Jangan cari penyakit. Pertolongan itu bukan ikhlas, sebaliknya perlu dibayar. Ada yang 'kena' sehingga SR1K++. Sekurang-kurangnya pun SR200-SR300.
Bagi kaum wanita, memang tidak digalakkan untuk berebut-rebut mencium Hajar Aswad kerana boleh menjadi fitnah bila terpaksa berasak-asak dengan jemaah lelaki. Alhamdulillah, suami kakcik dapat mencium Hajar Aswad atas usahanya yang bersungguh-sungguh.
salam bonda..seronoknya dengar cerita bonda nie..sambung lagi ea nanti..
BalasPadamassalamualaikum kakcik...alhamdullilah seronoknya...;)
BalasPadamSalam kakcik,Syukur alhamdulillah kakcik dah selamat pergi dan kembali. Saya pun banyak berdoa untuk anak anak sama seperti kakcik jugak masa kat sana..Semuga kita dapat kesana lagi ya kakcik....
BalasPadamalhamdulillahhh
BalasPadamakak cerita lagiiii.....
banyak-banyak!!
Alhamdulillah perjalanan kakcik dan en. suami di sana dipermudahkanNYA..
BalasPadamalhamdullilah
BalasPadamAlhamdulillah..segalanya dipermudahkan...
BalasPadamAlhamdulillah kak seronok rasanya bila nampak gambar disana...
BalasPadambos saya pun sedang berada disana seronok bila dia kirimkan gambar2 indah semasa berada disana....
mak mana yg tak ingat anak2 ye kan kakcik, bak kata mak dana, tiap kali solat tiap kali itu pasti ada doa utk anak2 nyer...
BalasPadamkt sana pun ramai yg amik kesempatan ye kakcik
Memang betul kakcik mereka yg org dari negara jiran kita tu kerja dia memang buat itu di kawasan hijir Ismail dia berlegar. Kalau nak usaha sendiri cari waktu yg agak senggang boleh aje dgn izin Allah...
BalasPadamMak memang sentiasa doa untuk kebaikan anak2 kan..
BalasPadamRamai yang kata masa umrah ada lebih peluang nak cium hajar aswad.
Salam, masyaallah.. Allah tunaikan doa kak cik untuk ke sana.. Alhamdulillah.. bila lah che mid boleh pergi lagi ni..Insyaallah..
BalasPadamdekat tmpt suci mcm tu pon ada org amik kesempatan ye kak cik? mmmm
BalasPadamAlhamdulillah kakcik...
BalasPadamAlhamdullillah.. :D
BalasPadamAlhamdulillah kakcik...Bagus info kakcik ni ttg tawaran "palsu" utk mencium Hajar Aswad tu...begitu pun mereka boleh berniaga yer...
BalasPadamwow..bestkan dapat cium ngan hajar aswad..kita yg pompuan2 ni dapat tengok dan lambai pun jadilah..
BalasPadamMesti seronok jika berpeluang mencium. Dpt pergi pun sudah bersyukur.
BalasPadamMs kakcik nak pegi aritu, tak terpk lak nak kirim hati unta kering utk aydin. Kakcik pun dah selamat blk mesia. Hehehehe...takde rezeki.
BalasPadamalamakk dah terlepas banyak entry akak nie huhuhu
BalasPadamsowwi kak ..
bestnyaaaaaaaaa , rasa seronok kalau dpt buat umrah nie kan kak .. rasa puas ;)
Alhamdulillah, kakcik dah selamat mengerjakan umrah.
BalasPadamBetul seperti yang kakcik kata, pelawaannya tu bukan percuma. dia orang ni ada geng untuk membolehkan kita lolos ke hajaratul aswat tu.
Salam Kak cik..dah lama saya tak berjalan ke alam blogging ni.. hinggakan saya tak tahu Kak cik dan suami mengerjakan umrah...alhamdullillah untuk Kak cik dan suami kerana diberi keizinanNya untuk menjadi tetamuNya...
BalasPadamsimple je ayah! heheheh~
BalasPadamMak saya pun geleng bila ditanya dan x nk berasak2
BalasPadamsyukur abe mus dapat cium .. saya dulu tak berpeluang. tak larat nak rebut2 dan malas nak bayar.
BalasPadam