Kawan-kawan kakcik

Selasa, 28 Mei 2013

Mekah - Satu Catatan Perjalanan (Bhg 3)...

Dalam setiap doa seorang ibu, anak-anak adalah satu keutamaan.  Segala kebaikan dan kesejahteraan serta rahmat dan kasih Ilahi sentiasa dipohon.  Kebahagiaan anak-anak di dunia serta kesejahteraan mereka di akhirat adalah doa yang tidak putus-putus dipanjatkan. Antara yang sering dipinta sepenuh hati :

"Ya Allah, lembutkanlah hati anak-anakku.  Jadikan mereka insan yang sentiasa patuh di jalanMu.  Jadikan mereka sentiasa berkasih-sayang sesama mereka.  Jadikan mereka anak yang patuh kepada ibubapa pada jalan yang Kau redhai.  Lembutkan hati mereka untuk sentiasa menyegerakan solat..."

Opss... dah melalut.  Pusing semula ke tujuan asal catatan ini :

Setiap kali tawaf, ada doa-doa yang dibekalkan untuk setiap pusingan.  Bagaimanapun, kakcik hanya berdoa dengan doa-doa yang kakcik hafal dengan hati yang bersungguh-sungguh mengharap keredhoan Ilahi.  Antara yang sering kakcik baca:




Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan baik.  Walaupun ada sedikit rasa bimbang dengan kesihatan kakcik sebelum berangkat, kebesaran Allah mengatasi segalanya.

Sewaktu melakukan tawaf sunat, kakcik didekati oleh seorang wanita.  Dia bertanya 'dik, mau cium tak?'  Jangan salah faham, dia bukan mahu mencium kakcik.  Maksudnya adalah sama ada kakcik mahu mencium Hajar Aswad. Pantas saja kakcik menggelengkan kepala. Jangan cari penyakit. Pertolongan itu bukan ikhlas, sebaliknya perlu dibayar.  Ada yang 'kena' sehingga SR1K++.  Sekurang-kurangnya pun SR200-SR300.

Bagi kaum wanita, memang tidak digalakkan untuk berebut-rebut mencium Hajar Aswad kerana boleh menjadi fitnah bila terpaksa berasak-asak dengan jemaah lelaki. Alhamdulillah, suami kakcik dapat mencium Hajar Aswad atas usahanya yang bersungguh-sungguh.







26 ulasan:

  1. salam bonda..seronoknya dengar cerita bonda nie..sambung lagi ea nanti..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakcik...alhamdullilah seronoknya...;)

    BalasPadam
  3. Salam kakcik,Syukur alhamdulillah kakcik dah selamat pergi dan kembali. Saya pun banyak berdoa untuk anak anak sama seperti kakcik jugak masa kat sana..Semuga kita dapat kesana lagi ya kakcik....

    BalasPadam
  4. alhamdulillahhh

    akak cerita lagiiii.....
    banyak-banyak!!

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah perjalanan kakcik dan en. suami di sana dipermudahkanNYA..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah kak seronok rasanya bila nampak gambar disana...
    bos saya pun sedang berada disana seronok bila dia kirimkan gambar2 indah semasa berada disana....

    BalasPadam
  8. mak mana yg tak ingat anak2 ye kan kakcik, bak kata mak dana, tiap kali solat tiap kali itu pasti ada doa utk anak2 nyer...

    kt sana pun ramai yg amik kesempatan ye kakcik

    BalasPadam
  9. Memang betul kakcik mereka yg org dari negara jiran kita tu kerja dia memang buat itu di kawasan hijir Ismail dia berlegar. Kalau nak usaha sendiri cari waktu yg agak senggang boleh aje dgn izin Allah...

    BalasPadam
  10. Mak memang sentiasa doa untuk kebaikan anak2 kan..

    Ramai yang kata masa umrah ada lebih peluang nak cium hajar aswad.

    BalasPadam
  11. Salam, masyaallah.. Allah tunaikan doa kak cik untuk ke sana.. Alhamdulillah.. bila lah che mid boleh pergi lagi ni..Insyaallah..

    BalasPadam
  12. dekat tmpt suci mcm tu pon ada org amik kesempatan ye kak cik? mmmm

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah kakcik...Bagus info kakcik ni ttg tawaran "palsu" utk mencium Hajar Aswad tu...begitu pun mereka boleh berniaga yer...

    BalasPadam
  14. wow..bestkan dapat cium ngan hajar aswad..kita yg pompuan2 ni dapat tengok dan lambai pun jadilah..

    BalasPadam
  15. Mesti seronok jika berpeluang mencium. Dpt pergi pun sudah bersyukur.

    BalasPadam
  16. Ms kakcik nak pegi aritu, tak terpk lak nak kirim hati unta kering utk aydin. Kakcik pun dah selamat blk mesia. Hehehehe...takde rezeki.

    BalasPadam
  17. wah..depa cari duit betul la kalau macam tu..mahal nye upah..

    BalasPadam
  18. alamakk dah terlepas banyak entry akak nie huhuhu
    sowwi kak ..
    bestnyaaaaaaaaa , rasa seronok kalau dpt buat umrah nie kan kak .. rasa puas ;)

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah, kakcik dah selamat mengerjakan umrah.

    Betul seperti yang kakcik kata, pelawaannya tu bukan percuma. dia orang ni ada geng untuk membolehkan kita lolos ke hajaratul aswat tu.

    BalasPadam
  20. Salam Kak cik..dah lama saya tak berjalan ke alam blogging ni.. hinggakan saya tak tahu Kak cik dan suami mengerjakan umrah...alhamdullillah untuk Kak cik dan suami kerana diberi keizinanNya untuk menjadi tetamuNya...

    BalasPadam
  21. Mak saya pun geleng bila ditanya dan x nk berasak2

    BalasPadam
  22. syukur abe mus dapat cium .. saya dulu tak berpeluang. tak larat nak rebut2 dan malas nak bayar.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com