Kawan-kawan kakcik

Selasa, 23 April 2013

Ramai yang nak jadi waibi...

walaupun menjadi calon jauh panggang dari api
mengundi pun belum tentu layak lagi
tapi bercakap berapi-api
seronok sangat memaki-maki

lupa sekejap anak bini
lupa pula badan berbau sebab belum mandi
tapi semua itu apa dipeduli
asal sahaja puas hati sendiri

tolonglah jangan seenaknya menuding jari
mencebik mana yang tak sehaluan diri
kita ini pun banyak yang perlu diperbaiki
jangan sampai jauh dari redho Ilahi



33 ulasan:

  1. Saya rasa kena print seloka Kakcik nie dan edarkan pada waibi2 bertanding... Sangat berguna untuk mereka. Kadang2 mereka ter...babas.

    BalasPadam
  2. bersederhana....jangan berlebihan...ada yang lebih waibi dari tak waibi...

    BalasPadam
  3. Betul3..sgt2 menyampah dengan situasi mcm ni..sibuk nak jadi waibi..padahal dia tu org biasa je..

    BalasPadam
  4. makin dekat tarikhnya,makin agresif tindakan sesetenagh penyokong...

    BalasPadam
  5. Harapan jika nak buka aib org jgn guna peluru getah, tembak melantun ke arah diri...

    BalasPadam
  6. Madah seloka ni boleh bawa modal berkempen ni Kakcik..Sedap bunyinya n sedap maksudnya..!!

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,
    pepagi baca blog kakcik jd tenteram dgn kata2 indah ni

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kakcik...mendalam maksudnya ni....

    BalasPadam
  9. makin rmai yg percaya diri skrg ni...hehe.. :p

    BalasPadam
  10. Ramai yang berdegar bila cakap pasal politik, tapi bila semak, nama pun tak daftar lagi. Cehhh!

    BalasPadam
  11. Salam kakcik...

    rasanya, ada yg tersedak2 membaca seloka kakcik ni.. sebab ramai benar yg begitu waktu musim ni..

    BalasPadam
  12. Saya x nak jd waibi...
    Saya cuma nak WiFi...hihi

    BalasPadam
  13. mmm...
    mak...sy tak tau nk komen apa...hihi
    tp yg pasti...ni kali laa 1st time nk mengundi....
    hihihi

    BalasPadam
  14. jangan terlampau taksub.. jangan keterlaluan andai ilmu tak seberapa.. ;)
    biarlah bersederhana.. ;)

    BalasPadam
  15. untung jadi waibi.. boleh bagi projek kat kroni.. lalala..

    BalasPadam
  16. salam kakcik,

    mmg ramai kan..
    ramai sgt calon bebas

    ati 1st time ngundi ..hehe

    BalasPadam
  17. Saya pun macam kak Kasihredha jugak, kehkeh..

    BalasPadam
  18. Kakcik, saya takot jadi target penyokong macam kemeremen rtm yg kena tumbuk tu. tiap kali keluo dari stesen ni, saya bawak kete laju-laju, saya takot husband saya yang bertugas kena tumbok gak. hiiiiii..jangan la ganeh beno weh.. kami manusia jugok.

    BalasPadam
  19. setuju-setuju..
    kadang2 bcakap mcm dia tahu sgalanya..

    BalasPadam
  20. macam da malas nak tgk tv sekarang nie..semua cite pasal politik semata-mata

    BalasPadam
  21. mula2 terfikir..apa dia 'waibi' ni..hehe..rupa-rupanya YB.
    musim2 org berkompang..di facebook..di blog..semua nya politik.

    BalasPadam
  22. sangatlah benar kakcik...tak larat nak dengaq dah....

    BalasPadam
  23. dalam FB tu meletop2 jugak hujahnya tambahan, dah jelak nak baca...

    BalasPadam
  24. sedap pantun kakcik...hehe..dlm rumah ni dua org tu minat betul politik, kdg2 marah juga bila tengok youtube.

    BalasPadam
  25. antara perkara biasa musim p/raya hni kakcik

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com