saat kau pendam duka hatimu
tak siapa yang ingin mengambil tahu
saat kau tersedu sedan
tiada siapa yang ingin merasa hairan
saat kau mengeluh kesakitan
banyak hal lain yang perlu diberi perhatian
kini tangismu menghamburkan darah
lalu ramailah yang terlatah-latah
bercakap pun jadi tak tentu arah
sana tak betul sini pun salah
Lahad Datu
kini ramai yang turut menangis
bila terjadinya sesuatu yang tragis
tapi kita tidak punya kuasa sakti
yang boleh mengembalikan mereka yang telah pergi
yang pergi tetap pergi
dengan ratapan dan doa mengiringi
yang tinggal tidakkah ingin belajar
bahawa tidak semua yang terjadi itu adalah wajar
selagi manusia bertuhankan kuasa
selagi itulah bala takkan henti menimpa
Dan ... saya sentiasa sebak bila membacakan berita dari sana...
BalasPadamsemoga lahad datu kembali aman dan sentosa
BalasPadamMlm smlm, sy selesa duduk atas sofa dpn TV. Gelak2 tgk cite Jodoh. Bwh sedar, polis2 n askar yg berkawal sdg bermain dgn nyawa di LD sane...
BalasPadam=(
semoga tiada lagi nyawa yg melayang,isteri2 menjadi balu,anak2 menjadi yatim...
BalasPadammenitis airmata melihat angota keselamatan yg terkorban..
Kemampuan kita sebagai manusia biasa mendoakan semoga tidak ada lagi yg gugur angkara durjana ini..
BalasPadamTapi masih ada yg percaya,
BalasPadamini semua sandiwara politik.
AlFatihah utuk wira2 yg terkorban.
Semoga bilangannya tidak lagi bertambah.
sedihnya baca ni kak..
BalasPadamtiap masa tgk online berita terkini keadaan di sana
moga segalanya berakhir
Tangisku juga kak. Sedih lah. Harap2 cepatlah berakhir.
BalasPadamSedih kak....
BalasPadammakan dalam ni, Kakcik.. sy kagum dgn Kakcik
BalasPadamSalam dari jauh.. :)
BalasPadamSemoga kesabaran menjadi pakaian hikmah dalam setiap apa jua ujian Allah...Amin, Yaa Rabbal'Alamin..
semoga semua nyer selesai seperti sediakala..
BalasPadamKita doakan agar para pahlawan selamat pulang dari medan pertempuran dalam mempertahankan kedaulatan negara. Saya juga tinggal di LD, tapi jauh sikit dari kawasan Kg Tanduo. Keadaan di sini, Alhamdulillah terkawal. Masih belum dengar lagi bunyi bom-bom meletup di tempat saya yang terletak agak jauh dari kawasan kejadian. :)
BalasPadamSemoga perwira perwira kita selamat kembali kepangkuan keluarga tercinta
BalasPadamtu la kakcik....jom bersama periksa diri sendiri..bagaimana hubungan sesama manusia..n bagaimana plak hubungan dgn tuhan...
BalasPadamsemoga semua perwira kita selamat pergi dan pulang dengan kejayaan....
BalasPadamsemoga selamat semuanya. sejak peristiwa LD, serba tak kena rasanya. apa pun yang saya lakukan..pasti terkenangkan kepayahan mereka dsana. semoga Allah swt titipkan belas yang tidak bertepi.Al fatihah buat yang terkorban..:'(
BalasPadamselagi manusia tu ada sifat hasad dengki, tamak haloba selagi tu kekejaman, pergaduhan ada di mana2...
BalasPadamal fatihah utk semua perwira negara,
muger2 kembali aman disana disana.. uuHUu
BalasPadamkalau kita pun rasa serba tak kena, pastinya waris mereka yang berjuang di sana sekarang pun berada dalam keadaan gundah gulana. doalah sebab doalah senjata bagi orang mukmin.
BalasPadamsama2 kita doakan moga semuanyer kembali seperti biasa disana ye
BalasPadamBila baca berita tentang Lahat Datu, tak sangka perkara begitu terjadi di Malaysia.
BalasPadambetul kak..ini semua angkara kuasa..moga semuanya selamat dan sentiasa dilindungi Allah SWT..
BalasPadamaduhh sedih dgn kata2 akak nie huhuh
BalasPadamsedih dgn apa yg terjadi, hanya mampu berdoa dr jauh. Al-Fatihah buat perwira negara yg gugur.
BalasPadamtangisku jua...huuhhu
BalasPadamtu lah sekelip mata je pergi..
BalasPadamsimpati..walau apa pun pasti
ada hikmah nya..
insha Allah
sedih, tapi kita kene ambil iktibar dari peristiwa ini...
BalasPadamsedih juga bila memikirkan Islam terpaksa membunuh Islam yang lain
BalasPadamKakcik.. :(
BalasPadamlepaih ni banyak lagik yg nak hadapi ni....depa ada kat sana...kalau depa kalah...nanti depa mai balik buat onar.....pehhh....tiba2 teringat plak bom keta....adehhh...harap2 tak le terjadi...
BalasPadamrevenge/dendam mereka yg kita risaukan selepas ni
BalasPadamSemmoga sabah kembali aman. Salam takziah buat keluarga wira2 yg telah gugur...
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamsesiapa yang pernah sampai sana, akan lebih risau lagi...
sedih...:(
BalasPadamsedih berlaku dalam negara tercinta sendiri walaupon jauh terpisah dgn laut china selatan..
BalasPadamingatlah ALLAH memberi peringatan pada hambaNya