Kawan-kawan kakcik

Rabu, 13 Februari 2013

Doa di hari ulangtahun kelahiran Adam Firdaus...


Sudah lebih 5 bulan Mohamad Adam Firdaus berada dalam keadaan ini.

Ya Allah
sesungguhnya kami tidak punya kuasa
untuk mengubah sesuatu
yang telah Engkau tentukan

usaha kami hanya sekadar yang terdaya
selebihnya kami hanya mampu berdoa

Ya Allah
hanya Engkau Yang Maha Mengetahui
apa yang lebih baik
buat anak kecil yang bernama
MOHAMAD ADAM FIRDAUS ini

Ya Allah
sembuhkan segala sakit yang dihidapi
oleh anak kecil ini
kembalikanlah sinaran dan keceriaan buatnya

Ya Allah
limpahkan kasih dan rahmatmu
buat keluarga anak ini
siramkanlah rasa tabah dan sabar
buat kedua ibubapanya
juga keluarga terdekatnya
jangan jarakkan mereka
dari taufik dan hidayahMu

Amin Ya Rabbal 'Alamin


Kisah Adam Firdaus boleh juga dibaca di catatan kakcik yang INI.

19 ulasan:

  1. aminnn
    semoga allah mendengar rintihan dan doa2 kita ..

    BalasPadam
  2. selalu baca update mak dia kat fb .. ya allah semoga anak ini cepat sembuh..

    BalasPadam
  3. TUHAN..kasihanilah anak kecil ini...yg tak berdosa..

    BalasPadam
  4. amin.... semoga dalam lindungan Allah..

    BalasPadam
  5. amin. moga adik adam ni sihat seperti sediakala.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Cik

    Amin Amin Amin

    BalasPadam
  7. Amin....semoga adik adam cepat sembuh......

    BalasPadam
  8. Ameen, terima kasih atas doa itu Mak.
    Moga Allah melindungi anak kecil ini.
    Moga Allah merahmati setiap insan yang berdoa buat Adam Firdaus.

    Ameen~

    BalasPadam
  9. amin2 sama2 kita doakan ye kakcik

    BalasPadam
  10. amin..semoga adam cepat sembuh..kesian sangat kecil2 dah berdepan dgn penyakit

    BalasPadam
  11. aminn!! semoga belas Allah swt mengiringi adik adam.

    BalasPadam
  12. Ameen Ya Rab... Selain usaha2 lain, doa adalah sebaik-baik hadiah...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com