Kawan-kawan kakcik

Isnin, 18 Februari 2013

Bila ianya tidak dirancang...

... tahu-tahu ianya terjadi.

Ahad = 17/2/2013.

Balik dari bersarapan dengan En. Suami, mulalah menghadap iPad.  Nampak ada pesanan di facebook dari SiRibenMerah (Iyra).  Setelah berbalas-balas pesanan, kami bersetuju untuk ke Musollah Ehsan iatu kediaman Dato' LF.  Disebabkan kereta En Suami tiada, Iyra bersetuju untuk mengambilku di rumah dan kami akan ke Bandar Baru Bangi dengan kereta Iyra sahaja.

Sementara menanti ketibaan Iyra, aku terperasan bahawa Dato' LF ada 'berbincang' dengan Ida Nyanyisunyi yang blognya dah sunyi sepi bahawa mereka bercadang untuk bersarapan di rumah Anaa (blog Anaa juga dah bersawang!).  Tiba- tiba saja aku menyampuk di facebook dengan mengatakan aku ingin menyertai mereka!  Mujur Iyra tiada masalah untuk ke sana walaupun kami sama-sama tak pernah sampai ke kawasan rumah Anaa.  Akhirnya, sampai juga kami ke rumah Anaa.

Dari rumah Anaa, aku dan Iyra mengekori kereta Dato' LF untuk ke Musollah Ehsan pula.  Melepak di rumah Dato' dan Datin.  Tumpang solat Zohor dan suka-suka hati buat macam rumah sendiri sampai petang.  Elok sahaja kami masuk kereta dan ingin meninggalkan rumah Dato', sebuah kereta mewah meluncur masuk.  Aku dan Iyra tak jadi balik kerana kami ingin bertemu dengan tetamu yang baru sampai itu.  Maka, bertemulah kami dengan En. Azhan bersama isteri dan anak-anaknya...

Hero-hero kesayangan Anaa (termasuk yag di belakang itu)

Blogger Bunga Mawar, Datin Aishah dan Iyra.


Zara - cucu Dato' dan Datin ini hanya 'melekat' dengan neneknya.

Datin Aishah memperkenalkan bunga kesidang yang wangi kepadaku.


Mereka yang menceriakan hariku.

Duduk sebelah orang berbadan kecil, lagilah terserlah kegemukanku!

33 ulasan:

  1. Best jugak lepak2 ngan geng2 ni.. tapi makchaq memang susah kalau tak rancang..selalunya hujung minggu macam2 program rancangan budak2 ni..

    BalasPadam
  2. salam kakcik...seronok jumpa2 mcm ni kan??? rasa mcm nk joint sama...=)

    BalasPadam
  3. wangiiiiiiiiiii sangat kan kesidang tu!!

    BalasPadam
  4. Jelesnya Kak Cik... moga2 kita dpt berjumpa nanti :)

    BalasPadam
  5. selalunya yg tak dirancang tu la yg seronok...yg tak terjangka berlaku..

    BalasPadam
  6. seronoknyer tp naper gambar kakcik ngn datin n gambar datin ngn bunge ksidang tu tak nampak...

    BalasPadam
  7. Seronok kan kakcik bila dapat bersama dengan kawan-kawan..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. dapat berjumpa2.. kdg2 perkara yg tak dirancang menjadi lebih ohsem.. bestnya..

    BalasPadam
  9. kalau rancang beriya2 pun kadang2 x menjadi kan..

    BalasPadam
  10. salam Kak cik...wah..mesti rumah Dato and Datin wangi ngan bau bunga kesidang..

    BalasPadam
  11. seronoknya kalau dok dekat2 ni kan??boleh selalu jumpa..

    BalasPadam
  12. Seronok jumpa kwn. Dah lama tak jumpa kawan.

    BalasPadam
  13. seronok tengok hubungan di alam maya terserlah secara zahir..bilalah saya nk jumpa kakcik pulak..

    BalasPadam
  14. salam Kakcik..biarlah gumuks pun asalkan ceria!!!

    BalasPadam
  15. Ni kali pertama saya dengar pasal bunga kesidang. Kakcik, saya baru hantar email pada Kakcik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bau bunga tu wangi sangat.

      kakcik dah balas emel Dinas, dapat tak? :)

      Padam
  16. Selalunya perkara yang tak di rancang tu lah yang buat hati berbunga mekarrrr kan kakcik

    BalasPadam
  17. bestnya Kakcik... sy je kat sini takde geng blogger.. sendirian

    bunga kesidang memang wangi, dulu ada menjalar dipagar rumah tapi dah mati bila suami tersembur racun dipangkal pokoknya.. arwah mak saya suka selit bunga ni di tepi telinganya.. makin wangi bila baru layu

    BalasPadam
  18. Rajin jumpa kengkawan blog, ya! IM juga yang masih tinggi perasaan segan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kakcik teringin sangat nak jumpa IM dan Ibu-_Suri, tapi masih tiada kesempatan lagi...

      Padam
  19. Thanks Mak.. lepas neh kita jalan2 terjah mana2 lagi.. kalo ayah tanak ikut kita g dua je.. ekekekeke~

    have a great moment with you.. thanks atas nasihat yg sgt bermakna dikala iyra kerunsingan..

    Moga Allah memberkati Mak selalu :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com