Salam di hari Jumaat
buat semua kawan, teman dan sahabat
juga buat mereka yang sakit mahupun yang sihat
mulakan hari dengan niat menjadi hebat
menjadi hebat biarlah di jalan yang sihat
bukan berniat untuk menjadi musibat
jauhkan diri dari segala yang berbentuk maksiat
jadilah yang terbaik walau jasa tidak dilihat
kalau kita seorang ketua
bawalah anak buah ke jalan yang nyata
bukan biarkan mereka meneka-neka
mereka itu berharga atau sekadar diperguna
andai kita seorang pengikut
jauhkan diri dari rasa takut
jangan menjadi seperti melukut
kerana tanpa kita ketua tak akan ujud
yang benar katakan benar
yang salah katakan salah
jangan kerana sedikit umpan
najis dihulur sanggup kita telan
bila keluarnya catatan sebegini, maka ertinya penulis dalam keadaan tiada ilham yang berguna untuk diluahkan dan tiada juga produk kawan-kawan hendak 'diiklankan'...
Selamat pagi Kakcik dan Salam Hari Jumaat.
BalasPadamAmboi siap berpantun yer.... Hehehehe
Waaaa....takder ilham keluar pantun....hebat la kak Chik hehehhe....
BalasPadamkakcik bab pantun
BalasPadamserah je kat dia
hehehe
hebak!!
ni nak saya lagukan sekali? keh keh~~
BalasPadamSemoga Jumaat ini hingga Jumaat hadapan kita dilindungi bersama Surah Al-Kahfi. Amiin.
BalasPadamakak....ilham akak nie... berguna...ada maksud yg ingin disampaikan...
BalasPadamSeloka jumaat penuh bererti
BalasPadamsetiap patah dan inti-pati
bersama kita semua hayati
sebagai manusia selalu diperhati
seloka sokmo kakcik ni..kreatif sungguh. saya kalau nak suruh buat pantun seloka segala..confirm..mati kutu dibuatnya..hehe.
BalasPadamnasihat berguna.. terima kasih kakcik.. :)
BalasPadamkarya terbaik ni kakcik
BalasPadamSalam Jumaat kakcik..
BalasPadamPandai kakcik berseloka kan....:)
Nak mengilhamkan seloka lagi susah dr nak tulis kak cik...hehe
BalasPadamkeywordnya - umpannnn.. hehehe..pandai kakcik berseloka..
BalasPadamperenggan last tu selalu org lupa...mudah tertipu..
BalasPadamdah petang baru dapat jengah kat sini..
BalasPadamina agak sibuk lately kakcik.. :(
ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan.... :)
BalasPadam