Kawan-kawan kakcik

Khamis, 10 Januari 2013

Air oh Air (ikut rentak Bangau oh Bangau)...


air oh air
kenapa kau tak keluar

macam mana aku nak keluar
salurannya sempit

saluran oh saluran
kenapa engkau sempit

macam mana aku tak sempit
karat dah menghimpit

karat oh karat
kenapa kau menghimpit

macam mana aku tak himpit
aku nak bernafas pun sakit

nafas oh nafas
kenapa engkau sakit

macam mana aku tak sakit
penyelenggara malas kerja lebih sikit

penyelenggara oh penyelenggara
kenapa engkau malas

macam mana aku tak malas
tiada seliaan dari orang atas

orang atas oh orang atas
kenapa kau tak menyelia

macam mana aku nak selia
hidup aku dah cukup selesa
rumah pun dah macam istana
tak terasa langsung segala bencana
jadi buat apa aku nak peningkan kepala
rakyat bukan boleh buat apa
di'dodoikan' sikit nanti mereka lupa
jadi bolehlah aku terus bermaharajalela

Dulu kata bekalan air berkurangan sebab kesusutan melampau
di kebanyakan empangan.  Bila Allah turunkan hujan dan air
dah melimpah ruah, rupa-rupanya ada masalah lain pulak!

33 ulasan:

  1. Biasalah tu kakcik. Nak dekat pilihanraya nih, macam2 hal. Kesian kat rakyat. Member office nih pon rumah dia terjejas, dah 2 minggu tak der air. Dah lah ada anak kecik.

    BalasPadam
  2. Ini politik semua..Yg merana rakyat juga!

    BalasPadam
  3. kesian pada mereka2 yang kena masalah air ni, nak2 yang duk rumah bertingkat2 tuh.....kena plak warga tua, yang ada anak2 kecik, seksanya!

    BalasPadam
  4. Ada beberapa orang di bangunan pejabat saya, mandi di office. Pagi2 datang awal, mandi. Petang2 balik lewat, mandi dulu.

    BalasPadam
  5. kesian kepada mereka yang menanggung akibatnya. Kawasan kakcik pun terlibat sama ya? Moga semuanya dapat di atasi, kita doa sama2, ini masalah rakyat, janganlah petingkan politik aje kan.

    BalasPadam
  6. kesian drg,
    sbb hal2 berkaitan ini mereka sengsara.
    isunya pam..

    BalasPadam
  7. biar takde elektrik dari takde air

    seksa woooo

    BalasPadam
  8. hehe.. takde ke kan penyanyi2 nak wat lirik camni buat lagu...

    BalasPadam
  9. rumah kakcik effect jugak ke, dgr org2 ofis ni bising sebab dah byk hari takde air, susah juga kan

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Kak Cik

    Kalau masuk AJL...Kak Cik boleh mengalahkan Aizat.... He he

    'kita kena hijrah'

    BalasPadam
  11. Jom ramai-ramai tumpang basoh baju kat rumah boss syaabaas..?

    BalasPadam
  12. saman je si syabas tu , gaji ratusan ribu ringgit,

    BalasPadam
  13. 1001 alasan..1001 dalih..yg terseksa dah tentu rakyat golongan bawahan

    BalasPadam
  14. singgah sini jap bonda......
    Nak dapat tudung yang cantik lagi gorgeous
    Meh Join GA Nie
    http://kisahsidairy.blogspot.com/2013/01/hijab-and-such-iconic-year-giveaway.html

    BalasPadam
  15. sangat tak suka kalau air terputus..sehari pun rasa sangat hazab..ni plak berminggu2...

    BalasPadam
  16. sampai raya cina kata nya...mmg gilo!

    BalasPadam
  17. wkakakak..pandai k.cik buat lagu..bleh masuk juara lagu ni..hahahah

    BalasPadam
  18. pergh.. memang kena banyak bersabar je ni...

    BalasPadam
  19. risau mak kat kuantan pon air takde...

    BalasPadam
  20. tu la kan... tapi yang peliknya.. ada jugak yang suka suki membazir ayour... kan..

    BalasPadam
  21. Kat umah ada air tapi macam slow jerk.. adess..sabo je laa

    BalasPadam
  22. betapa pentingnyer air dalam kehidupan kita kan kakcik

    BalasPadam
  23. lama x nyanyi lagu bangau oh bangau... hehe,...
    susah ooo klu x der air...rasa tak lengkap jerkan...

    BalasPadam
  24. gajah berperang..tikus cam kita lah jd mangsa kak..kesian korang..kalau dee kt tempat akak pun dee marah..tak patut betul..

    BalasPadam
  25. kesian pada mereka yang berhadapan dengan masalah bekalan air tu.. moga isu air tu cepatlah selesai hendakNYA..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com