Novel setebal 858 halaman, mengandungi 72 bab (tidak termasuk prolog dan epilog), karya kedua Hanni Ramsul. Novel yang mampu membuatkan aku membaca tanpa henti disulami sengihan dan air mata.
Sebuah kisah yang agak biasa. Kisah kahwin paksa gara-gara TERtangkap basah angkara kawan baik yang disangka sahabat sehidup semati. Perkahwinan antara pasangan yang tak pernah saling mengenali mengakibatkan gadis yatim piatu (Sabrina) terperangkap dan terhukum dalam banglo mewah suaminya (Badrul) yang telah pun mempunyai kekasih (Dayana).
Gaya penulisan dan penceritaan yang tidak membosankan membuatkan aku tidak menyesal membaca novel yang kupinjam dari adik iparku ini. Andai kalian merupakan peminat novel, rasanya anda tidak akan menyesal untuk memiliki dan membaca novel ini.
Oleh kerana aku bukanlah seorang pengulas novel (apalagi sukan) yang baik, tidak wajarlah aku membuat ulasan yang panjang lebar tentangnya. Jadi, apa kata anda dapatkan novel ini di pasaran untuk menilaikannya sendiri...
Sekian, terima kasih. :)
menarik...nak try lah cari nanti
BalasPadamAwal Amin bangun? Atau memang belu tidur lagi? :)
PadamNovel pinjam??? hahahhaha.....4-5 menjak ni, Aspen pun asyik pinjam je, nak beli...adeh....malas betul
BalasPadamKoleksi novel kakcik ada satu almari. Novel terakhir yang kakcik beli adalah I Love You, Stupid karya melur Jelita beberapa bulan lalu. Dulu2 boleh katakan sebulan dua tiga novel kakcik beli dan baca, tapi dah tua2 ni, kakcik jadi 'berkira'... :)
Padamhappy ending ke kakcik...??
BalasPadamYa, kesudahan yang menggembirakan. :)
PadamAda jugak novel saya dah beli berapa tahun lepas masih elok tersimpan dan tak baca lagi, keinginan nak beli novel baru ada tapi masa nak baca tu je kurang..
BalasPadamKakcik sangat berkira sekarang untuk membeli novel baru kerana kakcik rasa duit itu perlu didahulukan ke lain... :)
PadamAs salam kak cik,
BalasPadamMarya ingatkan kakcik kesedihan bila tgk tajuk tu... Lama dah tak baca novel ni... Rindu pulak nak feeling2 jadik heroin...hehehe :D
W/salam Marya...
Padamnak ikutkan sedih hati ini, memang kakcik tengah bersedih! :(
Saya Baca novel x pernah habis kak
BalasPadamKakcik akan baca sampai habis kalau ianya menarik bagi kakcik. Kalau sebaliknya, selamat jalan romeo la jawabnya... :)
PadamMnarik gak tu....mcm2 novel tepikir nak bli....
BalasPadamMasa plak kurang nak ada nie.....huhuhu.....
Kakcik selalu menanti hasil karya Ramlee Awang Murshid. :)
PadamKakcik..SA dah baca dah novel ni..mmg mengalir2 airmata..jahat kawan dia tu...
BalasPadamsalam kakcik..
BalasPadamterus rasa nak cari novel ni..
Setuju dgn kakcik.. saya dah baca novel ini..mmg best..kan.. :) Pada peminat novel sila dptkan di pasaran..hehehe.. :)
BalasPadamsaya pun dah baca novel nih..mmg menangis sudu sedan dibuatnya...hihhi
BalasPadambonde dah baca novel nie...
BalasPadamsambil tangan pegang tisu... hu hu hu
selamat membaca Kak Cik...
emmm dah lama tak baca novel kak cik, tingat zaman belajar dolu2
BalasPadamsaya dah ada novel ni, dan memang saya ikut novel2 lain penulis tu..hehe
BalasPadamkakchik...tajuk entri tu betul2 touching, rupa2nya kakchik baca novel, heee
BalasPadambg peminat2 novel dapatkanlah dipasaran...
BalasPadamRajinnya kakcik... makchaq kalau tengok tebai.. terus pudar semangat.. suka baca tapi nak baca yang pendek2 ja.
BalasPadamtu yang beralih baca blog, cerita pendek tapi menarik.. macam2 ada.. jalan2, makan2, kisah keluarga2, anak2.. tambah best bila dapat berinteraksi dengan penulis dan lagi best dapat berkenalan...
menarik n best nampaknyer...
BalasPadamnnti try cari novel nih...
dah lama bebeno tak baca novel.. dulu duk sepital lama adik ipar bawakkan.. memang der masa ler nak baca...
BalasPadammcm pnh baca...tp ingt2 lupa...
BalasPadamsy pun skrg tgh nk abiskan satu novel ni... berzaman dah...sbb kureng sikit...hehhehe...
kalau tertangkap buku begini..seharian tak jadi keja saya kakcik.. saya mmg hantu membaca..tak kira la benda apa.. hahaha..
BalasPadamsaya kalu baca, muka surat petama dah kuyu mata. kikiki :)
BalasPadammenarik???
BalasPadamnak cuba cari..Insya-Allah
teruja nak membaca cerita ni//...
BalasPadamkelako le sinopsis akak.. ooh saya mmg minat novel.. melambak2 kat umah tu, nak gi cari le novel ni... kalau akak tokang baca dah kata bes....
BalasPadamIsh...tu maknanya, penulis berjaya menyentuh emosi pembaca. Syabas! Heee!
BalasPadammembaca novel juga merupakan jambatan ilmu.... iaitu ilmu kehidupan...
BalasPadammmg best novel ni...da 3 kali bace...
BalasPadamNamapak macam menarik, tapi part sedih2 nie, lemahh sikit. Saya punyalaa nak menepis kesedihan dalam hidup..huhuhu
BalasPadamSaya mmg confirm tak rajin baca novel..ekekekeke
BalasPadamAduhh Kakcik, sentimentalnyaaa..baca novel airmataaa..hehehehe
BalasPadamrajin kak chik baca novel...sy dulu2 je rajin, skrg dh makin kurang kerajinan tu..
BalasPadamla novel ke. kite susah sikit nak baca sampai abis novel2 ni. Hhehehe
BalasPadamnovel yg kawan saya bagi, saya tak abis bc lg..majalah2 pun tk sempat kak..tak sempat nk buat ringkasan kat blog..kemana lah masa saya..humm :)
BalasPadamaduhh x baca novel lah kakak huhu
BalasPadamooohhh... buku2 yg baru borong ni tak start pon lagi.. tapi rasa nak cekau jgk buku ni kak cik..
BalasPadamlama xbaca novel.. last baca Adam & Hawa...
BalasPadamselmat membaca ye kakcik
BalasPadamhurm.. boleh try baca ni..hehehe
BalasPadammesti sedih cerita ni
BalasPadamSangat lama,tidak membaca novel.
BalasPadamSaya ada 2 biografi yg belum habeh baca lagi. Kena perabeh yg tu dulu sebelum berani berangan nak beli buku lagi, huhuuu..
BalasPadamEs tacang dekat rumah saya tak sedap Kakcik, sebab tu asyik tayang es tacang tempat lain saja tu, kihkih..
Walaupun tak pandai mengulas tapi ulasan Kakcik tu dah buat saya tertarik tau Kakcik.. Macam tak sabar je nak ke kedai buku ni..
BalasPadamrajin nya kak chik baca buku setebal halaman itu..kagum!. as dah tak punya masa untuk membaca dek RYAN4, walau minat menggunung tinggi ~akan sampai masanya nanti~
BalasPadamMcm bes jer...tk pernah lg try novel penulis ni...oke tak gaya bahasanya....?
BalasPadam