Kawan-kawan kakcik

Rabu, 19 Disember 2012

Walaupun tidak cemerlang, tetapi tidak juga kecundang...

Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 telah pun diumumkan dari ini.

Anak ketiga kakcik juga menduduki peperiksaan tersebut.  Seperti yang kakcik duga, keputusannya tidaklah cemerlang (seorang ibu lebih mengenali anaknya, kan?).  Walaubagaimanapun, keputusannya tidaklah teruk sangat.  Setidak-tidaknya lulus kesemua matapelajaran dengan keputusan A dan B dan cuma satu D.  Alhamdulillah.  Maknanya, Bangcik kena gandakan usaha sebaik masuk ke tingkatan 4 nanti kerana di Malaysia ini, sebijak mana kita berkata-kata dan bekerja, tetap diperlekehkan sekiranya tidak ditunjukkan sijil lambang kecemerlangan....

44 ulasan:

  1. alhamdulillah dah tu..takpe perjalanan masih panjang..buat yg terbaik utk SPM pula nnti ye..:)

    BalasPadam
  2. ada orang mendaki gunung tu terus je sampai ke kemuncak. ada pulak yang berhenti-henti di sepanjang laluan tetapi akhirnya tetap sampai ke kemuncak. yang penting...dia tak putus asa dan terus mendaki. bukti dah banyak depan mata..wish bangchik, all the best!!

    BalasPadam
  3. W,PUN ORG2 YG BERJAYA DAN JADI BOS ITU RAMAI XDE SIJIL W,PUN INCOME SEBULAN ADALAH PULUHAN RIBU ;)

    BalasPadam
  4. Tak mengapa kakcik...boleh berusaha lagi...jalan masih jauh...saya doakan Bangcik cemerlang dalam kehidupan...Aminn

    BalasPadam
  5. Takpe bangcik...jgn sedih sedih...nanti time SPM balas dendam betul2...

    BalasPadam
  6. ada 1 lagi ujian penentu.....dalam masa 2 tahun ni bangcik boleh berusaha lagi untuk mencapai yang terbaik. insyaallah. jangan berhenti berusaha je :)

    BalasPadam
  7. ok la tu... jangan cepat putus asa bangcik, jadikan tingkatan 4 ni satu permulaan utk terus dan terus berjaya.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    Masih ada masa 2 tahun lagi...
    Saya dulu sedih dengan keputusan SPM, pulun habis masa STPM.

    Chaiyokkk bangcik. teruskan usaha...

    BalasPadam
  9. TAHNIAH..OKLAH TU KAKCIK..JGN DIBANDINGKAN2..NNTI SEMANGAT DIA HILANG...SETIAP ANAK MG TAK SAMA...APEPUN MOGA TERUS MAJU UTK BANGCIK...TINGKATKAN LAGI USAHA.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah sebab ramai lagi yg lagi kurang pencapaiannya. Lagipun PMR ni tak penting sangat utk minta kerja.

    Nanti SPM pulun cukup2. Ada 2 tahun tu bangcik. Go caiyok go!

    BalasPadam
  11. Kira baik tu kakcik..SPM menunggu di depan, hantam kasi Cemerlang..

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Kak Cik

    Alhamdulillah
    Insyaallah..akan cemerlang lagi di masa2 akan datang

    BalasPadam
  13. Ya...perjalanan mereka masih jauh...walaupun result anak saya tidak menetapi sasaran...kami tetap bersyukur dan semoga dia menggandakan usaha untuk SPM nanti.

    BalasPadam
  14. alhamdulillah
    sekurang2nya dia berjaya dan tidak kandas kak
    anak2 saya begitu juga .. bukan lah cerdik mana
    tetapi saya tetap beri dorongan agar dia x terus kandas ..

    tahniah buat bang cik .. betul kata mak tuu
    kena lebih beri perhatian ... skrg nie kalau berjaya mana sekalipun kena ada sijil utk dibanggakan ..

    namun org dulu2 leh jer berjaya walau x sek sejauh mana kan akak .. tu yg saya bangga tuu ;)

    BalasPadam
  15. alhamdulillah, kira ok la tu kakcik.... takpe, nnt bangchik usaha lebih skit lagi ye

    BalasPadam
  16. Betul kakcik masih boleh teruskan usaha. PMR tidak ditengok pun masa mohon kerja itu yg kakak tekan pada anak-anak kakak. Tapi masuk form 4 ke atas kena lebih sikit sebab SPM mula dilihat pihak penemuduga.

    BalasPadam
  17. tak apa lah...yg penting kita tak 'membebel' pada anak2,kan...dan tak membandingkan dgn keputusan anak2 yg lain

    BalasPadam
  18. alhamdulilah.. janji dah lulus.. cuma kena tingkatkan usaha utk SPM nnt.. kalo nk cari cikgu tusyen, kakak iyra sudi jadi private tutor.. :)

    *mmg tgh mencari part time ngajar tusyen*
    tetiba trus promote nk jd cikgu tusyen kann.. hahaha..
    mcm2 la kakak iyra neh.. ampunkan daku Mak.. :)

    mak da sehat?

    BalasPadam
  19. Tahniah bng cik...teruskan lg langkah tu..spm lbh penting...pmr ni takat nk ukur kat mana kedudukan kita so that kita blh buat strategi utk spm...so skrg dh tahu kelemahan kat mana....then terus mara..... ;-)

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah..
    dapat keputusan yang baik, tahniah ye..

    dah bole merancang ke peringkat seterusnya yang lebih baik..

    BalasPadam
  21. Salam,
    Tahniah dengan keputusan ini . Teruskan usaha dan in shaa Allah kecemerlangan akan menanti.

    BalasPadam
  22. Tahniah!!! Anak dara Aspen dapat 7B 1C...xder A?? Eh takper...tetap bangga. Cita2 dia nak jadi designer macam Michael Kors...

    BalasPadam
  23. Salam, Kakcik.
    Alhamdulillah, setiap keputusan diterima dgn redha. Ada sesetengah ibu bapa (mungkin sy juga) rasa tercabar bila keputusan anak tidak secemerlang org lain. Jadikan itu pemangkin semangat utk lebih berjaya di masa akan dtg ya, Bangcik.

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah.. tahniah.. tetap keputusan yang bagus juga tu.. selamat maju jaya buat bang cik..

    BalasPadam
  25. Tahniah Bangcik. Perjalanan masih jauh. SPM ada lagi kan.
    :)

    BalasPadam
  26. Tetap nak ucap tahniah... Mungkin sama dengan adik bongsu shima.. juga ada 1 D.. Memuaskan.. Bila ditanya.. dia akan fight semula di tingkatan seterusnya..

    BalasPadam
  27. Tahniah Bangchik...do the best yer after this..

    BalasPadam
  28. Tahniah Bangchik..semoga lebih berjaya lagi pada peperiksaan yg akan dtg...InsyaAllah...

    BalasPadam
  29. tahniah bang chik insyallah lenkali akan lebih berjaya lagi

    BalasPadam
  30. alhamdulillah, dia dh cuba yg terbaik...
    msh ada lg spm utk di cuba sebaik nya...

    BalasPadam
  31. semoga bang chik lebih lebih cemerlang dlm spm nanti..

    BalasPadam
  32. insyaAllah bangchik boleh buat yang terbaik utk SPM nanti...

    BalasPadam
  33. betul tuh kakcik.. usaha tangga kejayaan.. insyaallah bangchik boleh berjaya..:)

    BalasPadam
  34. Alhamdulillah Kakcik. Yang paling penting, semangat jangan kecundang

    BalasPadam
  35. tahniah... tak pa ... masih panjang lagi perjalanan....

    BalasPadam
  36. Ok dah tu ... bangga pada kakcik kerana ada ibu dan bapa di luar sana yang anak tak berapa cemerlang malu nak berterus terang .

    istilah cemerlang dalam sistem pendidikan kita tersangatlah kabur.
    Salam untuk Bangcik ,
    terus berusaha,
    usaha tekun jaya

    BalasPadam
  37. takpe.. itu baru permulaannya.. hehehe.. masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi :)

    BalasPadam
  38. Yang penting terus beri semangat pd dia..

    BalasPadam
  39. Sy tak heran budak yg cemerlang PMR sbb PMR bukan penentu masa depan. Huuu~

    Caiyok Bangcik!

    BalasPadam
  40. ttp tahniah & usaha lagi ye

    BalasPadam
  41. tahniah..usaha lebih gigih utk SPM pula..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com