kenapa?
sebab dah cukup bekalan ke?
atau boleh mengelak dari membayar hutang?
Baiklah... hari ini akan berjalan seperti biasa kerana kiamat itu adalah rahsia Allah juga. Mari kita baca tentang dosa berhutang, nak?
Baiklah... hari ini akan berjalan seperti biasa kerana kiamat itu adalah rahsia Allah juga. Mari kita baca tentang dosa berhutang, nak?
Rasanya tidak ada di antara kita yang tidak berhutang sepanjang hidup, kan? Tapi agaknya ada tak yang sengaja berhutang tapi berniat tidak akan membayar balik? |
Mengapakah anda berhutang?
Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:
l. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.
2. Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.
3. Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.
4. Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
5. Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.
Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: "Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."
Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.
Kesan amalan berhutang.
l. Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.
2. Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.
3. Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.
4. Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.
Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."
Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."
Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.
Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."
Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)
Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.
Artikel di atas adalah sedutan dari artikel penuh yang kakcik ambil di pautan INI
orang zaman sekarang, tak lepas daripada hutang..tapi bila dah hutang, kenalah usaha membayarnya (ingatan untuk diri sendiri juga)
BalasPadamSalam,
BalasPadamSy baca dan sy mengambil iktibar daripadanya. Elakkan berhutang... kalau berhutang ... bayarlah kembali .
Lumrah kan kakchikS.......bila nak berhutang..lembut lidah, manis kata janji diberi..
BalasPadamNamun nak mjelaskan htg...byk pula alasan dolak daliknya..:-(
Yang harubiru....bila ada yg diam seribu bahasa....
sama sama berusaha membayar hutang
BalasPadamtq kakcik atas perkongsian
BalasPadamtapi semua orang zaman ini mesti ada hutang
paling tidak hutang rumah @ hutang kereta ;)
Salam kakcik...
BalasPadamhari ini sebenarnya teramat sibuk untuk saya tapi enti menarik ini menyebabkan saya sanggup berhenti sekejap di sini...
dalam hidup ini, selain drpd hal2 alam akhirat dan rahsia Allah, ada dua perkara yg saya takuti dan cuba jauhi sebaik mungkin :
1 - perang ~ tak kiralah apa jenis perang sekalipun, bukan saja perang senjata api tapi juga perang mulut dan perang aqidah, pendekata asalkan perang mmg saya takut.
2 - hutang ~ saya sanggup rumah kosong asalkan tidak dipenuhi dgn barang2 hutang. Dan atas alasan2 menasabah saya sanggup ditinggal kawan kerana enggan memberi hutang. Tak mengapa ditinggalkan kerana Kalau saya beri hutang, saya mungkin akan hilang kawan terus. Ini pernah terjadi bila mereka tak mampu bayar, mereka terus jauhi saya.
Antara org yg berdebar2 menunggu tarikh hari ini ialah my11 haha.. tapi kesan dari itu dia menjadi sebaik2 anak, selama ini pun dia memang anak yg baik tapi disebabkan terlebih membaca ttg planet nibiru, fikirannya mmg haru biru, setidak2nya menambah kekuatan imannya ttg rukun Iman tu kan. Kiamat pasti tiba apabila telah sampai masa yg dijanjikan... persoalannya telah bersediakah kita?
saya masih sibuk dgn urusan dunia...take care kakcik!
semua mmg akan berhutang.....
BalasPadamkawan saya ckp kalo tak berhutang, kita tak mampu memiliki apa2...
yang penting berhutang itu perlu dibayar.....
boleh tidur lena ke kalo x bayar hutang nie....hidup x tenteram nti
memang susah kalau banyak hutang..
BalasPadamhutang mmg takkan habis bila nafsu menguasai diri.. betul tuh kakcik.. insyaallah sama2 berusaha menyelesaikan hutang kita sebelum dipanggil.. huhuhu
BalasPadamSaya sedang berusaha utk melunaskan hutang yg ada....takut dengan balasan di akhirat akibat hutang...
BalasPadamAlhamdulillah sekarang hutang2 saya byk dah kurang...kalau dulu macam tak cukup pinggang nak keliling...insaf sungguh sekarang ni nak buat hutang baru...kalau boleh nak cepat habis semuanya...
BalasPadamPTPTN ooo PTPTN.....
BalasPadambakal membuat hutang lagi..
BalasPadamheheh ingin membeli rumah (^_~)
bila nak pinjam, merayu-rayu...
BalasPadambila minta dipulangkan, keras mcm kayu.. !!#$$#^&??toooot$#@!!?
Tak bley nak lari dari hutang bank.
BalasPadamByk hutang nk kena jelaskan..huhuhu..rumah, kereta
BalasPadamperingatan utk diri sendiri jg kak chik..t.ksh atas peringatan ini..
BalasPadamRasulullah yg maksum pun bila ditanya sahabat baginda tak dapat jawab bila kiamat akan berlaku.
BalasPadamSebolehnya bayarkan hutang yg ada sebelum ajal..
in syaa Allah kakcik..TQ Atas perkongsian ini...(emm..byk lagi hutang ni..rumah ..keta..)..moga dipermudahkan..
BalasPadamtgh memikir2 utang ape lg tak langsai nih... =.=*
BalasPadam*belum dpt ye mak?
Org yg kaya tu adalh mereka yg bebas hutang huhu..tpi kt dunia ni..x bole elak bhutang..umh..kete..beban sbnrnya T__T
BalasPadamsaya snang je..nk bhutang pd yg perlu x pe..tpi wajib byr dgn sbaiknya..jujur
Terima kasih atas perkongsian ini Kakcik. Usrah hari Jumaat. Alhamdulillah.
BalasPadamalamak!
BalasPadamPeringatan yg baik ni kak cik..kita yg besar selalu tak lupa tp bimbang jg yg sikit2 kan..susah kita diakhirat nnti..sbb tu ada orh dia halalkwn je kalau hutang tu sikit tak nak tersangkut nnti..
BalasPadamhaaaa kan kak
BalasPadamsedar sikit ! ... sebuk je pasal kiamat
citer pasal perbaiki diri lagi bagusss
tutup aurat ! .. jaga akidah ! ... lebih baik dari bercerita mengarut2 nie .. nak2 pasal kiamat ! ... nonsense !
rahsia allah tuu .. sebuk nak tahu kenapa huhuhu
Assalamualaikum,
BalasPadamTerima kasih dengan entri ni kakcik.
Tengah usaha utk bayar semua hutang sblm pencen dan risau kalau-kalau dah meninggal sebelum sempat pencen.
TQ kak cik atas info ini..
BalasPadamKdg2 ada masanya mmg perlu berhutang.. tapi kena cepat laa melunaskan hutang tersebut sebelum jadi byk..
Hutang mesti dibayar. Hutang bank bila beli rumah & kereta, tak dapat saya elakkan sebab tak mampu nak beli tunai. Yg penting dapat ja gaji, loan rumah & kereta tu mesti bayar dulu :)
BalasPadambaru nak buat entry pasal HUTANG ni...hihih kak cik da buat dulu..anyway tq kak cik sudi kongsi kongsi..
BalasPadamassalamualaikumkakcik....betul tu dah berhutang kenalah jelaskn jgn lupa sudah la kan...:)
BalasPadamaku byk hutang, bersepah hutang kat bank tu ar......harap2 cepat la abis bayar
BalasPadamSelagi blh elak...elakmkn dr berhutang...
BalasPadamkalendar mayan - bukanlah pasal kiamat 100% tapi ramalan bencana alam
BalasPadamramai yang mengharapkan ianya berlaku agar MOST muslim kembali kepada ajaran ASAL Islam
2013 - maybe world war 3 tagtag.com/conspiracy2012