Kawan-kawan kakcik

Ahad, 9 Disember 2012

Ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di awal pagi...

9/12/12 @ 5.00 pagi bergerak dari rumah ke LCCT. Keluar di awal pagi begitu adalah agak biasa bagi kakcik suami isteri. Tapi bila melalui jalan ke LCCT di awal pagi, sedikit sebanyak ianya memang membimbangkan. Tahu sahajalah di waktu awal pagi begitu, ramai pemandu yang mungkin masih mengantuk dan tak mustahil ada yang mungkin di bawah pengaruh alkohol!

Satu lagi yang membimbangkan, ialah sikap pemandu yang memandu secara melulu bila melihat jalan agak lengang. Agak-agaknya perlu atau tidak kamera AES di pasang di jalan menuju ke Lapangan Terbang, ya?

Terdapat dua atau tiga kemalangan juga yang kami temui pagi tadi tapi kakcik tak berminat untuk merakamkan gambarnya kerana suasana agak gelap.

Balik dari LCCT, kami singgah sebentar di Hentian Seri Kembangan kerana kakcik belum menunaikan solat Subuh. Angah dan ayahnya telah bersolat di surau LCCT saja. Angah kehilangan seliparnya sehingga dia merungut 'di surau pun ada orang curi selipar'. Kakcik dan ayahnya kata, mungkin orang tu pinjam untuk ambil wuduk. Tapi logiknya, tempat ambil wuduk tak jauh pun dari ruang solat!







13 ulasan:

  1. awl yer kakcik keluar....

    org kalu nk curi ni xkira kt mana pun kakcik kan

    BalasPadam
  2. Kemalangan ...
    Kita berhati-hati tp ...ada mkhluk yg ikut suka hati ...itu masalahnya .....

    BalasPadam
  3. awai kakcik keluar..kakcik pi langkawi ari tu naik flight ke..?

    BalasPadam
  4. mmg awal kak cik kuar rumah ni..jam 5 pg..sy masih beradu...

    BalasPadam
  5. Pernah sekali ke LCCT. Itu pun tak bijak kaki disitu, hanya dalam kereta menjemput anak balik dari Sabah.

    Terasa amat jauhnya dari shah alam berbanding ke KLIA.

    BalasPadam
  6. as salam

    saya tk penah pi lcct kak..tp anak buah ada keje situ..hehe :)

    BalasPadam
  7. awalnya mak keluar..nak pegi mana?sy pun tak bangun tido lagi hehehe

    pencuri ada di mana2..

    BalasPadam
  8. nama lagi pencuri....tak kisah dimana dan apa jenis barang..semua sapu bersih. mungkin orang yang ambil tu juga seliparnya dicuri.

    BalasPadam
  9. pencuri ni bukan dia kira tempat kan..janji dapat pao.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com