Kawan-kawan kakcik

Selasa, 11 Disember 2012

Bila tak ada duit...

...hendak ke pasaraya pun rasa sakit
pasti belanja dikeluarkan bukan sedikit
walau dah puas berdikit-dikit
barang dibeli pasti mengempiskan dompet

bukan tak boleh ke kedai runcit
tapi kalau tak berhati-hati tidak mustahil tersepit
dengan bayaran yang kononnya sedikit
barang dibeli tak terasa dijinjit!

Tengahari ini makan jagung kukus dengan air limau asam boi saja =
RM1.80 + RM1.00 = RM2.80

33 ulasan:

  1. True, Kakcik. Entah kenapa kalau ke supermarket, walaupun beli barang sikittt jer, duit yang keluar kat kaunter tetap banyakkkkk

    BalasPadam
  2. Kakcik, jagung rebus atau rebus tu favourite sy tau :D

    BalasPadam
  3. moga cepatlah datang hari rabu...
    thanks kakcik kerana memahami ayu.sangat kakcik ketat2..muaahhh

    BalasPadam
  4. saya bulan ni tak ke tesco dan pasaraya yang sewaktu dengan nya...cuma beli barang kat kedai runcit depan rumah..xder beras p beli beras,xder susu p beli susu..gitulah seterus nya..jumat2 duit sbb anak nak berjalan cuti2 sekolah ni..

    BalasPadam
  5. saya hanya sebulan sekali pergi ke pasaraya besar sebegini..beli barang2 yang mana perlu. barang kadang-kadang bulan ni harga lain, bulan depan harga dah lain.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    Rasa sangat lambat kan gaji bulan ni walaupun dapat gaji awal. Bulan depan, lagilah tersiksa nak tunggu hujung bulan.

    Kalau saya yg isi perut sendiri je ni pun terasa, apa lagi. Nak ke pasar malam pun, kalau tak ada RM10, nasi kerabu je dapat sebungkus (RM6) dgn popia basah 4 ketoi (RM2) hu huhu

    BalasPadam
  7. Makan jagung kukuih dengan ayaq asam boi saja for lunch..

    Huwaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh!!!!!

    BalasPadam
  8. biasalah tu kak..kdg org nmpk kita senang walhal hmm..xpelah..bersabarlah kak..amalkan juga solat dhuha kata kawan dee..moga pintu rezeki dibuka lebih luas lagi..insyaAllah..

    BalasPadam
  9. biler takde duit je, mmg dok umah diam-diam je..
    kak, sedap tu makan jagung ujan-ujan ni..

    BalasPadam
  10. k.cik, saya pun ada di tesco ni pukul 1 tadi...

    BalasPadam
  11. say dok umh je..habiskan stok yg mana ada.
    kalau keluar lagi byk yang kelaur nanti..hihi

    BalasPadam
  12. tulerkan kalau dah keluar rumahtu memang melayangnyer duit.. kesimpulannyer duk jer rumah perabih mana yang ada...

    BalasPadam
  13. salam..

    biasanya hujung-hujung bulan selalu rasa sempit, hehe

    BalasPadam
  14. kalau tak de 3-4 ratus... mmg tak boleh beli brg dapur di supermarket... brg mahal sgt skang ni...

    BalasPadam
  15. kat mana2 pun lbh kurang ja harga...cuma kalua ke hypermarket...terbeli barang yg tiada dlm senarai...

    BalasPadam
  16. Kedai runcit Darussalam kat belakang rumah makchaq banyak barang yg harganya lebih murah dari carefour, memang situ la beli barang sekarang..jalan kaki je, jimat minyak,
    ke supermarket bila barang yg perlu x de kat kedai belakang..

    BalasPadam
  17. salam kak..

    betulkan kak.. saya ni nak kuar super pun takut.. last2 hb pegi sorang je

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum Kak Cik

    berdikit dikit
    nanti penoh pokit...
    he he

    BalasPadam
  19. Sedap jagung kukus tu akak.sekali sekali pegi pasar, boleh kempiskan dompet. Setuju-setuju :-)

    BalasPadam
  20. heheheh betul tu kakcik, kadang tu sampai di congak2 berapa rm setiap kali amik brg... tp lastnyer terlebih gk hehehe...

    selalunyer time2 lg seminggu dua nk gaji time poket kering ni lah baru gune kad kedit

    BalasPadam
  21. dah lama kami tak ke Tesco, Carrefour dan sewaktu dengannya..sedang belajar berjimat..dah jumpa satu supermarket yang menjual pelbagai barangan rumah dengan harga lebih murah so kami ke situ saja.

    BalasPadam
  22. betullah kakcik kalau ke giant, teso..brg xde dlm list mesti terbeli..aduhhh..

    BalasPadam
  23. barang2 pulak ni takde yg makin turun harga...

    BalasPadam
  24. RM2.80 jerk....jimat sungguh ni kakcik...leh mendiet ni....

    BalasPadam
  25. setuju kak
    takut nak pi beli brg skrg ..
    rm 50 macam rm 10 aje huhuh

    BalasPadam
  26. As salam Kakcik,

    Jujurnya tak tahu nak komen apa... Jagung tu nampak manis & sedap... teringinlah pulak! di sini jagung besar2 & kurang lemaknya... Moga akan ada rezeki lebih di tahun baru nnt..

    BalasPadam
  27. kalau dah masuk ke tesco..
    jawabnya mmg poket kempis semedang..
    niat nak beli kicap je..tp sedar2
    penuh satu troli..(sy lah tu)

    BalasPadam
  28. Betul Kakcik. Tapi elok juga ke sana waktu duit tak banyak. Beli yg wajib je. Masa tu yg sunatpun buat-buat tak nampak yang harus apatah lagi..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com