Kawan-kawan kakcik

Isnin, 15 Oktober 2012

Segmen Mialiana.com - mari berpantun...

Kakcik tak pasti sama ada penyertaan kakcik ini masih boleh diterima atau tidak disebabkan hari ini adalah hari terakhir tempoh segmen ini.

Kakcik ingat yang kakcik ada dipelawa untuk menyertai segmen ini, tapi disebabkan urusan peribadi yang entah apa-apa, kakcik jadi lupa.

Blog Mialiana DI SINI
Kakcik cuba jawab pertanyaan-pertanyaan Mialiana, ya...

Malam-malam pergi kedai nyonya
kedai jauh naik kereta Waja
andai Mia ingin bertanya
apakah nama panggilan manja

anak pokok disirami baja
rumput yang tumbuh ditebas diracik
nama di blog Kakcik Seroja
tapi hanya selesa dipanggil KAKCIK

Kepala pening berpinar-pinar
penat sungguh berlatih yoga
jangan malu jawablah benar
adakah bujang atau berkeluarga

eram telur dalam jerami
disusun elok di dalam raga
ke sana sini ditemani suami
pastilah kakcik sudah berkeluarga

Langit cerah indah warnanya
ambil gambar rasa teruja
ingin juga tahu statusnya
sedang belajar atau bekerja

kalau ragu silalah bertanya
tidak kira rakyat mahupun raja
sebagai pekerja puluhan tahun lamanya
tunggu masa nak pencen saja

Buat kopi pekat-pekat
makan roti dengan tuna
adakah jauh adakah dekat
tinggalnya di negeri mana

jauh hanya sekadar jarak
di maya ini kita bermesra
asalnya kakcik darilah Perak
di Kuala Lumpur pula tersurat rezekinya

Semoga penyertaan ini akan diterima oleh Mialiana walaupun sudah dihujung waktu...

16 ulasan:

  1. Terima kasih daun sadri
    Sudi membeli pantun ini
    Tersenarai sudah link entri
    Dalam entri segmen ini

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    mmmmm terkenang2 zaman berbalas pantun kat radio zaman dulu-dulu. sekarang ni susah benar nak dengar berbalas pantun mcm ni ;)

    BalasPadam
  3. gd luck kakcik, jap lagi KA cuba karang2 nak join sekaki hehe

    BalasPadam
  4. Terima kasih daun sadri
    Sudi membeli pantun ini
    Tersenarai sudah link entri
    Dalam entri segmen ini

    BalasPadam
  5. salam..
    pandai kak chik berpantun...moga berjaya kak chik

    BalasPadam
  6. pandai kakcik berpantun..moga ada rezki..

    BalasPadam
  7. saya memang tak pass bab berpantun! mak lebih pakar! :D

    BalasPadam
  8. gud luck kakcik..pandai kakcik berpantun..

    BalasPadam
  9. bebas burung menari-nari
    terbang tinggi seronok sekali
    dari segmen sama dtg kemari
    sudilah kunjungi yana kembali

    http://nazlyizan.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html

    BalasPadam
  10. dua atau empat ,
    ikut keselesaan sendiri ,
    kakcik hebat ,
    pantun kakcik mudah difahami.

    :)

    hehe..okey tak cam gitu..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com