Kawan-kawan kakcik

Isnin, 3 September 2012

Sepetang di Jamuan Hari Raya Penerbangan Malaysia...

Tarikh : 30/08/2012 (Khamis)
Waktu : 2.45 hingga 5.00 petang
(sepatutnya bermula lebih awal, tak tahulah apa masalahnya di pihak penganjur)

Pengacara majlis - Dee yang sempat bersalin pakaian sebanyak 6 kali
dalam tempoh 2 jam. Kata Dee "nothing true (maksudnya 'asli' kut) about me"

Sebahagian hidangan yang disediakan.  Kakcik teruja untuk
makan lemang dan laksa johor.
Apa yang mereka buat tu?

Sebenarnya mereka sebang mencari kertas (tag) untuk hadiah misteri.
Sampai ke akhir acara, 3 tag tidak berjaya ditemui walaupun pihak penganjur

berkali-kali meminta tetamu mencari di bawah kerusi.  Hadiah yang disediakan
(kakcik tak pasti berapa hamper semuanya) berupa hamper yang mengandungi 
barangan bernilai RM300.00 - kakcik dan suami tidak memenangi apa-apa.
Tiga orang tetamu berjaya memenangi cabutan bertuah yang merupakan tiket
penerbangan dan penginapan untuk dua orang.  Destinasinya - Bangkok, Jakarta
dan Surabaya (kalau kakcik tak silap ingatan).

Pihak penganjur (Malaysia Airlines) mencari tetamu yang lahir
pada 31 Ogos sempena hari kemerdekaan.  Disebabkan tiada, mereka

memilih tetamu yang berusia 55 tahun pada tahun 2012.  Wanita (kiri sekali)
akan berusia 55 tahun pada bulan November nanti.  Beliau diberi pilihan
untuk bercuti ke destinasi yang disukainya di negara ASEAN untuk 2 orang.

En Suami bersama En Azlan yang merupakan salah seorang orang kuat
Malaysia Airlines. Beliau sangat peramah dan sangat banyak membantu

En Suami sewaktu menguruskan jenazah peserta program Integrasi Bernas
ke Sabah pada tahun 2011.  Budi baik tetap dikenang.

10 ulasan:

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com