Kawan-kawan kakcik

Rabu, 19 September 2012

Demam Adam & Hawa atau sebenarnya demam Aaron Aziz?...

Jujurnya kakcik langsung tak ingat tentang jalan cerita dari novel Adam dan Hawa ini.  Kakcik juga tidak berpeluang menonton dramanya kerana tidak melanggan saluran televisyen yang berkenaan.

Novel ini sekarang berada di tangan adik ipar kakcik.

Kakcik tak ingat sama ada kakcik mendapat diskaun 20% atau
tidak semasa membeli novel ini dulu.

Tengok tu - dah boleh masuk Tahun 1 Sekolah Rendah!

Bagi saya, tiada yang lebih menggembirakan dari dapat
bermain bola sepak dan memenangi perlawanan! :)

notasukasuka : Petang semalam bertemu Doktor Pakar di Hospital Al-Islam.  Alhamdulillah, tak perlu masuk wad dan yang penting tak perlu masuk dewan bedah.  Bolehlah bertemu kawan-kawan di pertemuan blogger pada 23/9/2012 nanti, InsyaAllah.

12 ulasan:

  1. saya tak beli pulak novel ni, sekarang memang saya follow drama ni tapi bukan sebab aaron aziz sebab saya tak minat dia kakcik..wah, menang piala main bola eh?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...sy pun beli novel ni dan dah habis pun baca...jln cerita bagus..tapi kawan kata Cerita ni sedih..saya tak pulak rasa sedih...hemm saya tak pandai mnghayati cerita kot..hehee :-) saya pun tak langgan astro jd tgk kat you tube je..ok jgk tp bkn aaron yg bagus..saya suka heroin nya..mmg berkesan dan selamba lakonan nya...tgk la kakcik :-)

    BalasPadam
  3. tak tengok pun citer tuu..tp novelnya saya ada..
    insyaallah kite bertemu di sana nanti...

    BalasPadam
  4. Syukur dgn kesihatan Kakcik.
    Saya ada novel tu tp ntah mana tercampak. Drama tu pun saya tak tengok sbb takda Beyond.
    Sama ler Kakcik.
    Tahniah BS!

    BalasPadam
  5. Tahnaih dulu buat adik. Menang main bola mestilah seronok dan rasa berbaloi penat kejar bola.

    Rumah kakak tak ada astro pun kakcik sebab tu tak menonton. Youtube pun malas nak tengok. Baca novel ajelah..

    BalasPadam
  6. pernah baca novel tu tp tak hengat dh jln cite nyer... umah dana ada astro tp bukan yg HD so tak dpt lah tgk gk... nsb lah dana ni bkn jenis yg peminat fanatik aaron aziz... heheheh

    BalasPadam
  7. saya tak la minat sgt aaron aziz tu, tapi jln cerita adam & hawa tu mmg best. nadiya nisaa' berlakon, best

    BalasPadam
  8. Sebelum citer nie ditayangkan saya dah baca pun novelnyaa.. Bila dah baca novel dan tgk cara live.. mmg best.. Pelakon2 pun dpat menjiwai watak yang diberikan.. :))

    BalasPadam
  9. saya best mesti pasal aaron aziz tu kan..hehe

    BalasPadam
  10. sy pun tak langgang siaran tu tp hanya tgk di online :)

    BalasPadam
  11. tak terbuka hati nak menengok cerita ni lagi..lgpun rumah bukan ada astro..

    BalasPadam
  12. dah beberapa kali dok ulang baca novel tu (sekarang ntah kat mana novel tu..)

    psstt: tahniah buat dak Adik menang perlawanan bola.. ;)

    psstt lagi: syukur kakcik tak perlu buat pembedahan..

    last psstt: ai tak dapat join 23hb. ni ---> dak Adik ada sukaneka kat sekolah dia..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com