Kawan-kawan kakcik

Rabu, 19 September 2012

Peringatan untuk blogger : masanya kian tiba, sudahkah kita bersedia?...

Ini adalah 'catatan melekat'.  Catatan terbaru sila lihat di bawah sana. :)

Oppppsss!!! Jangan salah sangka.  Ini bukan kuliah agama.  Kakcik pun terlalu banyak kekurangan di sini sana, jadi tidaklah layak untuk menjadi ustazah pula.  Tapi, waktu kematian memang sentiasa tidak jauh dari kita, kan?

Ini juga bukan rancangan 'bersedia atau tidak, bolos saja dinding ituuuuu'...

Gambar dari :
ageeasparagus.blogspot.com
Ini adalah berkenaan dengan pertemuan yang dirancang pada tarikh dan waktu berikut :

Tarikh :  23 September 2012
Waktu : 10 pagi hingga 5 petang
              (InsyaAllah kita akan solat berjemaah untuk Zuhur dan 'Asar)
Tempat: Musollah Ehsan, Bandar Baru Bangi (lihat petunjuk di bawah)
Konsep: Potluck
Tema   : Pakaian hari raya yang paling glamour yang anda ada (ini kakcik yang memandai-mandai kata - tapi seboleh-bolehnya elok juga kalau kita dapat berbaju Melayu, Kurung atau Kebaya atau ikut sukalah, asal jangan menjolok mata...)


Kawan-kawan bawa apa nanti ya? Kepada yang ada rasa segan silu itu, janganlah malu-malu.  Kalau tidak bersua muka, bila lagi kita nak bertegur sapa secara nyata, kan? Datanglah.  InsyaAllah, semuanya akan rasa bagai dah biasa nanti (tapi kalau berjumpa kakcik, jangan salah tanggapan ya.  Kakcik memang bukan orang yang 'pandai bercakap'.  Memang berbeza 'keramahan' kakcik menulis dengan keramahan kakcik berbual...).

38 ulasan:

  1. salam mak :)

    sy dh tanya fendy...tp segan mengusai diri la mak...huhu

    BalasPadam
  2. anak2 tengah periksa skrg ni susah sikit la saya nk gerak jauh2.Hari ni anak no2 upsr.awal bulan 10 pulak kaklong PMR.rasanya cuti2 ujung thn kalau ada program lain insyaallah nak la join juga.

    BalasPadam
  3. sape pakai menjolok mata, kite jolok mata dia. heheheh~

    BalasPadam
  4. Insyaallah,,sebab jadual packed sampai bulan 10 hehehe

    BalasPadam
  5. tarikh tu ada jemputan kawin kwn edy lah kakcik, kalu tak msti tak malu nk join gk

    BalasPadam
  6. Salam KakCik, nanti ada sukaneka acara bolos saja dinding itu ke?

    BalasPadam
  7. Kalau dekat2 rumah boleh juga joint...

    BalasPadam
  8. Alahai..segan menguasai diri. pdhal tak jauh mana pun.

    BalasPadam
  9. saya rasa nk join la.. hehehe...
    kak cik add FB saya.. tgk link kat blog saya..
    leh tukar2 no fon..
    ke kita da ada link kat group Kita-Kita Saja?

    BalasPadam
  10. Salam kak chik

    Terima kasih sebab ingat kat Firdaus . cam sama je kita, kat dalam blog nampak cam kita ni orang yg banyak bercakap bila bertentang mata kita tak tahu nak cakap apa, memang kita jenis yang bukan pandai bercakap kot .

    BalasPadam
  11. jom pegi kawan2.. sama2 berkenalan :-)
    terima kasih kakcik.
    tak de aral.. boelh pegi ;-)

    BalasPadam
  12. ...belog cuma picisan malu pulak nak berkenalan hehehe...

    BalasPadam
  13. Bestnyer dapat berjumpa dengan rakan blogger, moga semuanya berjalan lancar ye ;)

    BalasPadam
  14. kak cikkkkkkkkkkk... wani ada kt kl 23hb ni.... ptgnya ada family day kat kl... Insya Allah pagi sampai dari KB je nak terjah ke bangi la...hihihiii....

    BalasPadam
  15. masih tak ada idea menu yg nak di bawa
    harap2 tak de masalah last minit lah

    BalasPadam
  16. salam Kak Cik,

    Kalo saya ada kelapangan leh jumpe..Kan Kak Cik, InsyaAllah... tringin gak nak jumpe... hehe...

    BalasPadam
  17. kak cik bwk apa nnt:)..alaa bestnya..zila x dpt join la kak..

    BalasPadam
  18. Kakcik,
    Idea bernas KC ini akan diberkati Allah, InsyaAllah...Semoga meriah dan eratkan silatulrahim

    BalasPadam
  19. semoga dgn kehadiran kwn2 nnt meriah suasana :)

    sy pun kan kakcik dlm penulisan je bukan main tp realiti pemalu :") hehe

    BalasPadam
  20. ujie, fieda yg saya kenai leh la join sbb dekat.syoknye :)

    BalasPadam
  21. Pakaian paling glemer untuk ke surau dan masjid kalau saya....heeee telekung ;-)

    BalasPadam
  22. assalamualaikum kakcik....mesti ramai yg hadir nanti kan...:)

    BalasPadam
  23. Email akk yg hotmail tu aktif lg x kak. Apa email akk ek?

    BalasPadam
  24. saya akan cuba utk menghadirkan diri. since hubby pun not around, ke KK. I will try my best kak.. INSYALLAH..

    BalasPadam
  25. insyaallah.. nnti kakcik tnggu kat tol bangi kan

    BalasPadam
  26. seronoknya... selamat bersuka2 sambil berjumpa dan beraya...

    rasanya lebih selesa berkawan maya saja sebab masih segan utk bersua muka laa..

    BalasPadam
  27. kalau dekat boleh jugak saya pergi..nanti kakchik amek gmbr byk2 ye:)

    BalasPadam
  28. mnarik event yg sebgini..

    QH pon klau diluar bkn la seorang yg peramah..xsama mcm dblog..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. rezki jangan ditolak & tong2 jumpa jodoh bagi hok yang masih bujang ;

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com