Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 25 Ogos 2012

Pantun...


dahan senduduk di hujung kampung
bunga semalu di sebelah rumah
jalan menunduk bukannya sombong
hanya malu menunjukkan wajah

19 ulasan:

  1. Jalan menunduk bukannya sombong
    Hanya malu menunjukkan wajah
    Belum ku ucap pada kau seorang
    Salam lebaran,1433 hijrah

    BalasPadam
  2. Sarang tebuan di hujung dahan
    Tepi telaga rumah Mak Jah
    Salam lebaran buatmu puan
    Semoga bahagia menghiasi wajah

    BalasPadam
  3. Cantik sungguh bunga serombong
    Selit di telinga penyeri muka
    Jalan menunduk tak bererti sombong
    Haruslah kita berbaik sangka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah nangka dalam kereta
      Atas peti getahnya lekit
      Berbaik sangka sesama kita
      Barulah hati tak rasa sakit :)

      Padam
  4. alamak tak reti nk pantun,


    berbaik sangka amalan terpuji
    tertunduk malu sopan dan santun
    juadah raya sudah tersaji
    ape tunggu lagi, jum kita balun..

    huhu kak..tah pape pantun saya.. :)


    BalasPadam
    Balasan
    1. Biskut raya sibiskut suji
      Indah terhidang untuk dimakan
      Judah raya sudah tersaji
      Lemang dan rendang Jadi pilihan

      Padam
  5. jalan-jalan cari makan
    tengah berjalan terserempak dengan kenalan
    kalau sempat,nak bagi ucapan
    nak ucaplah salam lebaran

    mmg tak reti berpantun nih..ok tak kak cik.

    BalasPadam
  6. wah. nak kena berguru dengan kak cik ni.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tents saja boleh... Tp kakcik bukannya pandai sangat. :)

      Padam
  7. Suka jew...sgt suka....suka pntun...suka juga ayat yg terkandung dalam pantun....

    BalasPadam
  8. Singgah sini online dalam kereta
    Pemalu rupanya kakcik kita ;)

    Malu tu sifat terpuji...

    BalasPadam
  9. nak berpantun tapi tak reti..huhuhu

    BalasPadam
  10. layai ....saya mmg tak pandai nak berpantun.

    BalasPadam
  11. Salam Lebaran di hari mulia
    Datang bertandang menjamu mata
    Salam kenalan dari Chenta
    Dilaman indah Kak Cik Seroja ...

    Piuk kera lemang tahun ini
    1st time rasa melekat di hati
    Tunduk malu memperkenalkan diri
    Chenta dari Blog Kak Tihara tadi

    ^___^
    nak malu juggaaakkk ....:P

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com