Kawan-kawan kakcik

Isnin, 13 Ogos 2012

Asalkan hatinya baik (artikel Ustaz Pahrol Mohd Juoi)...

Sudah lama sebenarnya kakcik bookmark  artikel ini dan kakcik tertarik untuk membacanya biarpun berulangkali...

Sedikit sedutan :

Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.

“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.

“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.

Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.

“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.

“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”

"Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.

“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”

“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.

Artikel ini bertarikh 11/11/11.  Untuk membaca sepenuhnya, kliklah DI SINI.



22 ulasan:

  1. hati yang baik..... saya suka baca tentang ni...

    BalasPadam
  2. baguskan artikel tuh kak cik. teguran yg tajam, sinis juga..dah baca dulu, tapi tengok entry ni rasa cam nak baca lagi

    BalasPadam
  3. baguskan artikel tuh kak cik. teguran yg tajam, sinis juga..dah baca dulu, tapi tengok entry ni rasa cam nak baca lagi

    BalasPadam
  4. :)..tQ.. kadang2 kita tak terjawab dgn persoalan ini ...

    BalasPadam
  5. Artikel yg membuka minda kita kakcik. Baik-Jahat satu yg subjektif dan penilaian masing-masing tidak boleh dilihat menjurus pada satu aspek saja...

    BalasPadam
  6. tima kaseh ats perkongsian kak cik..salam 24ramdhan ya :))

    BalasPadam
  7. ustaz kegemaran saya ni kakcik...Jgn lupa dengar slot beliau setiap petang khamis jam 5.15 kat radio IKIM FM...Bet...kebetulan..ptg ni, petang khamis

    BalasPadam
  8. sangat diperlukan! ramai orang mempersoalkan pasal bertudung tak bertudung baik dan jahat ni..

    BalasPadam
  9. :)

    perkongsian ilmu lagi dari kakcik...

    BalasPadam
  10. Wah bru die tau.. Suka hati jer nk menilai org dr menutup aurat kan :)

    BalasPadam
  11. “Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”

    :)

    BalasPadam
  12. erm, ada yg kata walaupun saya tidak tutup aurat tetapi hati saya baik. tapi dia tetap berdosa kerana tidak menurut perintah Allah. yg mengatakan belum dapat wahyu, sedangkan wahyu tentang menutup aurat rasanya telah termaktub dlm al-quran dan hadis.

    BalasPadam
  13. yang pasti menutup aurat satu kewajipan wanita muslimin :)

    BalasPadam
  14. betul tu baik & buruk seseorang itu bergantung kpd beberapa perkara.. apapun yg pasti menutup aurat itu mmng wajib untuk kita wanita muslim

    BalasPadam
  15. hehehe...tertarik untuk klik di link nak tahu kesudahannya

    BalasPadam
  16. baru baca sikit dah tertarik. Ok akan klik sana untuk baja selanjutnya. Terima kasih kakcik.

    BalasPadam
  17. huu..panas argument ni mak...

    saya kena balik kedah pada raya kedua. ada kenduri akikah anak buah saya... mak raya di mana? :)

    BalasPadam
  18. yang terbaik..tutup aurat dan berhati baik..(^_^)

    BalasPadam
  19. assalamualaikum kakcik...terbaik n aurat tu haruslah dijaga kan..;)

    BalasPadam
  20. baguih sll gak mendapat soalana2 sebegini yang tak terfikir dek jawapannyer... bolehler nanti senang nak menjawab....

    BalasPadam
  21. Semoga Allah pelihara Aurat yg telah kita tutup dan kelakuan pula harus seiring agar tidak menimbulkan cacian dan hinaan sehingga mencemar Aurat yg telah kita akur utk menutupnya...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com