Dah namanya blog kakcikseroja, suka hati kakcikserojalah nak letak tajuk apa kan? Ada siapa kisah? Eleh... tiada siapa yang kisah punyalah...
Kakcik nak cerita apa ni?
Cerita biasa-biasalah. Mana pernah ada cerita yang luar biasa di blog kakcik ni, kan?
Habis tu, yang tajuk pasal kecil-kecil hati tu apa?
Orang tua, biasalah. Sikit-sikit kecil hati, sikit-sikit kecil hati.
Kakcik kecil hati dengan siapa?
Dengan sesiapa pun kakcik boleh kecil hati, walaupun orang yang kakcik berkecil hati tu sikit pun tak tahu.
Baik kakcik cerita terus-terang. Sebenarnya ada apa ni?
Macam inilah. Kakcik saja-saja tulis ini untuk lahirkan isihati sendiri tau. Jangan pulak ada yang kata kakcik ni perasan tak habis-habis. Dalam senarai blog kat tepi tu, adalah juga teringin nak letak pautan blogger-blogger popular. Tapi makin lama makin kakcik perasan, blogger popular tu tak pandang sebelah mata pun blog kakcik ni. Jangankan nak beri komen, singgah pun tidak. Maknanya kakcik ni macam gila bayanglah, kan? Bila dah tersenarai, mestilah kita jengah blog mereka. Tapi ada mereka kisah? Kalau kakcik tak singgah pun beribu-ribu orang lain sudi singgah.
Mana kakcik tahu yang mereka tak singgah blog kakcik?
Sebenarnya adalah caranya kita boleh semak kehadiran mereka yang singgah di blog kita selain dari komen yang mereka tinggalkan.
Macam mana caranya tu?
Biarlah rahsia!
Ada sesiapa yang kecil hati dengan kakcik tak? Kalau sebab tak jawab komen-komen yang ditinggalkan tu, tak payahlah kecil hati, ya? Seboleh mungkin kakcik akan jejak ke blog kalian dan tinggalkan komen di sana sekiranya bersesuaian untuk dikomen. Bagi yang masih menggunakan WORD VERIFICATION (PENGESAHAN PERKATAAN) di ruang komen blog anda, kakcik memang mempunyai masalah untuk meninggalkan komen apatah lagi kalau menggunakan komputer pejabat. Jadi mungkin kakcik akan jengah sahaja, tanpa meninggalkan kata-kata. :)
Ada sesiapa yang kecil hati dengan kakcik tak? Kalau sebab tak jawab komen-komen yang ditinggalkan tu, tak payahlah kecil hati, ya? Seboleh mungkin kakcik akan jejak ke blog kalian dan tinggalkan komen di sana sekiranya bersesuaian untuk dikomen. Bagi yang masih menggunakan WORD VERIFICATION (PENGESAHAN PERKATAAN) di ruang komen blog anda, kakcik memang mempunyai masalah untuk meninggalkan komen apatah lagi kalau menggunakan komputer pejabat. Jadi mungkin kakcik akan jengah sahaja, tanpa meninggalkan kata-kata. :)
salam pagi kakcik. hati yang dah kecik ni susah nak besarkan balik haha..
BalasPadamkakpah dah tua tua ni memang sensitif. Salah cakap je, kecik hati. Dengan hasben dan anak2 pun boleh kecik hati kadang2 tu. Tapi kecik hati ni tak boleh simpan lama2.
kakcik, bloger hebat2 tu kpah malas simpan kat bloglist. Diorang memang tak pandang kita pun.
saya tak ada kecil hati dengan kakcik .. jawap ke tak jawab komen, lawat ke tak lawat, tetap tak kecik hati.
BalasPadamsaya juga rimas nak tinggalkan komen pada blog yang ada Word Verification tu ..
Assalam KakCik, sabar jer la kak..tak pe la kalau tak nak singgah apa kita nak buat kan. saya bkn blogger hebat tapi kekadang tu saya pun tak sempat nak bw bila ada yg sudi singgah insyaAllah akan saya kunjung balas blk walaupun lambat.semoga ukhwah dialam maya berkekalan selamanya..InsyaAlah.
BalasPadamSalam Kakcik;
BalasPadamKecikkkkkk... hati saya kakcik cakap macam tu.. hahahaha... (menyamar perasan macam hebat... kah...kah...kah...)
Tiru macam saya "What You Give, You Get Back", diorang link blog kita, kita link blog diorang, tak kiralah sehebat mana sekalipun diorang tuuuu....!!!
Salam KC
BalasPadamMoga sentiasa dlm keadaan terbaik. Makan apa pagi ni? hehe ubah tajuk...
Harap2 bukan kita lah... i pengunjung setia. walaupun kengkadang terbabas.. sorry ye.. saya tak pernah kecik hati pun. suka hati ada lah..
BalasPadamKakcik, mcmna nak tegur kawan2 yg gunakan word verification tu? Zana pun kekadang tension nak menaip ada bendalah tu, dah la mata kita ni empat kanta...haha..ckp kang kecil hati pulak.
BalasPadamKakcik, kdgkala kecil hati juga pd blogger top2 ni. Kita terhegeh2 letak link blog kat blog kita tapi haram dia tak komen blog kita. Zana buat mcm ni, bila dah berbulan ada link tu kita tayang, bila tak brbalas...zana tukar org lain yg rajin komen blog kita.
Zana, sebenarnya sebelum ini kakcik dah buat 'teguran terbuka'. Siap kakcik letak tutorial macam mana nak buang WV. Tapi nampaknya, ramai yang buat tak tahu. Mungkin bagi mereka 'blog aku, aku punya suka'.
PadamWallahhuaklam.
Kakcik... eynda pernah rasa macam ni jugak dulu.... macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.... tapi lama2 eynda tak kesah... ramai lagi blogger yg rajin jejak kaki kat blog kita kan... ;-)
BalasPadamsaya tak keicik hati pun :)
BalasPadamTak pe kak..dorang tak singgah sini kami yg lain nie ada ...hehhe
BalasPadamBlog2 yg konon fofular tu taraf bacaan jer utk saya. Tu pun kalau sempat. Mmg takkan tinggal komen punye :-)
BalasPadamsalam kakcik, saya ada jugak singgah n baca blog kakcik, tapi say prefer jadi silent reader aje
BalasPadamkena kecil hati kpd yg kecil, besar hati yg besar besar bloga
BalasPadamAsmkm..tak mo lh kecik2 hati ye..sy pun jarang membalas komen kat blog sy, cuma sy biasanya akan ke blog mereka yg komen tu dan tinggal komen kat blog mereka pula..huhu..boleh ke mcm tu yek?
Padamkak chik kecik hati gan sapa nie?...sabar ya kak chik...biasalah tue...,saya pun tak suka jugak blogger yg guna pengesahan word tue...sakit mata....hihihi...
BalasPadamselalunya kakcik adalah pengomen pertama d kotak komen 'umah' sy n sy sgt2 hargainya.. even kebykan blog2 org lain pon.. sy mmg respek kakcik!!
BalasPadam