Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 15 Jun 2012

Sesiapa yang hendak dipanggil dengan gelaran, cepat tinggalkan komen di sini...

Ini bukan catatan beremosi, cuma sekadar luahan hati.
Silapnya kakcik juga, tak tahu-tahu nak sedarkan diri.

Kisahnya kakcik telah membuat satu panggilan telefon ke satu bahagian di tempat kakcik 'cari makan' ini.  Setelah berkali-kali menelefon tanpa jawapan (biasalah pejabat kerajaan kannnnn...), akhirnya panggilan kakcik berjawab juga.  Kakcik fikirkan yang menjawab itu mestilah lebihkurang macam kakcik juga jawatannya (peringatan :  kakcik adalah seorang pengira biji kopi).  Kakcik pun bertanyakan namanya (silapnya kakcik tak bertanyakan jawatannya).  Bila dah tahu nama, senanglah nak bercakap, kan?

Jadi kakcik pun mintalah padanya satu dokumen seperti yang dipesan oleh ketua (biasanya orang sebut boss) kakcik.  Bila dia menghantar dokumen yang diminta itu di kaunter, kakcik pun pergilah ambil.  Rupa-rupanya, ia bukanlah dokumen seperti yang dikehendaki.  Lalu kakcik katakan padanya 'bukan yang ini, tapi yang begini-begini.  Nanti kalau dah jumpa, X (namanyalah) hantarkan pada akak, ya?'   Kakcik perasan dia memandang kakcik dengan wajah yang 'agak lain'.  Demi Allah (mungkin Allah tutupkan pandangan mata kakcik), kakcik langsung tak perasankan tali leher yang dia pakai!

Pada petang hari yang sama, kakcik telah membuat panggilan susulan ke nombor yang kakcik panggil sebelumnya.  Masih tiada jawapan, dan seorang yang lain pula menyambut panggilan.  Lalu kakcik minta nak bercakap dengan X.  Orang yang menyambut panggilan itu menjawab 'En. X pergi mesyuarat'.  Kakcik tanyalah, X tu jawatan apa?  Rupa-rupanya dia ketua di situ (pegawai mudalah kiranya berstatus PTD macam Kanda AL).  Alamak! patutlah dia pandang kakcik semacam je pagi tadi!

Dipendekkan cerita, hari ini kakcik dapat bercakap dengan seseorang yang dari semalam kakcik cari.  Pecahlah cerita rupa-rupanya X telah merungut yang kakcik tidak memanggilnya 'Encik' dan suka-suka saja suruh dia hantar dokumen sedangkan sepatutnya kakcik yang pergi ambil dokumen tu dari dia!

Jadi, anak-anak dan adik-adik kakcik yang membaca catatan ini (yang kakcik tahu rata-ratanya adalah pemegang degree, master atau PHD), cepat isytiharkan jawatan dan gelaran yang patut kakcik gunakan untuk memanggil kalian supaya kakcik tidak keterlaluan melanggar batasan.

Selalu bila kakcik minum air
ini kakcik rasa bagaikan meminum
air kelapa.  Mungkin deria rasa kakcik
pun sudah semakin 'hilang kepekaan'!

43 ulasan:

  1. sila panggil saya puan seri hehehehe

    BalasPadam
  2. saya faham perasaan kak cik... biarlah kak cik... disana nanti gelaran tu semua x penting...

    BalasPadam
  3. apalah ada pada nama dan pangkat kan kakcik..
    sabar ya kakcik kusayang berdepan dgn org karenah begitu :)

    BalasPadam
  4. aduyai baru encik...kalau dpt dato, tan sri, mcm mn ya??? kerek btl...kita ni sama jer di sisiNYA


    ps: my boss br dpt title dato seri... tp kitaorg still pgl MR.... sbb dah tbiasa....

    BalasPadam
  5. Panggil lah apa saja, nanti balik bertemu Dia, bawa kain kapan dan nama berbintikan emak saja...

    BalasPadam
  6. tak pe tak sengaja sbb kita tahukan. Boss liya kat opis ni kitaorg panggil nama je tak ada en/mr . sebab diaorg lebih senang staff2 panggil cam gtu. boss cina.

    BalasPadam
  7. alahai apelah ade pd gelaran...sama2 makan gaji jugok..lain le dia tokei besor kompeni tu kan..kan..hehehe..sabo ye kakcik..

    sy kat opis ni..Director pon kami panggil nama je..manager2 lain pon takde nk bertuan-puan pong..i like :)

    BalasPadam
  8. acu pun penah kena tegur mcm tu mak
    tak ke mana pun gelaran tu...tak yah la nak belagak sangat

    BalasPadam
  9. panggil kita adik pun cukup le kakcik..

    apa ada pada gelaran ni semua kan...

    BalasPadam
  10. saya pun pernah terkena..tarlupa samada staff hospital yg saya call tu staff nurse or sister....saya sebut staff nurse..terus kena bambu pastu siap call ofis n mengadu dgn boss.....adei...saya tak kisah pun org panggil saya apa...asalkan jgn panggil nama yg bukan2 jer...

    BalasPadam
  11. Erkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!?

    Terbakar lak ati sy baca cite Kakcik nie. Nmpk sgt GILA KUASA. Bkn Kakcik sengaja. Kenal pun tak. Klu tak suke org suk2 pgl n suruh awak, kenalkan jelah diri tu. Apalah sgt gelaran duniawi ni? Alahaiiiiiiiiiiii!

    BalasPadam
  12. stakat kak cik tak panggil dia encik pun nk merungut..teruknya dia...

    BalasPadam
  13. Salam Kakcik,

    Tempat saya berkerja dulu HR sediakan list ext talipon, ikut department, Nama2 dari Head of Dept sampai lah kerani2. Staff kami ramai 700++ orang, jadi Senang dan tak mungkin silap tekan no extention..hihihihihi
    Talipon pula ada screen boleh nampak siapa yang dipanggil atau memanggil.

    Manusia kehausan utk dihormati... tambah2lah kalau ada gelaran

    BalasPadam
  14. orang panggil saya macam-macam. antaranya : pakngah, pakcik, tuan haji, kanda, abang, ayahanda, boss, tuan, encik, saudara, AL, dll. terpulanglah kakcik nak panggil apa .. nak gilir2 panggil pun tak apa asalkan jangan panggil dll ! hehe

    pegawai PTD tu tak sama dengan saya sebab dia masih bekerja dan saya sudah pencen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergegar tubuh dan berair mata saya gelak pasal panggilan dll tu! :)

      Padam
  15. sbr jela kak..gila pangkat betul org tu..

    BalasPadam
  16. huhuhuhui... biasalah tu kakcik, tak ramai org yg suke merendah diri walaupun jawatan nyer tinggi...
    katanyer pnt belajar tinggi2 dpt jawatan tinggi tak di panggil `encik` marah la dia heheheh...

    dana ckup respek kt org yg ada nama panggilan, datuk, tun, tan sri tp dia suke cume di panggil nama je

    BalasPadam
  17. Takbur. Itu sahaja komen saya. Manusia yg takbur ni kakcik, tak kemana. Sabar lah ya

    BalasPadam
  18. kak cik..
    panggil saya adik tau sbb nak perasan muda
    w,pun dah tua.haha

    BalasPadam
  19. upss.. kalo gitu.. kakcik boleh panggil saya apa pun.. sebab saya tiada berdegree, phd atau master.. huhuhuhu..

    apalah salahnya kan... tak perlu la merungut.. bukan dapat sakit pun.. hummm

    BalasPadam
  20. Kalau kerja kerajaan memang mementingkan 'panggilan' ye kakcik. Tapi kalau tempat kakak nie dari lorry driver yg tua sampailah yg muda semua panggil kakak, kakzakie je... Rasa lebih mesra tau... pangkat tu sementara ajelah kakcik

    BalasPadam
  21. tulah ye..gaji dah 'sedap' agaknya gelaran pon kena sedap jgk kot...

    BalasPadam
  22. hek eleh..kurang ajar betul..saya yang sakit hati baca ni kakcik..entah apa2..tak membawa ke mana nya lah pangkat ijazah ke apa ke yg dia ada..tak reti nak hormat orang yang lebih berumur ke..teruk betul..patut org menyampah dengan pegawai kerajaan..berlagak..tapi saya tau la bukan semua..hangin punya pasal kan..

    BalasPadam
  23. hai manusia ni mudah sgt berbangga dgn jawatan yg ada..bg sy kalau dia merendah diri lagi buat org 'respek' kpdnya..


    sabar ya kakcik..

    BalasPadam
  24. semoga satu hari , dia sedar akan 'masalah' diri dia ... dan berubah

    BalasPadam
  25. Salam Puan Kakcik,


    Pangge akak Puan Srimuka yaaa!

    Alaaa penjawat awam mmg kebulur title, belum kawin pangge Cik dah kawin kena pangge Puan. Dulu akak gi ceramah kat sekolah atau Universiti, deme tanya "Errr ni Puan ke Cik?" Bervulu dengor. "Pangge saya Cikgu!"

    Tak suka diskriminasi ni!

    BalasPadam
  26. Panggil saya adik jer...hehehehe...

    Alahai, baru pangkat ketua dah nak eksen.

    BalasPadam
  27. ekekekek lucu lak saya baca ..
    dah agak dahhh sure kakcik tersilap org
    rasanya ramai aje org x perasan kan ..
    dan x kan kita nak bertanyakan
    " apakah jawatan en ?? " bila kita pergi ke sesebuah jabatan kann .. betul tak ..
    soo pada saya itu perkara mudah ..
    boleh aje org yg menerima arahan dari kita nie cakap
    " oh yaa .. nanti saya minta PA saya hantarkan " haaa soo dari situ barulah kita tahu dia adalah bos .. kan
    hurmmm pada saya ia adalah norma biasa dlm sesebuah situasi .. bukannye kakcik bercakap dlm nada marah atau memberikan arahan kan .. ;)

    saya lebih suke akk @ sesiapa memanggil saya nama .. itu sudah memadai hormat dari memanggil OIT ! .. ;)

    BalasPadam
  28. orang sombong selalu rugi..

    dia tak tahu pangkat "mak" yang kakcik bawak tu lagi besau dari pangkat yang dia perasan dia bawak tuu...

    BalasPadam
  29. Kelakar pulak... Nape ingat mati nanti bawak pangkat tu ke.. Rozie lagi suka orang panggil name ajer. Tapi sekarang ramai dah mula panggil rozie cik. huk3... perli ke????

    BalasPadam
  30. selalu orang panggil saya cikgu, kdg2 prof - saya sker jer....

    BalasPadam
  31. bukan senang nak puaskan ati semua orangkan kakcik!

    BalasPadam
  32. 'ular menyusur akar takkan hilang bisanya'...
    itu yg saya amalkan dari mula saya bekerja sbg kerani sehingga saya menjawat jawatan tinggi dalam jabatan kerajaan, dan sifat itu jugalah yg diterapkan oleh emak dalam diri saya semenjak dari kecil...terima kasih emak kerana sentiasa ingatkan saya 'jika merenung bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi'...

    salam kenal ye kakcik, selama ni jadi silent reader, tapi bila baca coretan kakcik yg satu ni terus terdetik di hati saya utk berbicara sepatah dua.. :)

    BalasPadam
  33. hurmmm...

    tak terkomen dah kak chik .
    apa yang saya rasa sumer dah dikomen.

    masa baca komen mereka ..
    saya nagguk-angguk..betul..betul..

    BalasPadam
  34. tak sabo sabo nak bergelar puan. ekekeke!!!

    BalasPadam
  35. Sabar ye Kakcik.. Jangan difikirkan sangat.

    BalasPadam
  36. Sabo je laa KakCik..kdg2 manusia nie.. bila dah berjawatan besar.. idong nak meninggi aje ker.. ish sabo je laa..

    BalasPadam
  37. dulu..GM saya panggil nama jek dia..kdg2 tah hapa2 le dorang nie..gelaran pun nk kecoh :(

    err kdg2 org kita jek yg pntingkan gelaran nie..

    BalasPadam
  38. Masa saya keje kat klinik kampung dulu, ada sorang patient, sebaya dgn mak saya. Dengan niat nak hormat, saya panggil dia 'makcik'... Dia marahhhh... Dia kata 'panggil saya Puan yer'... Ek eleh, puan jer pun. Bukannya puan sri.. Kampung/ kolot sangat kot bunyi makcik tu kat telinga dia. So sejak tu, tak kira umo, kalau patient baru jumpa, memang saya akan address sebagai Puan/Encik. Kalau dia daftar dgn title Tan Sri/Dato/Prof, sapa la dgn gelaran masing2. Kalau dah biasa baru la panggil kakak/makcik.. Hmmmmm

    BalasPadam
  39. Kakcik...

    masih ada yg sebegitu ya? mementingkan pangkat lebih dari cuba menghormati sesama sendiri. hmm

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com