Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 1 Jun 2012

Seketika di Pekan Golok...

Wanita bertudung labuh dan lelaki berserban itu adalah ayah dan ibu kandung Bakri.

Lelaki berkemeja putih dan wanita bertudung coklat itu pula adalah abang dan kakak ipar Bakri.


Inilah Bakri dan ayah angkatnya (suami kakciklah - siapa lagi!).
Tahun lepas, hampir sebulan Bakri tinggal bersama kami di bulan 
Ramadhan.  Bakri adalah Imam Jemputan di surau berdekatan rumah kami
untuk Solat Tarawikh.  Mungkin Ramadhan tahun ini, Bakri akan datang lagi.

Konon-konon hendak meninjau Sungai Golok dan melihat sahaja
tanpa ingin pergi ke Seberang sana.


Bergaya di jeti.

Dengan pujukan Suzie (kakak ipar Bakri), tahu-tahu sudah sampai ke sini!


Rasanya tak banyak beza harga buah-buahan itu dengan di sebelah sini.

'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya'.  Tak henti-henti kakcik
berdoa agar tidak akan terjadi apa-apa bencana.

Hiasan pada jambatan yang sangat terserlah 'keSiamannya'.
Jangan tiru aksi ini di tempat kita.  Keselamatan kena diutamakan. :)

56 ulasan:

  1. wahhhh..ke golok!! :))

    kakcik, terima kasih atas ingatan dan ucapan pada entri ita :))

    teringin nak jumpa kakcik..

    kita dekat aje kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita dekat ek?

      Bila Ita nak jumpa kakcik. Hari ini kakcik masih bercuti di rumah tau. Nak nombor kakcik atau dah ada? :)

      Padam
  2. Oh... kakak ingat yg Ramadhan lepas kakcik dikunjungi beberapa anak angkat. Syukur saham besar utk kakcik dan keluarga.

    Lepas juga ke Golok ye Kakcik. Takut mesti ada tapi mereka yg dah biasa di sana cuma terkesan bila dah ada yg kena. Kesian umat Islam di sana kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada seorang lagi sebenarnya. Tapi sekarang dia sedang menuntut di Mesir. Ramadhan nanti dia akan 'balik' ke rumah kakcik. InsyaAllah. :)

      Padam
  3. takut jugak kan kakchik.alhamdulillah selamat sampai ke malaysia. lea belum lagi sampai kat belah kelantan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang takut tu ada. Tambahan nampak askar2 bersenjata di sini sana...

      Padam
  4. mmg nampak jelas kesiamannya tu :)

    orang sana mmg berani @ kes samun kat sana mmg tak ada?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang mak hairan tu. Selamba je bawa beg macam tu...

      Padam
  5. seronok nyer kakcik, dpt jmpa keluarga anak angkat kakcik...dkt je rupenye yek... seberang sungai je dh sampai ke golok...

    selamba je kt sana tak pakai helmet yek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka memang baik sangat, Dana. Walupun tak banyak bercakap, tapi mereka sanggup mengiringi kami menjelajah Rantau Panjang tu dalam cuaca panas.

      Dengan tak ada helmet, dengan beg tergantung macam tu... Ish!

      Padam
  6. Kakcik, nie msk halal ke masuk haram?

    Err...

    BalasPadam
  7. Kak cik masuk secara haram ye! Hahaha...

    BalasPadam
  8. wahhh kak .. seyess saya x pernah sampai golok nie
    memang teringin nak gi ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum ini, kakcik pernah masuk ke sana beberapa tahun lalu. Tapi, kakcik memang tak beli apa2 pun sebab tak pasti dengan harga dan kualitinya.

      Padam
  9. Tak pernah sampai Kelantan apa lagi Golok. Nampak seronok juga ya kakcik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik pergi waktu tengahari. Panas dan agak berdebu. Rasa takut sebenarnya mengatasi rasa seronok! ;-)

      Padam
  10. kcik org kelate ker???wah wink wink....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan dah hampir 30 tahun menetap di Kuala Lumpur/Selangor. :)

      Padam
  11. bestnya kakcik. saya tak pernah pergi. seriau tak melintas sungai golok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang agak seriau naik sampan tu dengan tubuh kakcik yang berat ni! :)

      Padam
  12. aii.. masuk ikut pintu belakang nih! heheh.. kita penah ke mundok.. tapi memang mase tu tak perlukan apa aoa..
    tapi sekarang dah tak boleh masuk dah.. di sekat.. humm
    ruginya.. kat situ banyak barang murah2.. =0

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik hanya sempat singgah di gerai buah2an tu saja. :)

      Padam
  13. sy xpenah gi sini kak.. risau gak kalau gi sana kan..

    BalasPadam
  14. Sawasdee kakcik..

    Pai tiau golok ma ler kaaa..

    Pegi jalan kejap2 ok kot kakcik.. Bestnya la kan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... kakcik tak faham bahasa Siam la Kakya.

      memang sekejap sangat kami singgah di sana. Tak sampai setengah jam pun. :)

      Padam
  15. sawadikappp...hihi...tlepas jugak yer ke sana...tp mcm takut aje kan...sblm ni kan mmg dh mcm2 cite kuar psl bom2 tu...tp TAHNIAH la...akhirnya dpt mjejakkan kaki ke sana dan pulang dgn selamatnye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Allah melindungi kami dari sebarang kejadian yang tak diingini. :)

      Padam
  16. lahai... kecik je sungai nye ye kakcik.. sepelaung jer..

    sejuk perut saya tengok muka Bakri.. hee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik pun rasa sejuk dapat 'menganakangkatkan' si Bakri tu. :)

      Padam
  17. Balasan
    1. Alhamdulillah. Dapatlah kita berjumpa lagi, InsyaAllah. :)

      Padam
  18. Betul tu apapun keselamatan WAJIB diutamakan..

    Myra nak p Golok rasa gerun je... :)

    Mujur takdak pape yang tak diingini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pekan Golok tu sebenarnya nampak tenang je. Tapi itulah, malang bukan ada bau, kan?

      Padam
  19. selalu dengar org kawen kat golok jer.
    tp tak pernah sampai golok lagi hikhik...

    k.cik thanks ye sudi singgah blog liya...
    appreciat sangat2... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang kawen tu selalunya kat Narathiwat, kan? Rasanya Golok tu termasuk dalam daerah Narathiwat kot.

      Terima kasih juga pada Liya yang sudi berkawan dengan kakcik. :)

      Padam
  20. jeti pun macam nak roboh je..hehe..

    tahu tahu da sampai eh kakcik..bunyinya macam kena hipnosis atau orang kita panggil pukau je kan.. hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la Rai... macam kena pukau la pulak! Kat Pekan tu boleh naik motor je pulak tu - tanpa helmet lagi...

      Padam
  21. makcik belah abah ella kat kelantan dulu2 selalu cerita .. gi seberang ke golok naik sampan 50 sen je pahtu buleh beli lipstik harga RM2. hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sungai Perak lagi lebar dari Sg Golok tu. Kalau berani, boleh berenang je! :)

      Padam
  22. Wah bestnyer g golok.. x bahaya ker g sana..

    BalasPadam
  23. aritu ke kelantan dah berhajat sangat nak pegi golok nie
    tapi kawan2 acu semua nye takut so, hajat tak kesampaian :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak pun sebenarnya lebih banyak takut dari berani!

      Padam
  24. berapa jam kakcik jadik PATI kat sana???
    ekekekekee

    BalasPadam
  25. Dah 6 bulan kat cni, wani masih belum berani nk masuk golok...hehe...

    takotttttt

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com