Apa punya tajuk, entah... suka hati kakcik saja. :)
Pada waktu tersebut, kakcik dan anak-anak serta adik angkat kakcik dan anak-anaknya keluar dari rumah. Kakcik bercadang menghantar anak-anak dan adik kakcik itu ke restoran sebelum kakcik dan Along mengambil suami yang baru selesai bermesyuarat di sebuah hotel di pusat bandaraya.
Sebaik keluar pagar, kakcik melihat Along bercakap dengan seseorang. Kakcik bertanya kenapa? Rupa-rupanya, ada orang nak ambil buah mangga. Disebabkan mereka tiada 'galah' untuk mengait, Along memberikan galah kami kepada mereka. Sewaktu hendak bergerak, kakcik melihat sebuah Toyota Unser dengan seorang wanita mengandung di sebelahnya. Wanita itu mengusap-usap perutnya, mungkin untuk menunjukkan beliau mengandung dan mengidam nak makan mangga!
Tertanya-tanya juga kakcik, dari manakah mereka datang kerana kami tidak mengenali mereka. Kalau suami kakcik yang peramah itu ada, mesti dia akan bertanya itu ini. Mungkinkah ada di antara mereka itu adalah pembaca blog ini? Entahlah!
kat rumah mak fit pun ada pokok belimbing (yg sedap masak gulai lemak)..memang kadang2 orang tak kenal datang rumah semata nak minta sikit belimbing tu..
BalasPadamhihihi, saya makan mangga sampai puas kakcik sebab pokoknya sebelah rumah je, main tarik kerana sangat rendang dan berbuah lebat. sampaikan buat kerabu, cicah, jeruk semua dah...
BalasPadamAssalamualaikum Kak Cik
BalasPadamInsyaallah
mangga itu akan berbuah banyak lagi
Salam Kakcik,
BalasPadamKenapa orang Melayu jer ngidam masa hamil? Ada dengor tak omputih ngidam? Kena research nih!
orang tak mengandung pun suka gak ngan buah pelam, boleh cicah ngan garam belacan, sedap tu...hehehe
BalasPadamOh... mengidam buah pelam rumah kakcik. Nasib baik jumpa Along. Banyak betul jasa pokok pelam kakcik nie...
BalasPadamsepatutnya jmpa tuan umah dulu, mintak izin kan, tp org skrg nih kadang pakai redah je...
BalasPadamorg tua2 selalu ckp kalu kite tak kedekut kongsi buahan ngn org lain nnti pokoknyer berbuah lg lbt
moga pokoknya akan membuahkan buah yang banyak lagi lps nie...
BalasPadamrezeki dia la tu kak.
BalasPadameh yang tu bukan saya kakcik..saya tak ngandung.. haha..
BalasPadamlepas ni saya pulak terjah rumah kakcik. hehe
BalasPadamassalamualaikum kakcik...bestnya kalau dpt makan mangga ...moga terlepas rasa mengindam perempuan tu bila dpt makan mangga kakciktu...:)
BalasPadam