Kawan-kawan kakcik

Khamis, 14 Jun 2012

Antara dua menara...

ruang atasnya kelihatan bagai kosong semata-mata
tapi kita jangan lupa dan leka
antaranya ada angin debu dan udara
mungkin juga ada syaitan yang mengintai mangsa
meniupkan api sengketa
menyalakan nafsu agar bermaharajalela

kita juga jangan lupa
segalanya dicipta oleh Yang Maha Kuasa
diberikanNya kita akal dan nyawa
bukan untuk bersuka semata
dibekalkan kita dengan rasa taqwa
agar rasa syukur membataskan kita dari berdosa

16 ulasan:

  1. Salam Kakcik,
    Masalahnya setan kita tak nampak, seram dan bahaya tuh!

    BalasPadam
  2. bermakna sgt kata2 kakcik tu..

    BalasPadam
  3. yang tu tanduk 1 dan yang tu pulak tanduk 2. hehe

    BalasPadam
  4. moga kita semua dijauhkan dari bisikan & hasutan syaitan selamanya...

    BalasPadam
  5. saya suka tiga tiga menara tu.. :)

    BalasPadam
  6. Salam Kakcik,

    Dua Menara, kemegahan negara.

    BalasPadam
  7. madah pujangga yg penuh maksud utk direnungkan :)

    BalasPadam
  8. mata kasar nampak dua menara..tapi bila tengok dengan mata hati banyak tafsiran tersirat..

    BalasPadam
  9. nice picture...pandai kak cik bermadah...banyak yg tersirat di sebalik madah...

    BalasPadam
  10. nampak macam dekat aje dua menara tu....

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Kak Cik

    di ruang bawah pun banyak syaitan juga

    BalasPadam
  12. 2 menara kebanggaan negara. tp di sebalik kebanggaan tu tersirat mcm2 gejala2 sosial yg merosakkan anak bangsa.

    BalasPadam
  13. banyak yang tersirat dari yang tersurat..saya suka :D

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.