Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 18 Mei 2012

Suka dan tak suka...

Kakcik suka tengok awan...

sama ada awan itu berkumpulan dan berserakan...

...mahu pun ianya segumpalan dan bersendirian

tapi kakcik tak suka...

tandas yang tiada paip dan hos di sisinya...

...juga tempat mandi yang tidak disediakan gayung!

Biarlah orang lain tak kisah, tapi kakcik tetap kisah sebab kakcik berasal dari kampung dan telah diajar untuk bersuci dengan menggunakan pancuran atau gayung.


44 ulasan:

  1. kak cik penah rs tandas kt PWTC? tu lg terseksa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang jenis air terpancut terus ke tuttttt tu? ;-)

      Padam
    2. st time masuk situ terkejut berok saya..dahla masa tu kali pertama masuk kl..

      kat kl convention centre pun sama..

      kak kawan saya bg petua lain kali bawa tisu dan botol..jadi senangla nak lap2..

      Padam
  2. kalau hotel yg tak sediakan gayung/paip, saya akan gunakan gelas utk berkumur di tandas tu sbg gayung... hahaha, jgn pecah sudah

    BalasPadam
  3. cukup tak selesa bila tiada paip air dan gayung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sangat tak selesa. Sudahnya tisu gulung yang disediakan jadi mangsa sampai bergulung2! :(

      Padam
  4. saya bawak air dalam botol mineral just in case. tapi tetap rasa eeeeeeee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air dalam botol tu nak diminum. Mak ni bila ayah pergi kerja mak duk diam2 dalam bilik hotel, makan minum apa yang ada je.

      Padam
  5. saya pernah menginap di hotel berbintang2 di Penang dan terpaksa keluar beli baldi dan gayung. Kalau negara asing tak heran lah kalau tak ada pancuran pun dan budaya mereka mcm tu, ni di negara sendiri yg majoritinya beragama islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat hotel yang kakcik duduk tu, minta kat pekerja dia sediakan gayung pun dia tak faham. Nak pergi beli sendiri tak tahu kat mana. :(

      Padam
  6. kakcik..saya tak suka jugak! dengan teknologi baru yg ada bidet ni pun kurang selesa.. pernah gunakan tu habis basah baju..memalukan sungguh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik pun pernah terkena basah pakaian. Lagi memalukan bila terkena kat seluar yang hendak dipakai berjalan2. :(

      Padam
  7. apa yg kak cik suka & x suka tu sebahagian dari apa yg saya suka & x suka jugak...

    BalasPadam
  8. samalah kakchik. memang tak suka kalau tandas yang takde paip dekat tepi.

    BalasPadam
  9. memang x best kalo kene pakai gayung dengan tangan sendiri..

    eee geram!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di negara lain, mungkin kita 'faham'lah juga, ini di Malaysia sendiri. Geram , kan? :(

      Padam
  10. bila dok hotel mcm tu rasa nak cepat je balik...bila nak membuang mesti mengeluh..pakai gelas lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa buang yang kecik, tak apa lagi. Bila buang yang besar, eeee....

      Padam
  11. pernah jugak kat hotel..takde gayung...saya gunakan botol air mineral hehe...sbnrnya tak berapa suka tandas duduk mcm tu...geli....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik terpaksa guna tandas duduk atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. :(

      Padam
  12. Ella pun paling tak suka tandas tak da paip air. Nasib baik masa kat Vietnam hari tu bilik air hotel ada kepala paip dan air dia pun ok. kalau tidakkk .. mesti rasa nak balik cepat je kan kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya pemilik hotel di sana lebih peka dari pemilik hotel di Malaysia ini, kan Ella?

      Padam
  13. ati pun suka snap pic awan

    di malaysia ni rasanya dah jd normal
    kalau jumpa toilet tak sempurna mcm tu semuakan

    p/s: ati baru tahulah kakcik, tak dptlah nk join
    hb pula kerja ahad ni...enjoy ok maybe nx time ati join :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awan dengan bentuk yang pelbagai itu memang mengasyikkan. :)

      Harap2nya pemilik hotel/tandas akan terfikir semula keperluan orangramai yang menggunakan perkhidmatan mereka.

      Padam
  14. hehehe...bab gambar bawah tu memang saya setuju sangat. maklum la saya pun budak kampung. pernah suatu ketika ke hong kong... & perut meragam. tengok2 ada kertas tisu jer kat dalam tuh. huhh!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sinki pun tak ada? Alamak... mahu keluar balik rasanya tanpa membuang, tapi mesti tak tertahan, kan?

      Padam
  15. yela kak.. tgk awan tu rasa tenang jek.. betapa indahnya ciptaan Allah..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Kak Cik

    kalau ke Vietnam, kena besedia dgn botol air...kerana mereka tak sediakan paip air atau gayung

    BalasPadam
  17. Saya selalu bawak wet tissues sebagai persediaan tapi masih rasa geli geleman jugak, tak sabaq nak cari ayaq siap rasa nak mandi satu kolah lepaih tu.

    BalasPadam
  18. agaknya depa lupa yang di msia ni masih ada orang melayu..hikhik

    punyalah nak buat hotel grand kan..at least boh le paip..

    BalasPadam
  19. kalo hotel di luar negara - yg bukan negara islam macam kita
    boleh juga di maafkan - sebab depa mana tau adab bersuci semua ni

    tapi bila di malaysia - rasa nak jumpa direct ngan manager hotel tu!
    hak hak hak

    BalasPadam
  20. saya suka tgk awan jugak...rasa tenang jer...anak saya selalu tanya "mama awan bergerak tak"...hehe

    BalasPadam
  21. Betul ckp kakcik,klu toilet biasanya kat hotel2 selalu xde getah paip memang menyusahkan...

    BalasPadam
  22. rasa mcm pelik pulak kan tandas takde kepala paip..tp tu la..byk dah jumpa..kalau kat luar negara tak heran la, ni kat negara kita..isy mmg mengherankan

    BalasPadam
  23. Salam Kakcik,
    akak buat cam ni, kalau yg ada air pancut tu, akak testing, testing, takut terpancut kuat. Kalau takde gayung, guna botoi ler apa lagi. Alhamdulillah hampir semua tandas kat Turki ada paip dan tisu tandas, ada yg mencangkong, ada yg duduk, ada gayung, ada kertas tisu. Deme pikir semua, mungkin sbb 98% Muslim.

    BalasPadam
  24. kalau tak ada gayung boleh tahan lagi. tapi kalau takde pili air dan paip kat sebelah tandas cangkung @ tandas duduk..itu memang masalah.

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum kakcik...

    Kita dah terbiasa dengan paip air Dan gayung. Bila takde semua rasa tak kena..

    BalasPadam
  26. betoi tu kak..saya mula belajar pakai tandas rupa ini bila kena keje kat putrajaya dulu..kalau idok..geli gelemannn

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com