Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 19 Mei 2012

Peruntukan sana peruntukan sini...

lokan sana lokan sini
masukkan dalam bakul bersegi
peruntukan sana peruntukan sini
takkanlah tak tahu nak bersyukur lagi

lokan sana lokan sini
disusun rapat di dalam peti
peruntukan sana peruntukan sini
dapat tak dapat belumlah pasti

lokan sana lokan sini
siapa tak suka tak rasa berahi
peruntukan sana peruntukan sini
belum diterima sudah berkelahi

lokan sana lokan sini
dibawa ke pekan di dalam lori
peruntukan sana peruntukan sini
jangan dah menang nanti buat-buat tak peduli

11 ulasan:

  1. lokan sana lokan sini
    disusun rapat di dalam peti
    peruntukan sana peruntukan sini
    kenapa sini dia tak ada mari ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 'jangan dah menang nanti buat-buat tak peduli ' <--- tanpa rakyat siapalah pemimpin.

      Padam
  2. Bunyi guruh menyedihkan petani
    bimbang tanaman tidak menjadi
    cerita gaduh sana sini
    tazkirah surau kami malam tadi

    Petani resah duduk melangut
    doa segeralah hujan teduh
    lama ibubapa tidak dijenguk
    kerana 15 ribu balik bergaduh

    BalasPadam
  3. salam kak cik..acik setuju sangat..masa ni..main sebut je..semua ok..lepas ni..tak tau apa cerita

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Cik

    kita kena hijrah.....

    BalasPadam
  5. salam...

    ragam org melayu...

    kak,ketip kuku dah sampai dah...sampai ptg semalam...tq...suami suka sgt tu...boleh dia usung sana sini..hehe


    jemput joint contest syira :

    http://www.sissyira.com/2012/05/contest-2-kata-kata-indah-sticky-post.html

    BalasPadam
  6. Bila durian runtuh, ramailah yang datang menebas dan menanti hingga pagi. Bila musim dah berlalu, semak kembali dusun dan dangau pun sepi.

    Mak dan abah kembali sunyi membilang hari....

    BalasPadam
  7. Kakcik..biasa la..musim nak menuai tanam tebu tepi bibir..bila dah dituai..dgn pagar pagar dimakan..

    BalasPadam
  8. tak suka bila dia kata 'buat itu ini tanda prihatin'
    prihatin hape ke bendanya.. orang pilih mereka bukan nak menyenangkan mereka dan keluarga mereka.. tapi benda2 tu memang mereka WAJIB buat sebab tu dah TANGGUNGJAWAB mereka

    tak perlu mendabik dada dan berkata 'kami prihatin'
    please laa

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com