Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 4 Mei 2012

Strategi???...

Seorang penyanyi wanita berkata :

'Saya tidak mempunyai raut wajah yang cantik.  Suara pun biasa sahaja. Jadi, saya kena berpakaian seksi supaya ada penganjur yang mahu mengambil saya menyanyi di majlis mereka'

Samakah agaknya dengan situasi ini - seseorang di sebuah syarikat berkata :

'Produk kita nampaknya sudah lama tidak mendapat sambutan walaupun pelbagai cara telah kita lakukan.  Apa kata kita letakkan gambar-gambar 18sx pada produk kita itu sebagai pelaris?'


Allah SWT berfirman yang maksudnya :

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya).  Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu". ( Surah At-Thalaq : 2 - 3)





26 ulasan:

  1. setuju sgt.selagi kita ingat padaNYA...semuanya akan dipermudahkan amin

    BalasPadam
  2. niat tidak menghalalkan cara kan kakcik. kalau kita ikhlas dengan Allah, rezeki kita masuk melalui pelbagai cara dan punca... insya Allah. Ingatan ini sesungguhnya untuk saya jua...

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Kenapa Munna? Meh citer ngan mak meh...

      Padam
    2. alhamdulillah .. setakat ini saya sentiasa merasa cukup walaupun tidak banyak.

      Padam
  4. sanggupkah makan rezeki haram? kerana dunia, azab akhirat dilupa .. O Allah, dont make this world our biggest concern..

    BalasPadam
  5. Salam sejahtera KC

    Wah, suka dgn ayat2 KC petang Jumaat ni.

    BalasPadam
  6. Itulah dia mentaliti manusia utk menarik duit. Nak jadi kaya, klu tak ada watak jahat...tak sah!

    BalasPadam
  7. setuju....gadailah apapun untuk duit walau maruah sekalipun....(kata2 sindiran)

    BalasPadam
  8. marketing strategy.

    strategi no. 2 mempergunakan wanita sbg 'objek seks'. tak sepatutnya dimanipulasi dengan cara sebegitu demi melariskan jualan. tapi..itulah realiti dunia hari ni.

    BalasPadam
  9. dan ramai la yg tertipu dgn benda2 palsu dan penuh maksiat ini.. huhuhu

    BalasPadam
  10. betul2.. bila Islam yg kita amalkan secara sempurna..
    Allah akan bantu setipa apa yg kita buat..
    walaupun tidak ada org yang dpt bantu kita..
    tp selagi kita betul ngn Allah,,
    Allah pasti bantu kita,,
    jaga takut.. Allah ada :-)

    BalasPadam
  11. Salam Kakcik,
    sian ada org terpaksa cari makan dgn memperagakan tubuh seksi.

    BalasPadam
  12. X payah seksi2 pun bole je glemer kalau betul caranya......kan kakcik kaaann....

    BalasPadam
  13. Kakcik, artis mana yg cakap macam tu? Nak tgk sikit..ekekeke

    BalasPadam
  14. dorang lupa tntang rezeki tu..rezeki Allah kasi..pada dia dengan bnda2 camtu boleh tarik org nk beli..

    tapi cam daddy ziyyad ckp : err cer cite artis mana tu hahahaha

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum Kak Cik

    mereka kejar dunia....dapat dunia ajer lerrr

    BalasPadam
  16. salam kakakku kakcik..
    ramai yg 'gila' demi kesenangan dan kemewahan hidup

    BalasPadam
  17. Kena seksi baru dia boleh dapat kerja? Errkk...

    BalasPadam
  18. memang ramai pompuan rela jadi simbol seks utk dapatkan rezeki..

    moga kite anak beranak dijauhkan hendaknye..

    BalasPadam
  19. As salam Kak Cik,

    Surah tu elok dibaca setiap hari.. Ayat seribu dinar tu kan... Serahkan sahaja padaNYA setelah kite berusaha... Rezeki ditangan DIA...

    Insya'ALLAH, menjadi amalan kami skrg ni... Jiwa lg tenang, merasa cukup dgn yg sedikit serta merasa puas dgn yg banyak! Dengan izin dariNYA :)))

    Kesian kat dorang tu, moga2 diberikan hidayah...

    BalasPadam
  20. Rasanya ayat seribu fin dinat tiadz dalam 114 surah,,, elok tukar nama asal surah apa ayst berapa,,,contoh surah dua ayat dua,

    BalasPadam
  21. ayat 2-3 surah At-Thalaq.

    dah macam2 strategi yang wujud sekarang.... kalau dalam istilah blogger, mungkin hampir sama dengan SEO.

    BalasPadam
  22. Yg acu pelik tu, model2 tu sanggup lak wat iklan 18sx tu....terutama yg dah tua...aduihhhh geli la tgk....malu kalau acu jadi anak diaorang....semoga Allah ampun kan diaorang...amin

    BalasPadam
  23. Cik ina tak berapa berkenan ngan iklan 18sx yang ada kat setengah stengah surat khabar, malu kalau budak-budak baca : (

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com