Kawan-kawan kakcik

Selasa, 29 Mei 2012

Jom tambah kawan melalui blog Elia Si JEJARIRUNCING...

Header blog Elia.  Segmen tambah follower di catatan Elia DI SINI.
Elia kata :

Atas tanda TERIMA KASIH saya yang tak terhingga kepada korang semua, saya nak bagi hadiah kat korang. .SEGMEN TINGKATKAN FOLLOWERS DAN TRAFIK BLOG!!

Buat entri tak kesah la pasal apa apa pon. yang penting entri anda tu mestilah ada keyword JEJARIRUNCING kat tajuknya dan entri tu haruslah di-linkkan ke http://www.jejariruncing.blogspot.com/. tak kesah nak buat entri pasal blog saya ke, apa yg anda nk diupdate di blog ni ke, kata2 perangsang ke, ucapan tahniah ke, apa2 jelah. be creative. dah siap, pastekan link blog anda kat komen entri ni ye. Entri yang paling menarik akan dapat hadiah menarik dan juga anda akan dapat promosikan bloglink anda di blog saya! boleh kita kongsi dan tambahkan jumlah trafik dan followers anda!

Bagi kakcik, Elia adalah seorang gadis yang matang mendahului usianya. Walaupun menjadi perhatian selepas terbongkar kisah cintanya bersama penjaga gol pasukan bolasepak Kelantan/Negara dan kemudiannya 'meletup' apabila kisah cintanya itu kecundang di tengah jalan, Elia tetap gadis biasa yang punya hala tuju kehidupan yang jitu.

Berkat sikap kentalnya yang tidak menjadikan kisah putus cinta sebagai batu penghalang untuk meneruskan hidup, dia berjaya menamatkan pengajiannya.  Sekarang beliau sedang sibuk menghabiskan waktu yang ada dengan perkara-perkara berfaedah seperti menjalankan perniagaan bersama keluarga, menjadi model majalah dan juga menulis di mana semuanya memberikan beliau pulangan berbentuk kewangan tanpa menumpang nama sesiapa pun.

Bagi gadis-gadis yang ditinggalkan kekasih, berhentilah meratap.  Contohilah Elia yang tidak lagi menoleh ke belakang untuk mengenang perkara yang telah berlalu biar apapun fitnah atau umpatan yang datang.

Untuk Elia, sesungguhnya Allah telah menentukan bahawa segala yang berlaku itu tetap ada hikmah di sebaliknya. Teruskanlah melangkah selagi langkah itu tidak tersasar dari landasan dan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

17 ulasan:

  1. ramai ug kutuk dia ats hubungan yg tak menjadi tu..sian kan?balik2 pompuan jugak yg kena

    BalasPadam
  2. saya setuju ngan irfa..kalau apa2 yg tak kena dalam hubungan..balik2 pompuan gak yang kena..

    BalasPadam
  3. baru baca La Tahzan semalam...

    kisah semalam tak usah dikenang2. kenang cemana pun ia semalam takkan kembali. baik berbizi-bizi pada hari ini saja. kan mak? heheh~

    BalasPadam
  4. bagus dan bernas betul nasihat kakcik ini .. boleh jadi pakar motivasi. sungguh saya serius.

    BalasPadam
  5. Yerlah, hidup kita didunia ni ibarat satu perjalanan yg jauh menuju satu destinasi, jadi dalam perjalanan yg jauh itu mestilah banyak rintangan dan halangan yg harus kita tempoh utk sampai kesana.

    BalasPadam
  6. huhuh.. ade follow blog ni tp belom sempat nak join..

    BalasPadam
  7. insyaAllah.. elia pasti akan jumpa yg lebih baik!
    :)

    BalasPadam
  8. Moga Elia terus berjaya dan dipertemukan dengan jodoh yang baik..

    BalasPadam
  9. yang penting adalah positif dalam meneroka permasalah hidup.

    BalasPadam
  10. salam singgah..
    tq kakcik for this entry.. tq juga sebab sudi join my segmen.. sy suka petikan ayat kakcik. begitu berinspirasi ;)

    BalasPadam
  11. setiap yang berlaku, pasti ada hikmah menanti...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com